Type your search query here: 
  If you find this site interesting or useful, do share it with your friends!
StumbleUpon Del.icio.us Tweet it! Digg Reddit Facebook Pin it! Send link by email Share on Google+ LinkedIn Myspace



  Malay Sentences Translated Into English (1)***  

I have "modernized" the dates in Malay here. Normally "19 Mei, 2011" would appear as "19hb Mei, 2011" (hb stands for "haribulan")


MALAY SENTENCE(S)


ENGLISH TRANSLATION

(hari Khamis 19 Mei, 2011) Ibu bapa tidak harus lokek membelanjakan wang untuk membeli buku untuk anak-anak mereka. Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata demikian semasa merasmikan sambutan Hari Buku Sedunia semalam. (Thursday 19 May 2011) Parents should not be stingy in spending money to buy books for their children. The Secretary-General of the Ministry of Women, Family and Community Development, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur said this when officiating at the World Book Day celebrations yesterday.
Vocabulary from the above sentence(s):
ibu bapa = parents; diminta = asked; agar = so that; lokek = stingy; membelanjakan wang = to spend money (from belanja); membeli buku = to buy books (from beli); anak-anak mereka = their children; Ketua Setiausaha = Secretary-General; pembangunan = development (from bangun); masyarakat = society; merasmikan = to officiate (from rasmi); sambutan = celebration
(hari Rabu 18 Mei, 2011) Sekurang-kurangnya 35 pemain muda Singapura yang berpotensi berpeluang mengikuti latihan bola sepak di Italy pada tahun ini. Demikian ikrar jurulatih profesional, Fandi Ahmad yang juga berkata bahawa matlamat projek ini adalah untuk mengembangkan potensi masing-masing demi kepentingan bola sepak Singapura. (Wednesday 18 May 2011) At least 35 young Singapore players with potential will have the opportunity of undergoing football training in Italy this year. This is the pledge of professional coach Fandi Ahmad, who also said that the aim of this project is to develop individual potential in the interest of football in Singapore.
Vocabulary from the above sentence(s):
sekurang-kurangnya = at least; pemain muda = young player; berpotensi = with potential; berpeluang = to have the opportunity; mengikuti = to follow, undergo; latihan = training; bola sepak = football; ikrar = pledge; jurulatih = coach; matlamat = aim, objective; mengembangkan = to develop (from kembang); masing-masing = each, individually; demi kepentingan = in the interest of
(hari Selasa 17 Mei, 2011) Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn dihadapkan ke mahkamah kelmarin atas tuduhan cuba merogol seorang pengemas bilik berusia 32 tahun di hotel Sofitel dekat Times Square, New York. Beliau telah dibawa turun dari sebuah pesawat Air France pada 15 Mei hanya beberapa minit sebelum penerbangan itu dijadual berlepas. (Tuesday 17 May 2011) The Managing Director of the International Monetary Fund (IMF), Dominique Strauss-Kahn was brought before the court yesterday on charges of attempting to rape a 32-year-old hotel maid in the Sofitel Hotel near Times Square, New York. He was taken down from an Air France plane on 15 May just minutes before the flight was scheduled to take off.
Vocabulary from the above sentence(s):
Pengarah Urusan = Managing Director; Dana Kewangan Antarabangsa = International Monetary Fund; dihadapkan = brought before, faced; mahkamah = court; tuduhan = charge; cuba = to attempt; merogol = to rape (from rogol); pengemas bilik = hotel maid; berusia = aged; dibawa turun = taken down; pesawat = aeroplane; penerbangan = flight (from terbang); dijadual = scheduled; berlepas = to take off, depart
(hari Isnin 16 Mei, 2011) Australia mencadangkan ia akan menghantar 800 pencari suaka politik ke Malaysia untuk diproses. Sebagai balasan ia akan menerima 4,000 orang pelarian yang sudah didaftarkan di Malaysia. Sementara itu, Thailand berkata ia berminat untuk mengadakan perjanjian pertukaran pencari suaka politik yang sama dengan Australia. (Monday 16 May 2011) Australia has proposed to send 800 political asylum seekers to Malaysia for processing. In return, it will accept 4,000 refugees who have already been registered in Malaysia. Meanwhile, Thailand has said it is interested in having a similar agreement for the exchange of political asylum seekers with Australia.
Vocabulary from the above sentence(s):
mencadangkan = to propose (from cadang); pencari suaka = asylum seeker (from cari); sebagai balasan = in return; menerima = to accept, receive (from terima); pelarian = refugee (from lari); didaftarkan = registered (from daftar); sementara itu = meanwhile; berminat = interested; perjanjian = agreement (from janji); pertukaran = exchange (from tukar); yang sama = similar
(hari Ahad 15 Mei, 2011) Dalam satu keputusan yang menggemparkan seluruh negara Singapura, Menteri Pembimbing Lee Kuan Yew dan Menteri Kanan Goh Chok Tong semalam mengumumkan untuk mengundurkan diri dari Kabinet. Dalam kenyataan bersama yang diedarkan kepada pihak media, kedua-dua pemimpin kanan itu berkata: "...Masanya telah tiba bagi generasi lebih muda untuk membawa Singapura ke hadapan dalam keadaan yang lebih sukar dan rumit. Perdana Menteri dan pasukan pemimpin mudanya perlu bermula dengan rekod yang segar dan bersih," ujar mereka. (Sunday 15 May 2011) In a decision that shocked the whole of Singapore, Minister Mentor Lee Kuan Yew and Senior Minister Goh Chok Tong announced yesterday that they are withdrawing themselves from the Cabinet. In a joint statement which was circulated to the media, both the senior leaders said: "...The time has come for a younger generation to carry Singapore forward in a more difficult and complex situation. The Prime Minister and his team of younger leaders need to start with a fresh, clean slate," they said.
Vocabulary from the above sentence(s):
keputusan = decision (from putus); menggemparkan = to shock (from gempar); Menteri Pembimbing = Minister Mentor; Menteri Kanan = Senior Minister; mengumumkan = to announce (from umum); mengundurkan diri dari = to withdraw oneself from; kenyataan bersama = joint statement (from nyata); diedarkan = circulated, distributed (from edar); masanya telah tiba = the time has come; sukar = difficult; rumit = complex, complicated; pasukan = team; perlu = need; bermula = to start; segar = fresh, invigorating; ujar = to say, utter
(hari Sabtu 14 Mei, 2011) Seorang lelaki yang mengadakan protes dengan memanjat Harbour Bridge mencetuskan kesesakan teruk selama berjam-jam di Sydney, Australia kelmarin. Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai bekas tentera itu memanjat jambatan tersebut tanpa menggunakan alat keselamatan untuk menggantung dua kain rentang sebagai tanda protes berhubung dengan hak penjagaan anaknya. (Saturday 14 May 2011) A man holding a protest by climbing the Harbour Bridge caused a nasty traffic congestion for several hours in Sydney, Australia yesterday. The man, who claimed to be an ex-military, climbed the bridge without using any security devices in order to hang two banners as a sign of protest concerning his child custody rights.
Vocabulary from the above sentence(s):
mengadakan = to hold (from ada); memanjat = to climb (from panjat); mencetuskan = to cause, spark off; kesesakan = traffic jam, congestion (from sesak); teruk = serious; berjam-jam = several hours; mendakwa = to claim (from dakwa); bekas tentera = ex-military, former soldier; tanpa menggunakan = without using; alat keselamatan = safety device; menggantung = to hang (from gantung); kain rentang = banner; tanda = sign; berhubung = concerning; hak penjagaan = custody rights (from jaga)
(hari Jumaat 13 Mei, 2011) Adakah anda sering mengalami hidung berair, episod bersin berulang kali, berasa gatal di hidung dan mata, dan hidung tersumbat? Jika jawapan anda ialah "Ya" bagi semua atau mana-mana satu ia mungkin simptom Rinitis Alergi, dan perkara terbaik untuk dilakukan ialah berjumpa doktor dengan seberapa segera. (Friday 13 May 2011) Do you often experience a runny nose, repeated sneezing episodes, itching in the nose and eye and a blocked nose? If your answer is "Yes" to one or all of them it could be a symptom of Allergic Rhinitis, and the best thing to do is to see the doctor as soon as possible.
Vocabulary from the above sentence(s):
sering = often; mengalami = to experience (from alam); hidung berair = runny nose, running nose; bersin = to sneeze; berulang kali = repeatedly, constantly; gatal = itching; hidung tersumbat = blocked nose; mana-mana satu = anyone (of a number); mungkin = probably, likely; perkara terbaik untuk dilakukan = the best thing to do; berjumpa doktor = to see a doctor; dengan seberapa segera = as soon as possible
(hari Khamis 12 Mei, 2011) Wanita Pertama Perancis, Carla Bruni-Sarkozy semalam berkata dia tidak dapat menghadiri majlis karpet merah Festival Filem Cannes atas "alasan peribadi", sekali gus menguatkan lagi khabar angin yang mengatakan dia hamil. Bekas model itu yang mengahwini Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy tiga tahun lepas, memainkan peranan kecil sebagai pemandu pelancong dalam filem arahan Woody Allen, Midnight in Paris yang membuka tirai Festival Filem Cannes tahun ini. (Thursday 12 May 2011) France's First Lady Carla Bruni-Sarkozy said yesterday that she was unable to attend the red carpet reception at the Cannes Film Festival for "personal reasons", immediately strengthening rumours saying that she is pregnant. The former model who married French President Nicolas Sarkozy three years ago, plays a small role as a tourist guide in the film Midnight in Paris directed by Woody Allen which opened the Cannes Film Festival this year.
Vocabulary from the above sentence(s):
Wanita Pertama = First Lady; Perancis = French; tidak dapat = unable; menghadiri = to attend (from hadir); majlis = reception, gathering; karpet merah = red carpet; alasan peribadi = personal reason; sekali gus = simultaneously, at once; menguatkan = to strengthen (from kuat); khabar angin = rumour; mengatakan = to say (from kata); hamil = pregnant; bekas = former, ex-; mengahwini = to marry (from kahwin); memainkan = to play (from main); peranan = role; pemandu pelancong = tourist guide; arahan = direction; tirai = curtain
(hari Rabu 11 Mei, 2011) Seorang lelaki Malaysia menghadapi tuduhan cuba menyeludup sembilan pendatang tanpa izin dari China ke Amerika Syarikat dengan menyamar sebagai penumpang dalam kapal persiaran mewah, RMS Queen Mary 2. Kumpulan yang membawa pasport palsu Jepun itu tidak boleh berbahasa Jepun. Fatt Kwee Wong mengaku dia diupah untuk membantu sembilan warga China itu masuk ke AS dan dibayar AS$3,500 seorang. (Wednesday 11 May 2011) A Malaysian man faces charges of attempting to smuggle nine illegal immigrants from China to the United States by dissimulating them as passengers in the luxury RMS Queen Mary 2 cruise ship. The group, which carried forged Japanese passports, were not able to speak Japanese. Fatt Kwee Wong admitted he was hired to help the nine Chinese nationals enter the US and was paid USD3,500 for each of them.
Vocabulary from the above sentence(s):
menghadapi = to face (from hadap); tuduhan = charge, accusation; cuba = to try; menyeludup = to smuggle (from seludup); pendatang = immigrant (from datang); tanpa izin = unauthorized, illegal; menyamar = to disguise, dissimulate (from samar); penumpang = passenger (from tumpang); kapal persiaran = cruise ship; mewah = luxurious; pasport palsu = forged, fake passport; berbahasa Jepun = speak Japanese; mengaku = to admit (from aku); diupah = hired, engaged; membantu = to help (from bantu); warga China = Chinese national
(hari Selasa 10 Mei, 2011) Pippa Middleton, adik kepada Kate Middleton, dilaporkan mendapat tawaran untuk berlakon filem lucah. Pippa, yang menarik perhatian dunia apabila mengiringi kakaknya ketika upacara perkahwinan diraja akhir bulan lalu, ditawarkan AS$5 juta oleh Vivid Entertainment untuk muncul dalam satu adegan filem akan datang. (Tuesday 10 May 2011) Pippa Middleton, Kate Middleton's younger sister, is reported to have received an offer to star in a pornographic film. Pippa, who attracted worldwide attention when accompanying her elder sister in the royal wedding ceremony at the end of last month, was offered USD5 million by Vivid Entertainment to appear in a scene for a forthcoming film.
Vocabulary from the above sentence(s):
adik = younger sister (or brother); dilaporkan = reported (from lapor); mendapat tawaran = to receive an offer; berlakon = to act; filem lucah = pornographic film; menarik perhatian = to attract the attention; mengiringi = to accompany (from iring); kakak = elder sister; upacara = ceremony; perkahwinan diraja = royal wedding; bulan lalu = last month; ditawarkan = offered (from tawar); muncul = to appear; adegan = scene
(hari Isnin 09 Mei, 2011) Parti memerintah Singapura, Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengekalkan kuasanya dalam pilihan raya umum pada 7 Mei tetapi perhatian tertumpu kepada Parti Pekerja yang mencatat keputusan terbaik dalam sejarahnya dengan memenangi enam kerusi. Walaupun bersaing sengit, PAP yang dipimpin Perdana Menteri Lee Hsien Loong kembali memegang tampuk kuasa dengan memenangi 81 daripada 87 kerusi Parlimen termasuk lima kerusi yang dimenangi tanpa bertanding. (Monday 09 May 2011) Singapore's governing party, the People's Action Party (PAP) maintained power in the general elections on 7 May but attention was focused on the Workers' Party which recorded the best results in its history by winning six seats. Despite fierce competition, the PAP led by Prime Minister Lee Hsien Loong retained the reins of power by winning 81 out of 87 Parliamentary seats including five seats which were won uncontested.
Vocabulary from the above sentence(s):
parti memerintah = governing party, ruling party (from perintah); mengekalkan = to maintain (from kekal); kuasa = power, command; pilihan raya umum = general elections; perhatian = attention (from hati); tertumpu = focused on, concentrated; mencatat = to record, score (from catat); keputusan = result (from putus); terbaik = best; sejarah = history; memenangi = to win (from menang); walaupun = although; bersaing = to compete; sengit = fierce; dipimpin = led; memegang = to hold (from pegang); tampuk kuasa = the reins of power; termasuk = including; tanpa bertanding = uncontested
(hari Ahad 08 Mei, 2011) Aktiviti biasa seperti minum kopi, melakukan hubungan seks atau menghembus hingus boleh mengakibatkan strok bagi mereka yang berisiko. Sekumpulan penyelidik dari Belanda menemui lapan faktor yang meningkatkan risiko bengkak arteri atau aneurysm pada otak sesetengah pesakit. (Sunday 08 May 2011) Normal activities such as drinking coffee, having sex or blowing one's nose may result in a stroke for those who are vulnerable. A group of researchers from the Netherlands found eight factors which increase the risk of a swollen artery or aneurysm in the brain of some of the patients.
Vocabulary from the above sentence(s):
aktiviti biasa = normal activity; hubungan seks = sexual relationship; menghembus = to blow out (from hembus); hingus = mucus; menghembus hingus = to blow one's nose; mengakibatkan = to result in (from akibat); berisiko = at risk, risky; sekumpulan = a group (from satu kumpulan); penyelidik = researcher (from selidik); Belanda = the Netherlands; menemui = to find, discover (from temu); meningkatkan = to increase (from tingkat); bengkak = swollen; otak = brain; sesetengah = some (from tengah); pesakit = a patient
(hari Sabtu 07 Mei, 2011) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kesukaannya pada nombor 11 menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada 11 November tahun ini (11.11.11). Ketika ditanya lanjut oleh wartawan, Najib berkata tarikh itu ditimbulkan oleh pihak yang suka membuat teka-teki tarikh pilihan raya untuk mengisi masa terluang. "Saya rasa elok diteruskan teka-teki ini," katanya secara bergurau. (Saturday 07 May 2011) Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said that his fondness for the number 11 has made many quarters predict that the general elections will be held on 11 November this year (11.11.11). When questioned further by a reporter, Najib said that the date was raised by those who like to speculate on the date of the elections to while away their time. "I think it's a good thing for this guessing game to continue," he said jokingly.
Vocabulary from the above sentence(s):
Perdana Menteri = Prime Minister; kesukaan = fondness (from suka); menyebabkan = to cause (from sebab); pihak = quarter; meramalkan = to predict (from ramal); pilihan raya = election; pilihan raya umum = general elections; diadakan = held (from ada); ditanya = asked (from tanya); lanjut = further; wartawan = reporter, journalist; ditimbulkan = raised (from timbul); membuat teka-teki = to guess, speculate; tarikh = date; mengisi = to fill (from isi); masa terluang = free time, leisure time; elok = fine, good; diteruskan = be continued; teka-teki = riddle; secara bergurau = jokingly
(hari Jumaat 06 Mei, 2011) Perkenalan secara tidak sengaja dengan seorang lelaki warga Nigeria ketika menaiki tren LRT di Stesen KL Sentral dua bulan lalu membawa padah yang buruk kepada seorang akauntan yang bekerja di Petaling Jaya. Perempuan itu berkata, selepas sebulan perkenalan, George Ahmad, 35, mempelawanya menceburi bidang perniagaan barang kemas yang dijalankannya. Menurutnya, selepas membayar RM30,000, beliau gagal menghubungi George dan apabila ke kondominiumnya pula ia didapati sudah kosong. (Friday 06 May 2011) A chance meeting with a man of Nigerian nationality while boarding the LRT train at the KL Sentral station two months ago brought tragic consequences to an accountant working in Petaling Jaya. The woman said that after a month's acquaintance, George Ahmad, 35, invited her to participate in the jewellery business that he was running. According to her, after paying RM30,000 she was not able to contact George and when she went to his condominium it was found to be empty.
Vocabulary from the above sentence(s):
perkenalan = acquaintance (from kenal); secara tidak sengaja = by chance, accidental; menaiki = to board (from naik); padah = consequence; mempelawa = to invite (from pelawa); menceburi = to participate, involve (from cebur); bidang perniagaan = business field; barang kemas = jewellery; gagal = to fail; menghubungi = to contact (from hubung)
(hari Khamis 05 Mei, 2011) Pengebumian mayat Osama bin Laden di Laut Arab dan keengganan pihak berkuasa Amerika menyiarkan gambar mayatnya mengundang kecurigaan. Aktivis anti perang Amerika, Cindy Sheehan dan orang lain mempersoalkan bagaimana Amerika boleh dapat keputusan DNA Osama begitu cepat, mengapa pengebumian dilakukan dengan tergesa-gesa dan mengapa video mayat tidak disiarkan. (Thursday 05 May 2011) The burial of Osama bin Laden's corpse in the Arabian Sea and the unwillingness of the American authorities to publish a picture of his corpse have invited suspicions. America's anti-war activist Cindy Sheehan and others have questioned how America could have obtained Osama's DNA results so rapidly, why the burial was done in a hurry and why a video of the corpse was not published.
Vocabulary from the above sentence(s):
pengebumian = burial (from bumi); mayat = corpse; laut = sea; keengganan = unwillingness, refusal (from enggan); pihak berkuasa = the authorities; menyiarkan = to publish (from siar); mengundang = to invite (from undang); kecurigaan = suspicion (from curiga); perang = war; mempersoalkan = to question (from soal); keputusan = result (from putus); dengan tergesa-gesa = in a hurry
(hari Rabu 04 Mei, 2011) Pengarah yang pernah memenangi Anugerah Oscar, Kathryn Bigelow dilapor sedang menerbitkan filem bertajuk "Kill Bin Laden". Bagaimanapun menurut laman web industri filem, Deadline.com semalam, jalan cerita "Kill Bin Laden" akan diubah kepada berakhir dengan kejayaan sama seperti operasi tentera AS di Pakistan. Terdapat sejarah panjang mengenai filem-filem Hollywood berdasarkan peristiwa sebenar, daripada JFK kepada Titanic, atau baru-baru ini, United 93 - tentang keberanian penumpang yang mencegah pesawat keempat daripada mengenai sasaran dalam peristiwa 9/11. (Wednesday 04 May 2011) The Oscar Award winning director Kathryn Bigelow is reported to be producing a film entitled "Kill Bin Laden". However, according to the film industry's website Deadline.com yesterday, the plot of "Kill Bin Laden" will be changed to end with success as in the US military operation in Pakistan. There has been a long history of Hollywood films based on actual events, from JFK to Titanic, or recently, United 93 - about the bravery of passengers in preventing the fourth aircraft from hitting its target in the 9/11 episode.
Vocabulary from the above sentence(s):
pengarah = director (from arah); memenangi = to win (from menang); Anugerah Oscar = Oscar Award; dilapor = reported; menerbitkan = to produce (from terbit); bertajuk = entitled; menurut = according to (from turut); laman web = website; jalan cerita = plot; kejayaan = success (from jaya); tentera = military, army; membunuh = to kill (from bunuh); sejarah panjang = long history; mengenai = about (from kena); berdasarkan = based on (from dasar); peristiwa = event, incident; keberanian = bravery (from berani); penumpang = passenger (from tumpang); mencegah = prevent (from cegah); pesawat keempat = fourth aircraft; sasaran = target
(hari Selasa 03 Mei, 2011) Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden, terbunuh dalam satu serbuan helikopter Amerika Syarikat di sebuah rumah mewah dekat Islamabad, ibu kota Pakistan, awal semalam. Perkembangan terbaru itu mengakhiri usaha memburu ketua kumpulan pengganas yang dipercayai menjadi dalang serangan pengganas pada 11 September 2001 di New York itu hampir 10 tahun yang lalu. (Tuesday 03 May 2011) Al-Qaeda's chief, Osama bin Laden, was killed in a U.S. helicopter raid on a mansion near Islamabad, the capital of Pakistan, early yesterday. This latest development ended efforts to hunt down the chief of the terrorist group who was believed to have been the mastermind behind the terrorist attacks of 11 September 2001 in New York nearly 10 years ago.
Vocabulary from the above sentence(s):
ketua = chief, head; terbunuh = killed; serbuan = raid; mewah = luxurious; ibu kota = capital; awal = early; perkembangan = development; terbaru = latest, most recent; mengakhiri = to end (from akhir); usaha = effort; memburu = to hunt, pursue (from buru); kumpulan = group; pengganas = terrorist; dipercayai = believed (from percaya); dalang = mastermind; serangan = attack
(hari Isnin 02 Mei, 2011) China melancarkan larangan merokok di semua restoran, bar dan juga kawasan tertutup awam di seluruh negara semalam. Namun, langkah itu dijangka memberi kesan minimum memandangkan tembakau sudah sebati dengan budaya China dan negara ini mempunyai kira-kira 300 juta perokok. (Monday 02 May 2011) China launched a ban on smoking in all restaurants, bars as well as enclosed public places throughout the country yesterday. However this measure is expected to have minimum effect considering that tobacco is embedded in Chinese culture and that the country has about 300 million smokers.
Vocabulary from the above sentence(s):
melancarkan = to launch (from lancar); larangan = ban, prohibition; merokok = smoking, to smoke (from rokok); dan juga = as well as; kawasan = area; tertutup = enclosed; awam = public; di seluruh negara = throughout the country; namun = however; langkah = step, measure; dijangka = expected; kesan = effect; memandangkan = considering that, since (from pandang); tembakau = tobacco; sebati = embedded, integrated; budaya = culture; perokok = smoker
(hari Ahad 01 Mei, 2011) Wanita lebih berkemungkinan menjadi bosan dalam perkahwinan berbanding lelaki, menurut satu kajian. Ramai mengadu perasaan berdebar-debar yang dirasai ketika bersama pasangan sudah hilang, manakala yang lain merasakan mereka terlalu dikongkong. Penyelidik dari Universiti Winnipeg di Kanada, Profesor Beverley Fehr berkata: "Siapa yang berpacaran mungkin merasakan kurang bosan kerana mereka lebih bersedia melepaskan diri mereka apabila hubungan dirasakan masuk ke peringkat kebosanan." (Sunday 01 May 2011) Women are more likely to become bored in a marriage than men, according to a study. Many complain that the heart-throbbing feeling that they had when they were with their partners had vanished while others felt that they were too tied down. A researcher from the University of Winnipeg in Canada, Profesor Beverley Fehr said: "Those who are dating are likely to feel less bored because they can more readily extricate themselves from a relationship when it reaches a stage of boredom."
Vocabulary from the above sentence(s):
lebih berkemungkinan = more likely (from mungkin); bosan = bored; perkahwinan = marriage (from kahwin); berbanding = compared with; menurut = according to (from turut); kajian = study, research (from kaji); mengadu = to complain (from adu); perasaan = feeling (from rasa); berdebar-debar = to throb, pound (of heart); dirasai = felt (from rasa); pasangan = partner; merasakan = to feel (from rasa); dikongkong = tied down, fettered; penyelidik = researcher (from selidik); berpacaran = to be dating; bersedia = ready; melepaskan diri = to extricate, free oneself (from lepas); hubungan = relationship (from hubung); peringkat = stage; kebosanan = boredom (from bosan)
(hari Sabtu 30 April, 2011) Putera William dan Catherine Middleton telah melangsungkan perkahwinan mereka di Westminster Abbey semalam dalam satu upacara gilang gemilang yang disaksikan oleh dua bilion penonton di seluruh dunia. Beberapa jam sebelum upacara bersejarah itu, William dan Middleton telah dikurniakan dengan gelaran Duke dan Duchess of Cambridge oleh Ratu Elizabeth. (Saturday 30 April 2011) Prince William and Catherine Middleton held their wedding in Westminster Abbey yesterday in a glittering ceremony which was witnessed by two billion spectators throughout the world. A few hours before the historic ceremony, William and Middleton were bestowed with the title of Duke and Duchess of Cambridge by Queen Elizabeth.
Vocabulary from the above sentence(s):
putera = prince; melangsungkan = to hold (from langsung); perkahwinan = marriage (from kahwin); upacara = ceremony; gilang gemilang = glittering; disaksikan = witnessed (from saksi); penonton = spectator; di seluruh dunia = throughout the world; bersejarah = historic; dikurniakan = bestowed, awarded (from kurnia); gelaran = title; ratu = queen
(hari Jumaat 29 April, 2011) Ketika negara seperti Jepun, Kanada dan Australia memberikan "bonus bayi" bagi menggalakkan penduduk mendapatkan anak, pasangan di satu kawasan di India menerima wang tunai untuk melakukan perkara sebaliknya. Negeri Maharashtra dilaporkan membayar kepada pasangan baru berkahwin apa yang dipanggil "bonus bulan madu" untuk menangguhkan permulaan sebuah keluarga untuk memperlahankan pertambahan penduduk dan memperbaiki kesihatan wanita. Tawaran berupa wang tunai 5,000 rupee (USD 112) jika terus tidak ada anak dalam tempoh dua tahun selepas kahwin. (Friday 29 April 2011) While countries such as Japan, Canada and Australia give a "baby bonus" to encourage people to have children, couples in one region in India are getting cash to do the contrary. Maharashtra state is reported to be paying newly-weds what is called a "honeymoon bonus" to delay starting a family in order to slow down population growth and to improve women's health. The offer is in the form of 5,000 rupees (USD 112) in cash if they remained childless for two years after their marriage.
Vocabulary from the above sentence(s):
memberikan = to give (from beri); bayi = baby; menggalakkan = to encourage (from galak); mendapatkan = to obtain, have (from dapat); pasangan = couple; menerima = to get, receive (from terima); wang tunai = cash; melakukan = to do (from laku); sebaliknya = contrary; dilaporkan = reported (from lapor); membayar = to pay (from bayar); apa yang dipanggil = what is called; bulan madu = honeymoon; menangguhkan = to postpone (from tangguh); permulaan = start, beginning (from mula); memperlahankan = to slow down (from perlahan); pertambahan = growth (from tambah); memperbaiki = to improve (from baik); kesihatan = health (from sihat); tawaran = offer (from tawar); berupa = in the form of (from rupa); tempoh = period
(hari Khamis 28 April, 2011) Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew hari ini dipilih semula ke Parlimen apabila beliau diisytiharkan menang tanpa bertanding dalam kawasan Tanjong Pagar yang diwakilinya selama 56 tahun. Kuan Yew, 87, dan empat lagi calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) diumumkan menang tanpa bertanding selepas pembangkang gagal mengemukakan kertas pencalonan dalam tempoh yang ditetapkan untuk pilihan raya umum ke-14 Singapura yang akan diadakan pada 7 Mei. (Thursday 28 April 2011) Singapore's former Prime Minister Lee Kuan Yew was today re-elected to Parliament when he was declared to have won unopposed in the Tanjong Pagar constituency of which he has been representing for 56 years. Kuan Yew, 87, and four other PAP candidates were declared to have won unopposed when the opposition failed to submit nomination papers in the allotted time for Singapore's 14th general elections which will be held on 7 May.
Vocabulary from the above sentence(s):
bekas = former, ex-; Perdana Menteri = Prime Minister; dipilih = elected, chosen; semula = again; diisytiharkan = proclaimed, declared; menang = to win; tanpa bertanding = unopposed; kawasan = region, district; diwakili= represented; calon = candidate; diumumkan = announced; pembangkang = opposition; gagal = fail; mengemukakan = to submit, put forward (from kemuka); kertas pencalonan = nomination papers; dalam tempoh yang ditetapkan = in the appointed time; pilihan raya umum = general elections
(hari Rabu 27 April, 2011) Presiden Barack Obama dipercayai tidak mengemukakan sijil lahirnya disebabkan beliau mahu menyembunyi identiti atau kewarganegaraan bapanya, kata Sam Slom, anggota Senat Negeri Hawaii. "Pada pendapat saya, beliau mungkin lahir di Hawaii dan isu sebenarnya ialah bukan sijil kelahiran, tetapi apa yang ada tertulis dalam sijil kelahiran itu," kata Slom. (Wednesday 27 April 2011) President Barack Obama is believed to have not produced his birth certificate because he wants to hide the identity or citizenship of his father, said Sam Slom, a member of the Hawaii State Senate. "In my opinion, he was probably born in Hawaii and the real issue is not the birth certificate, but what is written on the birth certificate," Slom said.
Vocabulary from the above sentence(s):
dipercayai = believed (from percaya); mengemukakan = to produce, put forward (from muka); sijil lahir = birth certificate; menyembunyi = to hide (from sembunyi); kewarganegaraan = citizenship (from warga negara); anggota = member; pada pendapat saya = in my opinion; mungkin = probably; lahir = born; isu sebenarnya = the real, true issue; tertulis = written
(hari Selasa 26 April, 2011) Kerajaan Arab Saudi berusaha menyelamatkan diplomatnya yang diculik kumpulan bersenjata di Yaman ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di pejabat kedutaan di Sanaa, Sabtu lalu. Media tempatan melaporkan penculik meminta wang tebusan SAR5 juta (USD1.33 juta) yang didakwa nilai hutang seorang ahli perniagaan Arab Saudi yang tidak dikenali, bagi membebaskan Setiausaha Kedua, Saeed Al-Malki. (Tuesday 26 April 2011) The Saudi Arabian government is endeavouring to save its diplomat kidnapped by an armed group in Yemen while on his way to his office at the Saudi embassy in Sanaa last Saturday. Local media reported that the kidnappers asked for a SAR5 million (USD1.33 million) ransom which it claimed was the amount of money an unidentified Saudi businessman was said to owe, to free the Second Secretary Saeed Al-Malki.
Vocabulary from the above sentence(s):
kerajaan = government (from raja); berusaha = to endeavour, make an effort; menyelamatkan = to save (from selamat); diculik = kidnapped; kumpulan = group; bersenjata = armed; Yaman = Yemen; perjalanan = journey (from jalan); tempat kerja = workplace, office; kedutaan = embassy (from duta); Sabtu = Saturday; tempatan = local; melaporkan = to report (from lapor); penculik = kidnapper (from culik); meminta = to ask for (from minta); wang tebusan = ransom; didakwa = claimed; nilai = worth, value; hutang = debt; ahli perniagaan = businessman; tidak dikenali = unidentified, unknown; membebaskan = to free (from bebas); Setiausaha Kedua = Second Secretary
(hari Isnin 25 April, 2011) Polis merampas sebanyak 11 mesin judi apabila menyerbu sebuah pusat beli-belah di Kelana Jaya, Petaling Jaya malam tadi. Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 9.30 malam itu, polis turut menahan seorang wanita berusia 27 tahun yang dipercayai penjaga premis berkenaan. (Monday 25 April 2011) Police seized a total of 11 gambling machines when they raided a shopping complex in Kelana Jaya, Petaling Jaya last night. In the raid which was carried out at about 9.30 p.m., police also detained a 27-year-old woman who is believed to be the premises' caretaker.
Vocabulary from the above sentence(s):
merampas = to seize (from rampas); mesin judi = gambling machine; menyerbu = to raid, rush in (from serbu); pusat beli-belah = shopping complex; serbuan = a raid; menahan = to detain (from tahan); dipercayai = believed to be (from percaya); penjaga = caretaker
(hari Ahad 24 April, 2011) Seorang pengawal peribadi mantan Presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali mendedahkan bahawa isteri Encik Ben Ali, Leila Trabelsi, sebenarnya adalah ejen kepada agensi perisikan Israel, Mossad, dan menjadi dalang di sebalik pembunuhan beberapa tokoh kanan Palestin. (Sunday 24 April 2011) A personal bodyguard to the former Tunisian President Zine El Abidine Ben Ali has revealed that Mr. Ben Ali's wife, Leila Trabelsi, was actually an agent of the Mossad, Israel's intelligence agency and was the mastermind behind the murder of several top Palestinian figures.
Vocabulary from the above sentence(s):
pengawal peribadi = personal bodyguard; mantan = former, ex-; mendedahkan = to reveal (from dedah); sebenarnya = actually; perisikan = intelligence (from risik); dalang = mastermind; pembunuhan = murder (from bunuh); tokoh = (public) figure, personality; kanan = senior, top
(hari Sabtu 23 April, 2011) Konsulat Besar Jepun di New York membuat laporan hari Khamis membantah firma penerbitan New York Times kelmarin kerana menyiarkan kartun menunjukkan Snow White membawa akhbar bertajuk Radiasi Nuklear Jepun dan bertanya wanita tua menawarkannya epal sama ada dia dari Jepun. Konsulat itu berkata, oleh kerana kartun itu merujuk kepada cerita dongeng Grimm di mana Snow White pengsan selepas makan epal beracun, kartun itu mungkin mencetuskan apa yang dikatakan sebagai kebimbangan terhadap keselamatan makanan dari Jepun. (Saturday 23 April 2011) Japan's Consulate General in New York lodged a report against the New York Times publishing company on Thursday protesting against the publication of a cartoon in which Snow White, carrying a newspaper with the headline "Japan nuclear radiation," asks an old woman offering an apple if she comes from Japan. The consulate said that since the cartoon refers to a Grimm's fairy tale in which Snow White fainted after biting a poisoned apple, the cartoon could spark off what it described as anxieties over the safety of foodstuffs from Japan.
Vocabulary from the above sentence(s):
Konsulat Besar = Consulate General; membuat laporan = to lodge a report (from buat); hari Khamis = Thursday; membantah = to protest (from bantah); firma = firm, company; penerbitan = publishing, publication (from terbit); menyiarkan = to publish, broadcast (from siar); menunjukkan = to show (from tunjuk); akhbar = newspaper; bertajuk = with the heading; menawarkan = to offer (from tawar); sama ada = whether; merujuk = to refer (from rujuk); cerita dongeng = fairy tale; pengsan = to faint; beracun = poisoned; mencetuskan = to spark off (from cetus); kebimbangan = anxiety, worry (from bimbang); keselamatan = safety (from selamat)
(hari Jumaat 22 April, 2011) Hari Mengundi di Singapura yang ditetapkan pada 7 Mei ini merupakan hari cuti umum. Kementerian Tenaga Manusia Singapura mengingatkan syarikat-syarikat bahawa Hari Mengundi harus disamakan dengan hari cuti umum yang lain. (Friday 22 April 2011) Election Day in Singapore which is fixed for this coming 7 May is a public holiday. Singapore's Human Resources Ministry reminds companies that Election Day should be on a par with other public holidays.
Vocabulary from the above sentence(s):
mengundi = to vote (from undi); hari mengundi = election day; ditetapkan = fixed (from tetap); merupakan = to be (from rupa); hari cuti umum = public holiday; Kementerian Tenaga Manusia = Human Resources Ministry; mengingatkan = to remind (from ingat); syarikat = company; harus = should; disamakan = put on the same basis, equal to (from sama)
(hari Khamis 21 April, 2011) Hampir sembilan dari sepuluh orang wanita Britain tidak berminat untuk mencapai impian seperti Kate Middleton, bakal isteri Putera William, mengikut satu tinjauan yang dilaksanakan oleh firma penyelidikan pasaran internet, YouGov. Sebab utama ialah hakikat bahawa Kate tidak akan dapat menjalani hidup seperti biasa selepas perkahwinannya dengan William pada 29 April ini. Segala perkara mengenai Kate termasuk pergerakan, fesyen pakaian dan apa saja kenyataan yang dibuatnya akan menjadi berita media. Sudah pasti kehidupan beliau penuh dengan tekanan. (Thursday 21 April 2011) Almost nine out of ten British women are not keen on achieving the dream of Kate Middleton, future wife of Prince William, according to a survey carried out by the internet marketing research company YouGov. The principal reason is the fact that Kate will no longer be able to carry out a normal life after her marriage to William this coming 29 April. Everything concerning Kate including her movements, dress fashion and anything said by her will make media news. It is certain that her life will be full of pressures.
Vocabulary from the above sentence(s):
sembilan dari sepuluh orang = nine out of ten people; berminat = keen, interested; mencapai = to achieve (from capai); impian = dream; bakal = future; putera = prince; mengikut = according to (from ikut); tinjauan = survey; dilaksanakan = carried out (from laksana); firma penyelidikan pasaran = marketing research company; sebab utama = main reason; hakikat = fact; menjalani = to carry out, undergo (from jalan); seperti biasa = as usual; perkahwinan = marriage (from kahwin); perkara = matter, affair; mengenai = concerning (from kena); pergerakan = movement (from gerak); kenyataan = statement (from nyata); tekanan = pressure
(hari Rabu 20 April, 2011) Seorang nenek berusia 65 tahun dilarang meneruskan persembahan tariannya dalam rancangan realiti televisyen Britain’s Got Talent berikutan aksinya yang "terlalu seksi". Nenek berkenaan yang hanya dikenali sebagai Lady Lorraine menyatakan beliau adalah seorang "wanita liar dan seperti gunung berapi yang menunggu masa untuk meletus". (Wednesday 20 April 2011) A 65-year-old grandmother was forbidden to continue her dance performance in the "Britain's Got Talent" TV reality programme following her "excessively sexy" acts. The grandmother in question who is only known as Lady Lorraine stated that she is a "wild woman similar to a volcano waiting for the moment to erupt."
Vocabulary from the above sentence(s):
nenek = grandmother; dilarang = forbidden; meneruskan = to continue (from terus); persembahan = performance (from sembah); tarian = dance (from tari); rancangan = programme; berikutan = following (from ikut); berkenaan = in question (from kena); dikenali = known as (from kenal); menyatakan = to state (from nyata); liar = wild; gunung berapi = volcano; menunggu = to wait (from tunggu); meletus = to erupt, break out (from letus)
(hari Selasa 19 April, 2011) Beratus-ratus anjing yang dihantar ke restoran Cina sempat diselamatkan daripada menjadi hidangan malam oleh 200 pencinta haiwan, lapor media tempatan hari ini. Sebuah trak yang penuh dengan anjing dipaksa berhenti di sebuah lebuh raya di Beijing Jumaat lalu, oleh seorang pemandu kereta yang memberhentikan keretanya di hadapan trak itu lalu menggunakan mikroblognya untuk memaklumkan aktivis haiwan yang lain. (Tuesday 19 April 2011) Hundreds of dogs which were being sent to Chinese restaurants were saved in time from being served on the dining table by 200 animal lovers, local media reported today. A truck crammed with dogs were forced to stop along a highway in Beijing last Friday by a motorist who stalled his car in front of the truck, then informed other animal activists through his microblog.
Vocabulary from the above sentence(s):
beratus-ratus = hundreds of; sempat = in time; diselamatkan = saved (from selamat); hidangan = a dish, food; pencinta = lover (from cinta); haiwan = animal; lapor = to report; tempatan = local; penuh dengan = crammed with, full of; dipaksa = forced to; lebuh raya = highway; Jumaat = Friday; pemandu = driver (from pandu); memberhentikan = to stop (from henti); di hadapan = in front of; menggunakan = to use (from guna); memaklumkan = to inform (from maklum)
(hari Isnin 18 April, 2011) Sekurang-kurang 35 maut di enam negeri di Amerika Syarikat selepas puting beliung dan ribut melanda sejak empat hari lalu yang turut memusnahkan kediaman, perniagaan dan kenderaan di wilayah Carolina dan Virginia. (Monday 18 April 2011) At least 35 people died in six states in the United States after tornadoes and storms struck in the past four days destroying houses, businesses and vehicles in the territories of Carolina and Virginia in its wake.
Vocabulary from the above sentence(s):
puting beliung = tornado, whirlwind; ribut = storm; melanda = to strike, hit; memusnahkan = to destroy (from musnah); kediaman = house, residence (from diam); perniagaan = business (from niaga); kenderaan = vehicle; wilayah = territory
(hari Ahad 17 April) Britain sedang menimbangkan perubahan ke atas peraturan "berdiskriminasi" mengenai pewarisan takhta, ertinya, anak pertama Putera William dengan Kate Middleton ada sama peluangnya mewarisi takhta, tidak kira jantinanya. Peraturan yang ada kini menetapkan bahawa anak lelaki pertama yang akan mewarisi takhta, walaupun dia ada kakak. (Sunday 17 April 2011) Britain is considering changing the "discriminatory" regulation regarding succession to the throne, whereby the first-born child of Prince William with Kate Middleton would have the same opportunity to inherit the throne irrespective of its gender. The current rule dictates that it is the first-born son who will inherit the throne, even if he had an elder sister.
Vocabulary from the above sentence(s):
menimbangkan = to consider (from timbang); perubahan = change (from ubah); peraturan = rule, regulation; pewarisan = inheritance (from waris); takhta = throne; ertinya = that is to say; anak pertama = first child; peluang = opportunity; mewarisi = to inherit (from waris); tidak kira = irrespective of; jantina = gender; kini = now, at the present moment; menetapkan = to dictate, fix (from tetap); walaupun = even if; kakak = elder sister
(hari Sabtu 16 April, 2011) Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya dekat Butterworth gempar kelmarin apabila seorang lelaki yang diisytiharkan sudah "meninggal dunia" oleh pegawai perubatan, secara tiba-tiba hidup kembali. Difahamkan, lelaki berusia 65 tahun itu didapati tidak sedarkan diri selepas terjatuh ketika bertengkar dengan abangnya. (Saturday 16 April 2011) The emergency ward at the Seberang Jaya Hospital near Butterworth was in a commotion yesterday when a man who was announced dead by a medical officer suddenly came to life again. It is understood that the 65-year-old man was found to be unconscious after a fall during a quarrel with his elder brother.
Vocabulary from the above sentence(s):
unit kecemasan = emergency ward; gempar = in a commotion; diisytiharkan = announced (from isytihar); meninggal dunia = to die; pegawai perubatan = medical officer; secara tiba-tiba = suddenly; kembali = return, again; difahamkan = it is understood (from faham); berusia = aged; didapati = found (from dapat); tidak sedarkan diri = unconscious; terjatuh = fell; bertengkar = to quarrel
(hari Jumaat 15 April, 2011) Seorang mak nyah warga Malaysia yang meninggalkan suaminya seorang rakyat Britain, menegaskan dia berbuat demikian kerana kecewa. Fatine Young, 38, yang dilahirkan sebagai Mohammed Fazdil Bahari di Malaysia berkata, suaminya, Ian Young tidak melayannya dengan baik selepas dia berpindah ke United Kingdom untuk tinggal bersamanya. (Friday 15 April 2011) A Malaysian transvestite who left her husband, a British citizen, emphasized that she did that because she was disappointed. Fatine Young, 38, who was born in Malaysia as Mohammed Fazdil Baharia said that her husband, Ian Young did not treat her well after she moved to the United Kingdom to stay with him.
Vocabulary from the above sentence(s):
mak nyah = a transvestite, transsexual; warga = national; meninggalkan = to leave, quit (from tinggal); rakyat = citizen; menegaskan = to emphasize (from tegas); kecewa = disappointed, frustrated; dilahirkan = born; suami = husband; melayan = to treat, serve (from layan); berpindah = to move
(hari Khamis 14 April, 2011) Penduduk berhampiran loji nuklear Fukuishima Dai-ichi yang berdepan dengan masalah kebocoran radiasi selepas dilanda gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu, mengadakan tunjuk perasaan di depan ibu pejabat syarikat pengendali loji itu kerana berang tidak mendapat bantuan untuk meneruskan kehidupan mereka. "Kami hanya mendengar cakap-cakap mengenai pampasan. Kami memerlukannya sekarang," kata Shigeaki Konno, 73, seorang mekanik kereta yang tinggal 11 kilometer dari loji berkenaan. (Thursday 14 April 2011) The inhabitants near the Fukuishima Dai-ichi nuclear plant that is facing radiation leakage problems after being hit by the earthquake and tsunami of 11 March held a demonstration in front of the headquarters of the company managing the plant as they were furious at not obtaining aid to continue with their livelihood. "We only hear talk of compensation. We need it now," said Shigeaki Konno, 73, a car mechanic who lives 11km from the plant.
Vocabulary from the above sentence(s):
penduduk = inhabitant, resident; berhampiran = near (from hampir); loji nuklear = nuclear plant; berdepan dengan = faced with; masalah = problem; kebocoran = leakage (from bocor); dilanda = hit; gempa bumi = earthquake; tunjuk perasaan = demonstration; ibu pejabat = headquarters; syarikat = company; pengendali = management; berang = furious; bantuan = aid (from bantu); meneruskan = to continue (from terus); kehidupan = livelihood (from hidup); cakap-cakap = talk; pampasan = compensation; memerlukan = to need (from perlu); mekanik kereta = car mechanic
(hari Rabu 13 April, 2011) Undang-undang pertama di dunia yang mengharamkan pemakaian purdah mula berkuat kuasa di Perancis semalam, bermakna wanita boleh mendedahkan payudara di Cannes tetapi tidak boleh menutup muka di Champs-Elysees. Dua wanita berpurdah ditangkap semasa menyertai satu protes di Paris hanya beberapa jam selepas pengharaman itu berkuat kuasa semalam, tetapi tidak jelas sama ada mereka turut didenda sebanyak AS$125 di bawah undang-undang tersebut. (Wednesday 13 April, 2011) The world's first-ever law prohibiting the wearing of the purdah started to take effect in France yesterday, signifying that women can expose their breasts in Cannes but cannot cover their faces in the Champs Elysees. Two women wearing the purdah were held while taking part in a protest in Paris only a few hours after the banning came into effect yesterday, but it was not clear whether they were subsequently fined USD125 under the above-mentioned laws.
Vocabulary from the above sentence(s):
undang-undang = law; mengharamkan = to prohibit, ban (from haram); pemakaian = wearing of, use of (from pakai); berkuat kuasa = to take effect; bermakna = meaning; wanita = woman; mendedahkan = to expose, reveal (from dedah); payudara = breast (also buah dada); menutup = to cover (from tutup); ditangkap = detained, held; menyertai = to take part (from serta); pengharaman = prohibition, banning; tidak jelas = not clear; sama ada = whether; didenda = fined; tersebut = above-mentioned
(hari Selasa 12 April, 2011) Seorang rakyat Australia yang menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana kesalahan menyeludup dadah mengahwini kekasihnya warga Indonesia di sebuah penjara di pulau peranginan Bali semalam. Stephens ditahan pada 2005 di lapangan terbang Denpasar, Bali bersama 2.9 kilogram dadah heroin yang diikat pada lengan dan pinggangnya. (Tuesday 12 April 2011) An Australian citizen who is undergoing life imprisonment for a drug-smuggling offence married his Indonesian national sweetheart in a prison in the island resort of Bali yesterday. Stephens was detained in 2005 at Denpasar airport, Bali with 2.9kg of heroin strapped to his arm and waist.
Vocabulary from the above sentence(s):
rakyat = citizen; menjalani = to undergo (from jalan); hukuman penjara seumur hidup = life imprisonment; kesalahan = offence (from salah); menyeludup = to smuggle (from seludup); dadah = drug; mengahwini = to marry (from kahwin); kekasih = sweetheart, lover; warga = national; penjara = prison; pulau peranginan = island resort; ditahan = detained; lapangan terbang = airport; diikat = strapped to, tied to; lengan = arm; pinggang = waist
(hari Isnin 11 April, 2011) Beribu-ribu penduduk yang menetap berhampiran dengan gunung berapi di sebuah pulau di Filipina mengingkari amaran rasmi hari ini supaya meninggalkan tempat itu. Pulau yang merupakan kawasan tumpuan pelancong dan terletak 65 kilometer dari selatan Manila itu didiami seramai 7,000 orang petani, nelayan dan pemandu pelancong. (Monday 11 April 2011) Thousands of inhabitants living near a volcano on an island in the Philippines have defied an official warning today to evacuate. The island, which is in a touristy area, and is situated 65kms south of Manila is inhabited by a total of 7,000 farmers, fishermen and tourist guides.
Vocabulary from the above sentence(s):
beribu-ribu = thousands of; penduduk = inhabitant; menetap = to live, reside (from tetap); berhampiran = near, close to (from hampir); gunung berapi = volcano; pulau = island; mengingkari = to defy, disobey (from ingkar); amaran = warning; rasmi = official; supaya = so that, in order to; meninggalkan = to leave (from tinggal); merupakan = often used for the verb "to be" (from rupa); kawasan = area, region; tumpuan pelancong = tourists attraction; terletak = situated; selatan = south; didiami = inhabited; seramai = a total of, as many as (from ramai); petani = farmer; nelayan = fisherman; pemandu pelancong = tourist guide
(hari Ahad 10 April, 2011) Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 11 lagi cedera semalam apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah pusat beli-belah yang penuh sesak di Alphen aan den Rijn, kira-kira 25 kilometer ke barat daya Amsterdam, sebelum menembak dirinya sendiri. (Sunday 10 April 2011) At least six people were killed and 11 others wounded yesterday when an armed man started shooting people at random in a crowded shopping mall in Alphen aan den Rijn, about 25km south-west of Amsterdam, before shooting himself.
Vocabulary from the above sentence(s):
sekurang-kurangnya = at least (from kurang); terbunuh = killed; cedera = wounded, injured; apabila = when; bersenjata = armed; rambang = at random; pusat beli-belah = shopping centre, mall; penuh sesak = crowded; kira-kira = about; barat daya = south-west; sebelum = before; menembak = to shoot; dirinya sendiri = himself or herself
(hari Sabtu 09 April, 2011) Sebuah mahkamah keluarga di Guatemala telah meluluskan permohonan Sandra Torres untuk diceraikan daripada suaminya, Presiden Guatemala Alvaro Colom selepas lapan tahun perkahwinan. Tuntutan cerai itu dibuat oleh Sandra Torres bagi membolehkan beliau bertanding merebut jawatan presiden Guatemala kerana perlembagaan negara itu menghalang ahli keluarga presiden bertanding merebut jawatan presiden. (Saturday 09 April 2011) A family court in Guatemala has approved the application of Sandra Torres to be divorced from her husband, Guatemala's President Alvaro Colom after eight years of marriage. The demand for divorce was made by Sandra Torres to enable her to contest for the post of Guatemala's president as the country's constitution forbids members of the president's family from contesting for the post of president.
Vocabulary from the above sentence(s):
meluluskan = to approve (from lulus); permohonan = application (from mohon); diceraikan = divorced; suami = husband; perkahwinan = marriage (from kahwin); tuntutan = demand; membolehkan = to enable (from boleh); bertanding = to contest; merebut = to seize, capture (from rebut); jawatan = post; perlembagaan = constitution (from lembaga); menghalang = to prevent, obstruct (from halang)
(hari Jumaat 08 April, 2011) Penggodam berjaya melakukan rompakan data siber terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat membabitkan berjuta-juta nama dan e-mel daripada firma pemasaran online, Epsilon, dan merancang untuk menjual maklumat itu kepada penjenayah siber. Tidak hairanlah, bank utama Amerika selain hotel, peniaga dan syarikat lain mula memberi amaran kepada pelanggan supaya berhati-hati dengan e-mel palsu. (Friday 08 April 2011) Hackers succeeded in carrying out the biggest cyber data theft in the history of the United States involving millions of names and email addresses from Epsilon, the online marketing company, and plan to sell the information to cyber criminals. Not surprisingly, pricipal banks in America as well as hotels, businesses and other companies have started warning their customers to be cautious with faked emails.
Vocabulary from the above sentence(s):
penggodam = hacker; berjaya = succeed; melakukan = to carry out (from laku); rompakan = theft, robbery (from rompak); membabitkan = to involve (from babit); berjuta-juta = millions; firma = firm, company; pemasaran = marketing (from pasar); merancang = to plan (from rancang); menjual = to sell (from jual); maklumat = information; penjenayah = criminal (from jenayah); hairan = surprising; peniaga = trader, business (from niaga); syarikat lain = other companies; memberi amaran = to give a warning (from beri); pelanggan = customer; berhati-hati = be careful, cautious; palsu = false, faked
(hari Khamis 07 April, 2011) Seorang askar Singapura yang gambarnya disiarkan bersama pembantu rumah yang menggalas begnya menimbulkan kebimbangan kerana kelakuannya yang "lembik". Singapura melaksanakan kerahan tentera dan semua rakyat dan penduduk tetap berusia 18 tahun dan ke atas perlu menjalani latihan tentera selama dua tahun. (Thursday 07 April 2011) A Singapore soldier whose photo was published with a maid carrying his rucksack on her shoulder has raised worries because of his "soft" behaviour. Singapore implements compulsory military service and all citizens and permanent residents aged 18 years and above have to undergo military training for two years.
Vocabulary from the above sentence(s):
askar = soldier; disiarkan = published; pembantu rumah = maid, domestic help; menggalas = to carry on the back or shoulder (from galas); menimbulkan = to cause (from timbul); kebimbangan = worry (from bimbang); kelakuan = behaviour (from laku); lembik = soft, flaccid; melaksanakan = to implement (from laksana); kerahan tentera = compulsory military service, conscription; perlu = need to, have to; menjalani = to undergo (from jalan); latihan tentera = military training
(hari Rabu, 06 April 2011) Seorang rakyat Malaysia, dua warga Perancis dan seorang rakyat Benin diculik sekumpulan lelaki bersenjata dari Hotel Novotel, di Abidjan, Ivory Coast semalam, kata satu sumber diplomatik. Hotel itu terletak di kawasan dikuasai penyokong bekas presiden yang enggan melepaskan kuasa, Laurent Gbagbo. (Wednesday 06 April 2011) A Malaysian citizen, two French nationals and a Beninese were kidnapped by a group of armed men from Hotel Novotel in Abidjan, Ivory Coast yesterday, a diplomatic source said. The hotel is located in a region that is controlled by the supporters of Laurent Gbagbo, the ex-president who refused to give up power.
Vocabulary from the above sentence(s):
rakyat = citizen; warga(negara) = national; Perancis = French, France; diculik = kidnapped; sekumpulan = a group; bersenjata = armed; sumber = source; terletak = located; kawasan = region, area; dikuasai = controlled (from kuasa); penyokong = supporter (from sokong); bekas = ex-, former; enggan = to refuse, unwilling to; melepaskan = to let go (from lepas); kuasa = power
(hari Selasa, 05 April 2011) Penyanyi lagu country terkenal, Taylor Swift telah dinamakan Penghibor Tahun, anugerah paling berprestij pada majlis Anugerah Akademi Muzik Country ke-46 di Las Vegas semalam. "Ini adalah kali pertama saya memenangi anugerah ini dan saya amat terkejut kerana dipilih. Sudah tentu saya juga berasa amat gembira kerana anugerah ini diberikan berdasarkan undi peminat," katanya. (Tuesday 05 April 2011) Famous country singer Taylor Swift was named Entertainer of the Year, the highly prestigious award at the 46th Academy of Country Music Awards ceremony in Las Vegas yesterday. "This is the first time I've won this award and I'm very surprised to have been chosen. I am naturally very happy as this award is given based on the fans' votes," she said.
Vocabulary from the above sentence(s):
penyanyi = singer (from nyanyi); terkenal = famous; dinamakan = named; penghibor = entertainer; anugerah = award; berprestij = prestigious; majlis = gathering; Akademi Muzik Country = Academy of Country Music; kali pertama = first time; memenangi = to win (from menang); amat terkejut = very surprised; dipilih = chosen; sudah tentu = naturally; berasa = to feel (from rasa); amat gembira = very happy; berdasarkan = based on (from dasar); undi = vote; peminat = fan (from minat)
(hari Isnin, 04 April 2011) Beribu-ribu buah rumah, sekolah dan pusat kesihatan masyarakat dan masjid di sembilan kawasan di Medan, Indonesia ditenggelami air selepas dilanda banjir kilat Jumaat lalu. Paras air yang naik secara mendadak menyebabkan ratusan ribu penduduk yang tidak bersedia terpaksa melarikan diri ke tempat lebih tinggi, pusat perlindungan sementara dan kawasan tidak terjejas banjir. (Monday 04 April 2011) Thousands of homes, schools and social health centres and mosques in nine regions of Medan, Indonesia were submerged in water after being hit by flash floods last Friday. The water level which rose suddenly forced hundreds of thousands of inhabitants who were unprepared to run off to higher grounds, temporary shelter centres and areas not affected by the floods.
Vocabulary from the above sentence(s):
beribu-ribu = thousands of; pusat kesihatan masyarakat = social health centre; masjid = mosque; kawasan = region, district; ditenggelami air = submerged in water; dilanda = hit by; banjir kilat = flash flood; paras air = water level; secara mendadak = suddenly, abruptly; ratusan ribu penduduk = hundreds of thousands of inhabitants; tidak bersedia = unprepared; melarikan diri = to escape, run off (from lari); pusat perlindungan sementara = temporary shelter centre (from lindung); tidak terjejas = not affected
(hari Ahad, 03 April 2011) Lima orang terbunuh dalam tunjuk perasaan ganas di Kandahar semalam membantah tindakan membakar naskhah al-Quran oleh seorang paderi Amerika Syarikat, sehari selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengalami serangan terburuk terhadap kehadirannya di Afghanistan yang membunuh tujuh kakitangan asingnya. "Kumpulan kami tidak terbabit dalam serangan ini tetapi ia adalah tindakan oleh orang Islam yang bertanggung jawab," kata jurucakap Taliban. (Sunday 03 April 2011) Five people were killed in a violent demonstration in Kandahar yesterday protesting against the burning of a copy of the Koran by an American priest, a day after the United Nations experienced the worst attack against its presence in Afghanistan with seven of its foreign staff killed. "Our group was not involved in the attack but it was the action of responsible Muslims," said a Taliban spokesperson.
Vocabulary from the above sentence(s):
terbunuh = killed; tunjuk perasaan = demonstration; ganas = violent, ferocious; membantah = to protest (from bantah); tindakan = action; membakar = to burn (from bakar); naskhah = a copy; paderi = priest; Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu = United Nations (Organization); mengalami = to experience (from alam); serangan = attack; terburuk = worst; terhadap = towards; kehadiran = presence (from hadir); kakitangan asing = foreign workers, staff; terbabit = involved; bertanggung jawab = responsible
(hari Sabtu, 02 April 2011) China telah melonggarkan polisi satu anak bagi sebuah keluarga berikutan semakin ramai pasangan yang membuat keputusan untuk mempunyai lebih daripada seorang anak. Di bawah pelan baru itu, pasangan di Beijing yang mempunyai dua orang anak hanya akan disaman sekiranya si ibu berumur di bawah 28 tahun dan anak kedua dilahirkan dalam tempoh empat tahun berbanding anak pertama. Sebelum ini, pasangan suami isteri terpaksa membayar denda sebanyak 20 peratus daripada pendapatan tahunan mereka jika si isteri melahirkan anak kedua. (Saturday 02 April 2011) China has relaxed its "one child per family" policy following the decision by more and more couples to have more than one child. Under this new plan, Beijing couples who have two children will only be summoned if the mother is below 28 years old and the second child is born within four years after the first. Prior to this, married couples had to pay a fine representing 20% of their annual income if the wife gave birth to a second child.
Vocabulary from the above sentence(s):
melonggarkan = to slacken, relax; polisi = policy; keluarga = family; berikutan = following (from ikut); semakin ramai = more and more; pasangan = couple; membuat keputusan = to decide (literally "to make a decision"); mempunyai = to have (from punya); disaman = be summoned; si ibu = the mother in question (the prefix si is used to indicate the person involved eg. "si pencuri" means "the thief in question"); berbanding = compared (with); sebelum ini = prior to this; membayar denda = to pay a fine; pendapatan = income (from dapat); melahirkan = to give birth to (from lahir)
(hari Jumaat, 01 April 2011) Seorang lelaki Britain memperoleh pendapatan lumayan hasil daripada idea "gilanya" membina sebuah hotel khusus untuk ayam dengan mengenakan bayaran £2 untuk semalam. David Roberts, 31, membuka hotel Avian Inn, yang "kalis musang" dan lengkap dengan kemudahan bagi mereka yang mahu menempatkan ayam peliharaan ketika meninggalkan rumah. "Ramai penduduk Britain menjadikan ayam sebagai haiwan peliharaan pada masa ini," katanya. (Friday 01 April 2011) A British man is deriving a handsome income from his "crazy" idea of building a hotel specially for chickens by charging £2 for a night's stay. David Roberts, 31, opened the Avian Inn hotel, which is foxproof and equipped with facilities for those who need a place to keep their pet chickens when they are away from home. "Many British residents are keeping chickens as pets nowadays," he said.
Vocabulary from the above sentence(s):
memperoleh = to obtain (from oleh); pendapatan = income (from dapat); lumayan = considerable, handsome; hasil = result, outcome; membina = to build (from bina); khusus = specially; mengenakan bayaran = to charge (from kena); musang = fox; kalis musang = foxproof (kalis means "impervious to" and is usually equivalent to the suffix -proof as in "kalis air" and "kalis api", meaning waterproof and fireproof respectively); lengkap dengan = equipped with; kemudahan = facility (from mudah); menempatkan = to place (from tempat); ayam peliharaan = pet chicken; meninggalkan = to leave (from tinggal); haiwan peliharaan = pet (animal)
(hari Khamis, 31 Mac 2011) Sebuah laman web yang menjual lagu kumpulan Beatles secara online dengan harga AS$0.25 untuk sebuah lagu bersetuju membayar syarikat rakaman hampir AS$1 juta sebagai pampasan untuk menyelesaikan tuntutan saman. Hakim Daerah Amerika Josephine Staton Tucker menandatangani penyelesaian di antara BlueBeat.com dan tiga syarikat muzik (EMI, Capitol Records dan Virgin Records America) Jumaat lalu. (Thursday 31 March 2011) A website which sold songs by the Beatles group online at US$0.25 per song agreed to pay the recording companies nearly US$1 million as compensation in order to settle the summons charge. United States District Court judge Josephine Staton Tucker signed the settlement between BlueBeat.com and three music companies (EMI, Capitol Records and Virgin Records America) last Friday.
Vocabulary from the above sentence(s):
laman web = website; menjual = to sell (from jual); kumpulan = group; secara online = (through internet); bersetuju = to agree; membayar = to pay (from bayar); syarikat rakaman = recording company; sebagai pampasan = as compensation; menyelesaikan = to settle (from selesai); tuntutan = charge, claim; hakim daerah = district judge; menandatangani = to sign (from tanda tangan); penyelesaian = settlement (from selesai)
(hari Rabu, 30 Mac 2011) Alain Robert, 48, pemanjat bangunan Perancis yang digelar "Spiderman" berjaya menawan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dubai semalam, selepas bergelut dengan angin kencang yang memaksa pendakiannya tertangguh beberapa jam. Dia mengambil masa kira-kira enam jam untuk menawan bangunan setinggi 828 meter itu yang mempunyai 160 tingkat. (Wednesday 30 March 2011) Alain Robert, 48, a French climber of buildings known as "Spiderman" succeeded in capturing the world's highest building, the Burj Khalifa in Dubai yesterday after struggling with strong winds which forced his climbing to be postponed for a few hours. He took about six hours to capture the 828m-high building which has 160 storeys.
Vocabulary from the above sentence(s):
pemanjat = climber (from panjat); bangunan = building; Perancis = French, France; digelar = known as, called; berjaya = to succeed; menawan = to capture (from tawan); tertinggi = highest; bergelut dengan = to struggle with; angin kencang = strong wind; memaksa = to force (from paksa); pendakian = the climbing (from daki); tertangguh = postponed; mengambil masa enam jam = to take six hours
(hari Selasa, 29 Mac 2011) Polis China telah menahan seorang penulis blog terkenal di negara itu, Ran Yunfei kerana mencabar Parti Komunis, kata rakan rapat blogger itu. Seorang aktivis yang juga rakan Ran, Wang Yi, berkata penulis itu sebelum ini ditahan selama sebulan tanpa dakwaan. Beliau kemudian ditangkap secara rasmi atas tuduhan menghasut dan memecah-belahkan rakyat. (Tuesday 29 March 2011) Chinese police have arrested Ran Yunfei, a prominent blogger in the country, for challenging the Communist Party, said a close friend of the blogger. An activist who is also a friend of Ran, Wang Yi, said that the writer had earlier been detained without charge for a month. He was later formally arrested on charges of inciting and disuniting the people.
Vocabulary from the above sentence(s):
menahan = to arrest, detain (from tahan); penulis = writer (from tulis); terkenal = prominent, well-known; mencabar = to challenge (from cabar); rakan rapat = close friend; sebelum ini = before this; ditahan = detained; selama = for (a certain period of time); tanpa = without; dakwaan = charge, accusation; ditangkap = caught, arrested; secara rasmi = formally, officially; tuduhan = accusation; menghasut = to incite (from hasut); memecah-belahkan = to divide, disunite (from pecah)
(hari Isnin 28 Mac, 2011) Seorang ahli parlimen Indonesia, Roy Suryo dihalau keluar dari kapal terbang Lion Air hari ini kerana mengambil tempat duduk yang ditempah oleh dua penumpang lain untuk dirinya serta isterinya. Tiket Roy dan isteri menunjukkan mereka sepatutnya menaiki penerbangan yang seterusnya pada pukul 7.45 pagi tetapi mereka berkeras mahu kekal duduk di dalam kapal terbang yang akan berlepas pada pukul 6.15 pagi. A member of the Indonesian Parliament, Roy Suryo was driven out of the Lion Air plane today for occupying the seats that had been booked by two other passengers for himself and his wife. The ticket for Roy and his wife showed that they should have boarded the next flight at 7.45 but they insisted on remaining in their seats in the plane which was taking off at 6.15 in the morning.
Vocabulary from the above sentence(s):
ahli parlimen = member of parliament; dihalau = expelled, driven out; mengambil tempat duduk = take the seat of; ditempah = booked; menunjukkan = to show (from tunjuk); sepatutnya = should; menaiki = to board (from naik); penerbangan = flight (from terbang); penerbangan yang seterusnya = the next flight; berkeras = to insist; kekal duduk = remain seated (not to budge); berlepas = to take off
(hari Ahad, 27 Mac 2011) Sekurang-kurangnya 2,000 wanita sudah memohon untuk bertemu dengan jutawan Australia berusia 80 tahun yang mahu mencari isteri di kalangan wanita Korea, kata agensi pencari jodoh, UVIS, kelmarin. Firma itu berkata, selepas kematian isterinya tujuh tahun lalu, duda itu jatuh cinta dengan Korea berikutan kekerapan beliau melawat negara itu atas urusan perniagaan. At least 2,000 women have applied to meet an 80-year-old Australian millionaire who wants to seek a wife among Korean women, said matchmaking agency UVIS yesterday. The firm said that after the death of his wife seven years ago, the widower fell in love with Korea following his repeated visits to the country on business matters.
Vocabulary from the above sentence(s):
sekurang-kurangnya = at least (from kurang); memohon = to apply (from mohon); bertemu = to meet; jutawan = millionaire; dikalangan = among (a circle or group); wanita = woman; agensi pencari jodoh = matchmaking agency; duda = widower; jatuh cinta dengan = to fall in love with; berikutan = following (from ikut); kekerapan = frequency (from kerap); melawat = to visit (from lawat); atas urusan perniagaan = on business (matters)
(hari Sabtu, 26 Mac 2011) Kumpulan mafia Jepun turut membantu mangsa gempa bumi dan tsunami dengan menghantar bekalan termasuk mee segera ramen, lampu picit, lampin pakai buang, minuman dan keperluan harian ke kawasan terjejas. Seorang anggota Yamaguchi-gumi, kumpulan jenayah terancang terbesar Jepun, yang mana penulis temui berkata: "Tolong jangan kata apa-apa lagi berkenaan apa yang kami lakukan." (Saturday, 26 March 2011) Japan's mafia groups have joined in helping earthquake and tsunami victims by sending provisions including instant ramen noodles, torches, disposable nappies, drinks and daily necessities to the affected areas. A member of Yamaguchi-gumi, Japan's biggest organized crime syndicate, whom the writer met, said: "Please don't say anything more about what we did."
Vocabulary from the above sentence(s):
kumpulan = group; turut = to follow; membantu = to help (from bantu); mangsa = victim; gempa bumi = earthquake; menghantar = to send (from hantar); bekalan = provisions; mee segera = instant noodles; lampu picit = a torch (also lampu suluh); lampin pakai buang = disposable nappy, diaper; minuman = drinks; keperluan harian = daily necessities; kawasan terjejas = affected area; anggota = member; kumpulan jenayah terancang = organized crime syndicate; terbesar = biggest; temui = to meet (from temu); lakukan = to do (from laku)
(hari Jumaat, 25 Mac 2011) Isteri Presiden Guatemala memfailkan permohonan cerai selepas lapan tahun berkahwin bagi membolehkan beliau bertanding dan menggantikan suaminya sebagai presiden negara itu. Perlembagaan negara itu menghalang ahli keluarga seorang presiden daripada bertanding untuk jawatan tertinggi negara itu. The wife of the Guatemalan President has filed an application for divorce after eight years of marriage to enable her to contest and replace her husband as the country's president. The country's constitution bars members of a president's family from contesting the country's highest post.
Vocabulary from the above sentence(s):
memfailkan = to file (from fail); permohonan = application (from mohon); cerai = divorce; membolehkan = to enable (from boleh); bertanding = to contest; menggantikan = to replace (from ganti); perlembagaan = constitution (from lembaga); menghalang = to prevent, obstruct (from halang); ahli keluarga = a member of the family; jawatan tertinggi = the highest post
(hari Khamis 24 Mac, 2011) Legenda filem Hollywood, aktres Elizabeth Taylor meninggal dunia hari ini akibat diserang sakit jantung. Dia berusia 79 tahun. Taylor dilaporkan pernah berkahwin sebanyak sembilan kali dengan lapan lelaki termasuk dua kali dengan Richard Burton. Hollywood film legend actress Elizabeth Taylor died today as a result of a heart attack. She was 79. Taylor was reported to have been married nine times with eight men including twice with Richard Burton.
Vocabulary from the above sentence(s):
legenda = legend; meninggal dunia = to die (literally "to leave the world"); akibat = result of, consequence; diserang = attacked; sakit jantung = heart disease; berusia = aged; dilaporkan = reported; termasuk = including
(hari Rabu, 23 Mac 2011) Presiden Bolivia, Evo Morales menggesa anugerah Nobel Keamanan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ditarik balik kerana menyifatkan keputusan pemimpin itu melancarkan serangan tentera terhadap Libya menunjukkan beliau tidak layak mendapat anugerah itu. "Dua tahun lalu, kita mendengar bahawa Presiden Obama memenangi anugerah Nobel Keamanan tetapi adakah beliau mempertahankan keamanan dunia sekarang, atau tidakkah beliau yang mencetuskan keganasan?" kata Morales kepada pemberita. The President of Bolivia, Evo Morales has urged that the Nobel Peace award to the United States' President Barack Obama be withdrawn describing the leader's decision in launching a military attack on Libya as showing that he is not qualified to receive the award. "Two years ago we heard that President Obama won the Nobel Peace award but has he defended world peace today or isn't he the one to have sparked off violence?" he told reporters.
Vocabulary from the above sentence(s):
menggesa = to urge (from gesa); anugerah = award; keamanan = peace (from aman); ditarik balik = be withdrawn; menyifatkan = to describe (from sifat); keputusan = decision (from putus); pemimpin = leader (from pimpin); melancarkan = to launch (from lancar); serangan tentera = military attack; menunjukkan = to show (from tunjuk); tidak layak = not qualified; memenangi = to win (from menang); mempertahankan = to defend (from tahan); mencetuskan = to spark off (from cetus); keganasan = violence (from ganas)
(hari Selasa, 22 Mac 2011) Beratus mahasiswa mengadakan tunjuk perasaan di Athens semalam bagi membantah sokongan kerajaan Greece kepada tindakan tentera antarabangsa melancarkan serangan terhadap Libya. Hundreds of undergraduates held a demonstration in Athens yesterday to protest against the Greek government's support for action taken by the international military forces in launching an attack against Libya.
Vocabulary from the above sentence(s):
beratus = hundreds; mahasiswa = undergraduate; mengadakan = to hold (from ada); tunjuk perasaan = demonstration; membantah = to protest (from bantah); sokongan = support (from sokong); tindakan = action (from tindak); tentera antarabangsa = international military forces; melancarkan = to launch (from lancar); serangan = attack (from serang)
(hari Isnin, 21 Mac 2011) Insiden terpencil kegiatan mencuri oleh mangsa tsunami yang terdesak mula dilaporkan di Jepun, negara yang rakyatnya telah mendapat pujian meluas kerana disiplin mereka sekalipun menghadapi malapetaka bertimpa-timpa. Fenomena itu jarang berlaku di Jepun kerana polis di negara ini bertindak tegas ke atas jenayah kecil manakala penduduk mendapat ganjaran kerana memulangkan barang yang hilang atau dicuri. Isolated incidents of stealing activities by desperate tsunami victims are starting to be reported in Japan, a country whose citizens are receiving widespread praise for their discipline even when faced with successive disasters. This is a rare phenomenon in Japan as the police there act firmly on petty crimes while the residents receive rewards for returning lost or stolen goods.
Vocabulary from the above sentence(s):
terpencil = isolated; kegiatan = activity (from giat); mangsa = victim; terdesak = desperate; mula = to start; dilaporkan = reported (from lapor); pujian = praise (from puji); meluas = widespread; sekalipun = even though (from kali); menghadapi = to face (from hadap); malapetaka = disaster; bertimpa-timpa = successively, one after another (from timpa); jarang berlaku = rarely happens; bertindak = to act (from tindak); tegas = firm; jenayah = crime; manakala = while; ganjaran = reward; memulangkan = to return (from pulang); hilang = lost; dicuri = stolen
(hari Ahad, 20 Mac 2011) Dalam senarai 1,210 bilionair di seluruh dunia yang dikeluarkan oleh majalah Forbes pada minggu lepas, 175 masih belum mempunyai teman, termasuk 48 wanita, mengikut Pengarang Kanan Forbes, Luisa Kroll selepas menganalisis senarai itu. Di antara mereka 36 belum pernah berkahwin, 81 bercerai, 6 berpisah dan 52 adalah duda. In the list of the world's 1,210 billionaires which was released by Forbes magazine last week, 175 are still single, including 48 women, according to Forbes senior editor Luisa Kroll, after analyzing the list. Among them 36 have never married, 81 are divorced, 6 are separated and 52 are widowed.
Vocabulary from the above sentence(s):
senarai = list; bilionair = billionaire; dikeluarkan = released (from keluar); teman = partner; termasuk = including; pengarang kanan = senior editor; menganalisis = to analyze (from analisis); bercerai = divorced; berpisah = separated; duda = widower
(hari Sabtu, 19 Mac 2011) Bangunan-bangunan pencakar langit di Jakarta tidak lagi mudah runtuh akibat kejadian gempa bumi. Ini ekoran pembinaannya dilengkapi ciri-ciri mampu menahan kesan bencana alam tersebut. Skyscraper buildings in Jakarta will now not easily collapse as a consequence of earthquakes. This is the outcome of their construction being equipped with characteristics that are able to withstand the effects of such natural disasters.
Vocabulary from the above sentence(s):
bangunan = building (from bangun); pencakar langit = skyscraper; runtuh = to collapse; akibat = consequence, result of; kejadian = event (from jadi); gempa bumi = earthquake; ekoran = outcome, consequence; pembinaan = construction (from bina); dilengkapi = equipped with (from lengkap); ciri = characteristic; menahan = to withstand (from tahan); kesan = effect; bencana alam = natural disaster, catastrophe
(hari Jumaat, 18 Mac 2011) Seorang jutawan muda Singapura menderma sebanyak S$1 juta bagi membantu mangsa gempa di Jepun, dua kali ganda jumlah bantuan yang disumbangkan oleh kerajaan Singapura sendiri. Cek itu diserahkan Elaine Low, berusia 24 tahun, kepada Duta Jepun ke Singapura semalam. A young millionaire from Singapore has donated S$1 million to help earthquake victims in Japan, double the amount of aid donated by the Singapore government itself. Elaine Low, aged 24, handed the cheque to the Japanese Ambassador to Singapore yesterday.
Vocabulary from the above sentence(s):
jutawan = millionaire; menderma = to donate (from derma); membantu = to help (from bantu); mangsa gempa = earthquake victim; dua kali ganda = double; bantuan = aid (from bantu); disumbangkan = contributed (from sumbang); diserahkan = handed over (from serah)
(hari Khamis, 17 Mac 2011) Krisis nuklear Jepun yang disifatkan sebagai paling serius di dunia sejak malapetaka Chernobyl di Ukraine pada 1986, semakin meruncing hari ini apabila paras radiasi didapati meningkat ke tahap membahayakan kesihatan awam di sekitar sebuah loji nuklear setelah beberapa reaktornya meletup selepas berlaku gempa bumi Jumaat lepas. Japan's nuclear crisis which has been described as the world's most serious since the Chernobyl disaster in Ukraine in 1986, is becoming more critical today when the radiation level was found to have risen to a stage that endangers public health around a nuclear plant after a number of its reactors exploded following the earthquake last Friday.
Vocabulary from the above sentence(s):
disifatkan = described (from sifat); paling serius = the most serious; malapetaka = disaster; semakin = more and more; meruncing = critical (from runcing); paras radiasi = radiation level; didapati = found (from dapat); meningkat = to rise (from tingkat); tahap = stage, phase; membahayakan = to endanger (from bahaya); kesihatan awam = public health; di sekitar = around (from kitar); loji nuklear = nuclear plant; meletup = to explode (from letup); berlaku = to happen; gempa bumi = earthquake; Jumaat = Friday
(hari Rabu, 16 Mac 2011) Tiket Sukan Olimpik 2012 di London mula dijual secara rasmi semalam. Penduduk Britain dan kawasan Kesatuan Eropah boleh memohon untuk membeli sejumlah 6.6 juta keping daripada 8.8 juta keping tiket dari sekarang hingga 26 April. The sale of tickets for the 2012 Olympic Games in London started officially yesterday. Residents of the UK and the European Union region can apply to buy some 6.6 million tickets out of 8.8 million tickets from now until 26 April.
Vocabulary from the above sentence(s):
Sukan Olimpik = Olympic Games; secara rasmi = officially; penduduk = inhabitant, resident; Kesatuan Eropah = European Union; memohon = to apply (from mohon); keping = numerical coefficient (or classifier) for tickets
(hari Selasa, 15 Mac 2011) Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei hari ini menerima RM100,000 unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad daripada kerajaan Malaysia atas kejayaannya mempertahankan kejuaraannya pada Kejohanan Badminton All-England 2011. World number one badminton player Datuk Lee Chong Wei today received RM100,000 in Permodalan Nasional Berhad shares from the Malaysian government for his success in defending his title in the 2011 All-England Badminton Championships.
Vocabulary from the above sentence(s):
menerima = to receive (from terima); amanah = trust; saham = share; kejayaan = success (from jaya); mempertahankan = to defend (from tahan); kejuaraan = title (from juara); kejohanan = championship (from johan)
(hari Isnin 14 Mac, 2011) Penyanyi pop tersohor dunia, Lady Gaga, dilapor melancarkan penjualan gelang yang tertera dengan tulisan "Doa Untuk Jepun" dalam bahasa Inggeris dan Jepun sebagai usaha membantu mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun yang telah menyebabkan kematian lebih daripada 10,000 orang. Famous international pop singer Lady Gaga is reported to have launched the sales of a bracelet with the words "We pray for Japan" printed in English and Japanese in an effort to help victims of Japan's earthquake and tsunami which has caused more than 10,000 deaths.
Vocabulary from the above sentence(s):
tersohor = famous, renowned; melancarkan = to launch (from lancar); penjualan = sales (from jual); gelang = bracelet; tertera = printed; tulisan = writing (from tulis); usaha = effort; membantu = to help (from bantu); mangsa gempa bumi = earthquake victim; menyebabkan = to cause (from sebab); kematian = death (from mati)
(hari Ahad, 13 Mac 2011) Lebih 1,300 orang terkorban selepas gempa bumi paling kuat pernah dirakamkan di Jepun (berukuran 8.9 pada skala Richter) mencetuskan tsunami setinggi 10 meter yang melanda pantai timur laut negara ini. More than 1,300 people died after the strongest-ever earthquake recorded in Japan (measuring 8.9 on the Richter Scale) unleashed a 10m-high tsunami which hit the northeast coast of the country.
Vocabulary from the above sentence(s):
terkorban = sacrificed; gempa bumi = earthquake; paling kuat = strongest; dirakamkan = recorded (from rakam); berukuran = measuring (from ukur); mencetuskan = to spark off (from cetus); melanda = to hit (from landa); timur laut = northeast
(hari Sabtu, 12 Mac 2011) Berjuta penduduk di bandaraya Tokyo terkandas jauh dari rumah mereka petang semalam berikutan gempa bumi kuat melanda Jepun dan melumpuhkan sistem keretapi bawah tanah di ibu negara berkenaan. Thousands of inhabitants in Tokyo city were stranded far from their homes last night following a powerful earthquake that hit Japan and paralyzed the subway system in the national capital.
Vocabulary from the above sentence(s):
berjuta = thousands of; penduduk = inhabitant (from duduk); bandaraya = city; terkandas = stranded; berikutan = following (from ikut); gempa bumi = earthquake; melanda = to hit, strike (from landa); melumpuhkan = to paralyze (from lumpuh); keretapi bawah tanah = subway, underground; ibu negara = national capital
(hari Jumaat, 11 Mac 2011) Rakyat Mexico, Carlos Slim Helu, dengan peningkatan kekayaan AS$20.5 bilion sejak tahun dahulu, mengalahkan 1,209 lagi bilionair termasuk Bill Gates, Warren Buffett dan hartawan besi Britain, Lakshmi Mittal, untuk menduduki senarai teratas bilionair dunia, lapor majalah Forbes. Mexican citizen Carlos Slim Helu, with a US$20.5 billion increase in wealth since last year, defeated 1,209 other billionaires including Bill Gates, Warren Buffett and British steel magnate, Lakshmi Mittal, to sit on the very top of the world's billionaires' list, Forbes magazine reports.
Vocabulary from the above sentence(s):
peningkatan = increase (from tingkat); kekayaan = wealth (from kaya); mengalahkan = to defeat (from kalah); hartawan = magnate; besi = steel; menduduki = to sit on (from duduk); senarai = list; teratas = the very top
(hari Khamis, 10 Mac 2011) Kerajaan Korea Selatan berkata semalam ia sudah melancarkan satu siasatan terhadap dakwaan skandal seks yang menggegarkan konsulatnya di Shanghai. Laporan media mengatakan tiga diplomat Korea berpusat di bandar terbesar China itu disyaki mempunyai hubungan dengan wanita China yang sama, yang didakwa menggunakan pengaruhnya terhadap mereka untuk mendapatkan visa untuk pekerja China. Wanita itu juga dikatakan menerima maklumat sulit seperti nombor telefon bimbit untuk anggota utama parti pemerintah Korea Selatan dan individu berprofil tinggi lain. South Korea's government said yesterday that it had launched an investigation into an alleged sex scandal that has rocked its consulate in Shanghai. Media reports say three Korean diplomats based in China's biggest city were suspected of having relations with the same Chinese woman, who is accused of using her influence over them to obtain visas for Chinese workers. The woman was also said to have received confidential information such as mobile telephone numbers of leading members of South Korea's ruling party and other high-profile individuals.
Vocabulary from the above sentence(s):
melancarkan = to launch (from lancar); siasatan = investigation (from siasat); dakwaan = accusation, allegation; menggegarkan = to shake, rock (from gegar); mengatakan = to say (from kata); berpusat di = based in, disyaki = suspected (from syak); mempunyai = to have, possess (from punya); hubungan = relation, tie; pengaruh = influence; mendapatkan = to obtain (from dapat); menerima = to receive (from terima); maklumat sulit = confidential information; telefon bimbit = cellphone; anggota utama = leading member; parti pemerintah = ruling party
(hari Rabu, 09 Mac 2011) Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, menawarkan untuk meletak jawatan selepas 41 tahun berkuasa tetapi ia segera ditolak pemberontak kerana tawaran itu adalah dengan syarat pemimpin berkenaan tidak didakwa dan asetnya tidak dirampas selain diberi wang tunai, mengikut laporan Al Jazeera. The Libyan leader, Muammar Gaddafi, has offered to resign after 41 years in power but it was immediately rejected by the rebels as the offer comes with conditions that the leader is not charged, his assets not seized and that he is given a sum of money, according to an Al Jazeera report.
Vocabulary from the above sentence(s):
pemimpin = leader (from pimpin); menawarkan = to offer (from tawar); meletak jawatan = to resign (from letak); berkuasa = in power; ditolak = rejected; pemberontak = rebel (from berontak); syarat = condition; didakwa = be charged; dirampas = seized; wang tunai = cash
(hari Selasa 8 Mac, 2011) Penyanyi R&B Beyonce Knowles, yang berusia 29 tahun, mendedahkan beliau tidak pernah menyangka akan mendapat kejayaan seperti sekarang. "Ini sememangnya melucukan tetapi ketika saya masih remaja saya memikirkan untuk bersara ketika berusia 30 tahun," katanya ketika ditemubual dengan majalah Cosmopolitan edisi Britain. R&B singer Beyonce Knowles, who is 29 years old, revealed that she'd never imagined of attaining the success that she has now. "This is really funny but when I was still an adolescent I thought I'd be retired when I am thirty," she said when interviewed by the British edition of Cosmopolitan magazine.
Vocabulary from the above sentence(s): penyanyi = singer (from nyanyi); berusia = aged; mendedahkan = to reveal (from dedah); menyangka = to think, imagine (from sangka); kejayaan = success (from jaya); sememangnya = certainly, actually; melucukan = funny, amusing (from lucu); remaja = adolescent; memikirkan = to think about (from fikir); ketika = when; ditemubual = interviewed; majalah = magazine
(hari Isnin, 07 Mac 2011) Peguam penyanyi pop terkenal, Lady Gaga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pembuat aiskrim susu ibu yang dinamakan sebagai Baby Gaga, mengikut laporan akhbar semalam. The celebrated pop singer Lady Gaga's lawyer has threatened to take legal action against an ice-cream manufacturer for naming his breast milk ice-cream "Baby Gaga", according to a newspaper report yesterday.
Vocabulary from the above sentence(s):
peguam = lawyer; penyanyi = singer (from nyanyi); terkenal = famous; mengancam = to threaten (from ancam); mengambil = to take (from ambil); tindakan = action; undang-undang = laws; terhadap = towards; pembuat aiskrim = ice-cream manufacturer; susu ibu = mother's milk; mengikut = according to (from ikut); laporan = report (from lapor); akhbar = newspaper
(hari Ahad, 06 Mac 2011) Selepas terbaca artikel mengenai keindahan pantai di Pulau Langkawi dan Pulau Redang, seorang pelajar dari China, Guo Zi Tong berazam mempelajari bahasa Melayu. Selepas kira-kira empat tahun, Zi Tong kini boleh bertutur bahasa Melayu dengan fasih dan akan mewakili negaranya dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu di Kuala Lumpur bulan ini. After having come across an article about the magnificent beaches of Pulau Langkawi and Pulau Redang, a student from China, Guo Zi Tong resolved to study the Malay language. After about four years, Zi Tong can now speak the Malay language fluently and will represent her country in the International Malay Language Speech Contest in Kuala Lumpur this month.
Vocabulary from the above sentence(s):
terbaca = read (by chance); keindahan = beauty (from indah); pantai = beach; berazam = to resolve, be determined; mempelajari = to study (from ajar); bertutur = to speak; fasih = fluent; mewakili = to represent (from wakil); pertandingan = competition, contest (from tanding); pidato = speech, elocution; antarabangsa = international
(hari Sabtu 5 Mac, 2011) Seseorang lelaki atau wanita bujang (andartu) yang menyertai "sesi berkenalan secara pantas" berkemungkinan besar untuk terus membujang. "Hasil kajian kami menunjukkan kepelbagaian menyebabkan kekeliruan. Seseorang akhirnya tidak akan membuat pilihan atas sebab itu,” kata Alison Lenton, penyelidik di Universiti Edinburgh. A bachelor or spinster who takes part in speed dating sessions is very likely to continue being single. "The results of our study show that variety leads to confusion. A person finally will not make a decision because of this," said Alison Lenton, a researcher in the University of Edinburgh.
Vocabulary from the above sentence(s):
lelaki bujang = bachelor; andartu = spinster (from anak dara tua); menyertai = to take part (from serta); sesi berkenalan secara pantas = speed-dating session; berkemungkinan besar = is very likely to, has big chances of (from mungkin); membujang = to be single, lead a bachelor's life; hasil = result; kajian = a study (from kaji); menunjukkan = to show (from tunjuk); kepelbagaian = variety (from bagai); menyebabkan = to cause, bring about (from sebab); kekeliruan = confusion (from keliru); akhirnya = in the end; pilihan = choice (from pilih); penyelidik = a researcher (from selidik)
(hari Jumaat, 04 Mac 2011) Cadangan skim penetapan harga jalan berelektronik (ERP) bagi menggantikan peraturan berkongsi kenderaan tiga dalam satu pada masa ini mungkin mengakibatkan penduduk Jakarta membayar sehingga Rp21,000 ($2.40) setiap kali mereka melalui jalan-jalan utama di bandar raya yang mempunyai 8.5 juta penduduk. An Electronic Road Pricing scheme (ERP) proposal to replace the current three-in-one carpool regulation will probably result in Jakarta residents paying up to Rp 21,000 ($2.40) each time they travel through the main roads in the city of 8.5 million inhabitants.
Vocabulary from the above sentence(s):
cadangan = a proposal; penetapan = fixing of price (from tetap); menggantikan = to replace (from ganti); peraturan = regulation (from atur); berkongsi = to share; mengakibatkan = to result in, cause (from akibat); membayar = to pay (from bayar); sehingga = up to; setiap kali = each time; melalui = to pass, go through (from lalu); jalan utama = main road; mempunyai = to have, possess (from punya)
(hari Khamis, 03 Mac 2011) Mereka yang tidak berasa bimbang dan sentiasa gembira mempunyai peluang lebih tinggi untuk hidup lebih lama, mengikut satu kajian. Profesor Emeritus Universiti Illinois, Ed Diener berkata, walaupun beberapa kajian yang dinilai memberi pandangan bertentangan, pendapat keseluruhan menyokong kesimpulan bahawa kegembiraan mempunyai kaitan dengan kesihatan dan umur panjang. People who don't worry and are always happy have better chances of living longer, according to a study. Professor Emeritus Ed Diener of the University of Illinois said that although several studies that were reviewed gave conflicting observations, the overall observation supports the conclusion that happiness is related to good health and longevity.
Vocabulary from the above sentence(s):
bimbang = worry; mempunyai = to have, possess (from punya); peluang = chance; kajian = a study; dinilai = reviewed; bertentangan = opposing, conflicting; keseluruhan = overall (from seluruh); menyokong = to support (from sokong); kesimpulan = conclusion (from simpul); kegembiraan = happiness (from gembira); kaitan = relationship; kesihatan = health (from sihat); umur panjang = longevity
(hari Rabu 2 Mac, 2011) Hari terakhir bagi bayaran saman trafik di seluruh Malaysia, kelmarin, bertukar menjadi kelam-kabut, apabila sistem dalam talian yang digunakan bagi urusan itu tergendala ekoran penggunaan yang melebihi kemampuannya. Para pengguna kenderaan yang gagal membayar sepenuhnya saman trafik mereka akan dilarang daripada membaharui lesen memandu. The final day for paying traffic summonses in the whole of Malaysia yesterday turned chaotic when the online system used for the purpose broke down following the over-excessive demands on its resources. Vehicle-users who failed to pay their traffic summonses in full will not be allowed to renew their driving licences.
Vocabulary from the above sentence(s):
hari terakhir = final day; saman trafik = traffic summons; kelam-kabut = chaotic, confused; dalam talian = online; urusan = matter; tergendala = hindered, obstructed; ekoran = consequence, result; penggunaan = use (from guna); melebihi = to exceed (from lebih); kemampuan = ability, capability; kenderaan = vehicle; gagal = fail, unsuccessful; sepenuhnya = in full; dilarang = forbidden; membaharui = to renew (from baharu)
(hari Selasa 1 Mac, 2011) Perbicaraan Perdana Menteri Itali Silvio Berlusconi berhubung dakwaan penipuan cukai berlangsung semalam selepas Mahkamah Tinggi Itali melucutkan hak imuniti beliau daripada pendakwaan. Beberapa kes membabitkan Berlusconi dijangka mendominasi politik Itali dalam masa beberapa bulan akan datang termasuk perbicaraan tuduhan beliau membayar gadis bawah umur untuk khidmat seks. The hearing against Italian Prime Minister Silvio Berlusconi for tax fraud was held yesterday after the Italian High Court withdrew his immunity from prosecution. Several cases involving Berlusconi are expected to dominate Italian politics in the months ahead including a hearing into charges that he paid an under-aged girl for sex services.
Vocabulary from the above sentence(s):
perbicaraan = hearing; berhubung = concerning; dakwaan = charge, accusation; penipuan cukai = tax fraud; berlangsung = to hold; melucutkan = to dismiss, remove (from lucut); pendakwaan = prosecution; membabitkan = involving (from babit); dijangka = expected to; termasuk = including; tuduhan = charge, accusation; membayar = to pay (from bayar); khidmat/perkhidmatan = service
(hari Isnin 28 Februari, 2011) Natalie Portman berjaya mendapatkan Piala Oscar 2011 dalam kategori Aktris Terbaik untuk peranannya dalam film Black Swan sementara Film Terbaik dianugerahkan kepada The King's Speech. Natalie Portman succeeded in obtaining the Oscar Trophy 2011 in the Best Actress category for her role in the film Black Swan while the Best Film was awarded to The King's Speech.
Vocabulary from the above sentence(s):
mendapatkan = to obtain (from dapat); piala = trophy; peranan = role; sementara = while; dianugerahkan = be awarded (from anugerah)
(hari Ahad 27 Februari, 2011) Polis di daerah tenggara Aceh di Indonesia sedang menyoal beberapa penduduk yang dipercaya ada kaitan dengan pembunuhan dua lelaki kerana disyaki mencuri itik. "Penduduk kampung yang melakukan kawalan waktu malam menemui tiga lelaki tidak dikenali dan mengejar mereka selepas menganggap bertanggungjawab atas beberapa kes kecurian itik," kata ketua polis daerah itu. Police in the south-east district of Aceh in Indonesia are questioning a number of inhabitants believed to have been implicated in the murder of two men suspected of stealing ducks. "Villagers carrying out a night patrol came across three unknown men and gave chase, considering that they were responsible for several cases of duck theft," said the district police chief.
Vocabulary from the above sentence(s):
daerah= district; tenggara = south-east; menyoal = to question (from soal); penduduk = inhabitant; dipercaya = believed; kaitan = connection; pembunuhan = murder, killing (from bunuh); disyaki = suspected of (from syak); mencuri = to steal (from curi); kawalan = patrol; menemui = to meet, come across (from temu); mengejar = to chase (from kejar); menganggap = to consider, regard (from anggap); bertanggungjawab = responsible; kecurian = theft (from curi)
(hari Sabtu 26 Februari, 2011) Seorang wanita yang meninggalkan New Zealand bersama-sama teman lelakinya selepas sebuah bank tersilap memasukkan berjuta-juta dolar ke dalam akaun lelaki warga China itu ditangkap, hari ini. Kara Hurring dan Hui (Leo) Gao berlepas ke China sejurus selepas bank Westpac memasukkan sebanyak NZ$10 juta ke dalam akaun Gao pada April 2009. A woman who left New Zealand together with her boyfriend after a bank wrongly credited millions of dollars into the Chinese man's account was arrested today. Kara Hurring and Hui (Leo) Gao took off for China moments after the Westpac bank credited NZ$10 million into Gao's account in April 2009.
Vocabulary from the above sentence(s):
meninggalkan = to leave (from tinggal); teman lelaki = boyfriend; tersilap = wrongly; memasukkan = to enter (from masuk); berjuta-juta = millions of; ditangkap = arrested, caught; berlepas = to take off, depart; sejurus = a moment
(hari Jumaat 25 Februari, 2011) Pasukan mencari dan menyelamat New Zealand terus menyelongkar sisa runtuhan bagi mencari mangsa yang terselamat berpandukan bunyi tangisan dan ketukan, ketika angka mangsa gempa bumi di Christchurch meningkat kepada 75 orang, manakala ramai lagi dipercayai masih terperangkap. New Zealand's search and rescue teams continued rummaging the rubble in search of survivors, guided by sobbings and knocks, as the number of the Christchurch earthquake victims rose to 75 while many others are believed to be still trapped.
Vocabulary from the above sentence(s):
pasukan = team; mencari dan menyelamat = search and rescue; menyelongkar = to rummage (from selongkar); sisa runtuhan = rubble, debris; terselamat = safe; berpandukan = guided by; bunyi tangisan = sobbing; ketukan = knock; angka = number; mangsa = victim; gempa bumi = earthquake; meningkat = to rise (from tingkat); manakala = while; dipercayai = believed (from percaya); terperangkap = trapped
(hari Khamis 24 Februari, 2011) Bekas suami aktres Sandra Bullock yang mengaku kecurangannya menjadi penyebab runtuhnya ikatan perkahwinan mereka, menandatangani satu perjanjian untuk menulis satu memoir, kata syarikat penerbitan, Simon & Schuster's Gallery Books kelmarin. Bulan lalu, James yang bertatu dan gemar menunggang motosikal mengumumkan dia kini bertunang dengan seorang artis tatu dan bintang realiti Kat Von D. The ex-husband of actress Sandra Bullock who admitted that his infidelity was the reason for the collapse of their marriage, has signed an agreement to write his memoirs, publishing company Simon & Schuster's Gallery Books said yesterday. Last month, James who is tattooed and is fond of motorcycle-riding, announced that he is now engaged to tattoo artist and reality star Kat Von D.
Vocabulary from the above sentence(s):
bekas suami = ex-husband; mengaku = to admit (from aku); kecurangan = infidelity (from curang); penyebab = cause (from sebab); runtuh = collapse, breakdown; ikatan = ties; menandatangani = to sign (from tanda tangan); perjanjian = agreement (from janji); syarikat = company; penerbitan = publishing (from terbit); mengumumkan = to announce (from umum); bertatu = to be tattooed; menunggang = to ride (from tunggang); bertunang = engaged
(hari Rabu 23 Februari, 2011) Seorang lelaki warga China berusia 30-an meninggal dunia selepas tiga hari tidak tidur dan hanya menjamah sedikit makanan kerana asyik bermain permainan komputer di kafe internet di luar Beijing, lapor media kerajaan semalam. Insiden itu menjadi contoh dalam kempen kerajaan untuk memerangi ketagihan internet yang melanda jutaan rakyat China. A male Chinese national in his thirties died after three days without sleep and with little food because he was absorbed in his computer games in a cybercafe outside Beijing, Chinese government media reported yesterday. The incident serves as an example in the government's campaign to fight internet addiction which has hit millions of Chinese citizens.
Vocabulary from the above sentence(s):
warga China = Chinese national; berusia 30-an (tiga puluhan) = in his thirties; meninggal dunia = to die (from tinggal); menjamah = to taste, touch (from jamah); asyik = absorbed in; permainan komputer = computer games; lapor = to report; memerangi = to fight (from perang); ketagihan = addiction (from tagih); melanda = to hit, strike; jutaan = millions (from juta)
(hari Selasa 22 Februari, 2011) Polis Korea Selatan menyiasat kes pecah masuk sebuah bilik hotel seorang pegawai Kerajaan Indonesia yang melawat Seoul, manakala media tempatan menuduh perisik negara itu cuba mencuri dokumen mengenai strategi pembelian senjata. "Dua lelaki dan seorang wanita terbabit menggunakan alat USB untuk menyalin fail satu daripada dua komputer riba yang ditinggalkan di bilik terbabit, tetapi melarikan diri apabila pegawai tersebut kembali ke bilik, tanpa mengambil komputer terbabit," kata seorang jurucakap polis. South Korean police are investigating a case of breaking into the hotel room of an Indonesian government official on a visit to Seoul while local media are charging that state intelligence are trying to steal documents pertaining to arms purchase strategy. "The two men and a woman involved used a USB key to copy files from one of the two laptops left in the room but ran off when the official returned to the room, without taking the laptop in question," said a police spokesman.
Vocabulary from the above sentence(s):
menyiasat = to investigate (from siasat); pecah masuk = break into; melawat = to visit (from lawat); menuduh = to accuse, charge (from tuduh); perisik negara = state intelligence; mencuri = to steal (from curi); mengenali = about (from kena); pembelian = purchase (from beli); senjata = weapon; terbabit = involved; menggunakan = to use (from guna); alat USB = USB key; menyalin = to copy (from salin); komputer riba = laptop; ditinggalkan = left behind; melarikan diri = to run off (from lari); jurucakap = spokesman
(hari Isnin 21 Februari, 2011) Putera William dan Kate Middleton mengundang kira-kira 1,900 tetamu bagi menghadiri majlis perkahwinan mereka pada 29 April ini. Mereka termasuk kerabat diraja, pemimpin dunia, sahabat handai dan keluarga daripada kedua belah pihak. Prince William and Kate Middleton have invited about 1,900 guests to attend their wedding reception next 29 April. They include royal families, world leaders, friends and families of both parties.
Vocabulary from the above sentence(s):
putera = prince; mengundang = to invite (from undang); kira-kira = about; tetamu = guest; menghadiri = to attend (from hadir); majlis = reception; termasuk = include; kerabat diraja = royal family; pemimpin dunia = world leader; sahabat handai = friends; kedua belah pihak = both sides, parties
(hari Ahad 20 Februari, 2011) Seorang pemandu di Romania yang disenarai hitam terlepas peluang untuk mendapatkan lesennya semula apabila muncul untuk menduduki semula ujian teori memandu dalam keadaan mabuk. A Romanian driver who had been blacklisted missed his chance of getting his licence back when he turned up to re-sit his driving theory test in a drunken state.
Vocabulary from the above sentence(s):
pemandu = car driver (from pandu); disenarai hitam = blacklisted; terlepas peluang = to miss an occasion; mendapatkan = to get, obtain (from dapat); lesen = licence; semula = again; muncul = to appear; menduduki = to sit (from duduk); ujian = a test (from uji); keadaan = condition, state; mabuk = drunk
(hari Sabtu 19 Februari, 2011) Seorang guru tadika di Britain dilarang mengajar selama dua tahun selepas dia didapati menyembur penyegar udara ke arah sekumpulan murid Asia termasuk dari India dan Bangladesh dengan alasan mereka berbau "kari atau bawang". A British kindergarten teacher has been banned from teaching for two years after she was found spraying air-freshener on a group of Asian students including those from India and Bangladesh on the grounds that they smelt "curry or onions".
Vocabulary from the above sentence(s):
tadika = kindergarten (from taman didikan kanak-kanak); dilarang = banned, forbidden; mengajar = to teach (from ajar); didapati = found (from dapat); menyembur = to spray (from sembur); penyegar udara = air-freshener; ke arah = in the direction of; sekumpulan = a group; alasan = excuse, grounds; berbau = to smell; bawang = onion
(hari Jumaat 18 Februari, 2011) Akibat berselisih faham dengan keluarganya, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di sini bukan setakat bertindak melarikan kereta bapanya, malah turut terbabit dalam dua kemalangan dalam tempoh kurang lima minit. Because of a quarrel with her family, a 14-year-old schoolgirl not only reacted by driving off with her father's car but also got herself involved in two accidents all within less than five minutes.
Vocabulary from the above sentence(s):
akibat = result, outcome; berselisih faham = to quarrel, disagree with; bukan setakat = not only; bertindak = to act, melarikan = to run off with (from lari); malah = but; terbabit = involved; kemalangan = accident (from malang)
(hari Khamis 17 Februari, 2011) Pertempuran meletus di antara penyokong kerajaan dan penyokong pembangkang Iran pada sebuah upacara pengebumian seorang mangsa yang terbunuh dalam protes antikerajaan di Teheran, hari ini. Fighting broke out today between Iranian pro-government and opposition supporters at a burial ceremony of a victim killed during an anti-government protest in Tehran.
Vocabulary from the above sentence(s):
pertempuran = fighting, battle (from tempur); meletus = to break out, erupt (from letus); penyokong = supporter (from sokong); pembangkang = opposition (from bangkang); upacara = ceremony; pengebumian = burial (from bumi); mangsa = victim; terbunuh = killed, murdered
(hari Rabu 16 Februari, 2011) Tunjuk perasaan merebak ke Bahrain. Dua penunjuk perasaan Syiah maut dalam pertempuran dengan polis Bahrain di Manama semalam, mencetuskan desakan diadakan bantahan antikerajaan besar-besaran seperti di Mesir serta Tunisia dan menyebabkan pembangkang memulaukan sidang parlimen. (Heading) Demonstrations spread to Bahrain. Two Shia demonstrators died in a battle with Bahrain police in Manama yesterday, sparking off pressure to hold big-scale anti-government protestations along the lines of Egypt and Tunisia and making the Opposition boycott the parliamentary session.
Vocabulary from the above sentence(s):
tunjuk perasaan = demonstration; merebak = to spread (from rebak); penunjuk perasaan = demonstrator (from tunjuk); maut = died, dead; pertempuran = battle, fight (from tempur); mencetuskan = to spark off, cause (from cetus); desakan = pressure, force; bantahan = protest, protestation (from bantah); antikerajaan = anti-government; besar-besaran = on a big scale; serta = and; menyebabkan = to cause, make (from sebab); pembangkang = opposition; memulaukan = to boycott (from pulau); sidang parlimen = parliamentary session
(hari Selasa 15 Februari, 2011) Seorang gadis berusia 16 tahun mendakwa dia melarikan diri dari rumah sejak berusia 14 tahun selepas mendapat tahu dirinya merupakan anak angkat. Dia kemudian pergi ke rumah teman lelaki sebelum terlanjur dengannya sehingga mengandung anak luar nikah. A 16-year-old girl claimed that she ran away from home since she was 14 after learning that she was an adopted child. She then went to her boyfriend's house and went too far with him till she became pregnant with a child out of wedlock.
Vocabulary from the above sentence(s):
gadis = girl; berusia = aged; mendakwa = to claim (from dakwa); melarikan diri = to run away; mendapat tahu = to learn (about something); dirinya = oneself; merupakan = is (from rupa); anak angkat = adopted child; teman lelaki = boyfriend; terlanjur = to go too far, excessive; mengandung = be pregnant (from kandung); luar nikah = out of wedlock
(hari Isnin 14 Februari, 2011) Seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai guru tuisyen bahasa Inggeris di Kaherah, dipecat selepas majikannya menyaksikan siaran televisyen menyiarkan penunjuk perasaan di Jakarta memijak gambar Presiden Hosni Mubarak. "Majikan saya sangat menghormati Mubarak,” kata perempuan itu. An Indonesian woman working as an English language tuition teacher in Cairo was dismissed after her employer saw a TV broadcast of demonstrators in Jakarta stepping on a photo of President Hosni Mubarak. "My employer is very respectful of Mubarak," the woman said.
Vocabulary from the above sentence(s):
dipecat = dismissed, sacked; majikan = employer; menyaksikan = to witness, watch oneself (from saksi); siaran = broadcast; menyiarkan = to broadcast (from siar); penunjuk perasaan = demonstrator (from tunjuk); memijak = to step on, trample (from pijak); menghormati = to respect (from hormat)
(hari Ahad 13 Februari, 2011) Pemberontakan di Mesir yang menyaksikan Presiden negara itu, Hosni Mubarak meletak jawatan, kini merebak ke beberapa buah negara Arab yang lain termasuk di Algeria, Sudan dan Yemen. Kira-kira 2,000 rakyat Algeria berarak di Algiers bagi mendesak kerajaan Algeria digulingkan. The rebellion in Egypt which witnessed the resignation of its President, Hosni Mubarak has now spread to several other Arab countries including Algeria, Sudan and Yemen. About 2,000 Algerians took part in a procession in Algiers to press for the overthrow of the Algerian government.
Vocabulary from the above sentence(s):
pemberontakan = rebellion (from berontak); Mesir = Egypt; menyaksikan = to witness (from saksi); meletak jawatan = to resign (from letak); kini = now; merebak = to spread (from rebak); termasuk = including; berarak = to move in a procession; ; mendesak = to press, urge (from desak); digulingkan = toppled, overthrown (from guling)
(12 Februari, 2011) Presiden Mesir, Hosni Mubarak telah meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada pihak tentera, kata Naib Presiden, Omar Suleiman dalam kenyataan ringkas yang disiarkan menerusi televisyen. The Egyptian President Hosni Mubarak has resigned and handed over power to the military, said Vice-President Omar Suleiman in a short communiqué which was broadcast over television.
Vocabulary from the above sentence(s):
meletakkan jawatan = to resign (from letak); menyerahkan = to hand over (from serah); kuasa = power; tentera = military, army; naib = deputy; kenyataan = communiqué, statement; disiarkan menerusi = broadcast over (from terus)
(11 Februari, 2011) Pelajar-pelajar Malaysia yang masih berada di Kaherah, bersedia mematuhi arahan kerajaan untuk keluar dari Mesir sekiranya keadaan di negara itu terlalu meruncing dan mengancam keselamatan mereka. Malaysian students who are still in Cairo are prepared to obey the instructions of the government to quit Egypt if the conditions in the country become very critical and threaten their security.
Vocabulary from the above sentence(s):
bersedia = ready, prepared; mematuhi = to obey (from patuh); arahan = instruction; Mesir = Egypt; meruncing = critical (from runcing); mengancam = to threaten (from ancam); keselamatan = security (from selamat)
(10 Februari, 2011) Presiden Barack Obama akhirnya mampu mengisytiharkan dirinya berjaya berhenti merokok sepenuhnya selepas setahun meninggalkan tabiat buruk itu. Isterinya, Michelle yang mengumumkan ini kelmarin berkata, beliau amat berbangga dengan kejayaan suaminya itu yang dibuat ketika berdepan dengan keadaan politik dan ekonomi yang sukar. President Barack Obama was finally able to proclaim that he has succeeded in stopping smoking completely after having got rid of this bad habit for a year. His wife Michelle who announced this yesterday said she was very proud of her husband's success which was achieved in the face of difficult political and economic conditions.
Vocabulary from the above sentence(s):
akhirnya = finally; mampu = able to, can; mengisytiharkan = to proclaim (from isytihar); merokok = to smoke (from rokok); sepenuhnya = completely; meninggalkan = to leave, quit (from tinggal); tabiat = habit; mengumumkan = to announce (from umum); berbangga = proud; kejayaan = success (from jaya); berdepan dengan = be faced with; keadaan = situation (from ada); sukar = difficult
(9 Februari, 2011) Kira-kira 1,500 penduduk di Temanggung, Indonesia bertempur dengan polis sebelum menyerbu mahkamah dan membakar dua gereja bagi membantah apa yang didakwa hukuman terlalu ringan ke atas seorang penganut Kristian yang mencemar kesucian Islam. About 1,500 inhabitants of Temanggung, Indonesia fought with police before charging into the courthouse and burning two churches in protest against what they claimed to be insufficient sentence on a Christian for blaspheming Islam.
Vocabulary from the above sentence(s):
penduduk = inhabitant (from duduk); bertempur = to battle, fight; menyerbu = to charge into (from serbu); membakar = to burn (from bakar); gereja = church; membantah = to protest (from bantah); didakwa = claimed, charged; hukuman = sentence; ringan = light; penganut = follower (from anut); mencemar = to taint, tarnish (from cemar); kesucian = purity (from suci)
(8 Februari, 2011) Polis Bangladesh melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan selepas pembangkang menggesa mogok dilancarkan di seluruh negara yang menyaksikan pertempuran di antara penunjuk perasaan dengan anggota keselamatan dan melumpuhkan negara itu. Bangladesh police fired tear gas against demonstrators after the opposition urged that a strike be carried out throughout the country which had seen clashes between demonstrators with members of the security forces and paralyzed the country.
Vocabulary from the above sentence(s):
melepaskan = to fire, let go (from lepas); gas pemedih mata = tear gas; penunjuk perasaan = demonstrator; pembangkang = opposition (from bangkang); menggesa = to urge (from gesa); mogok = astrike; dilancarkan = be launched, carried out (from lancar); di seluruh negara = throughout the country; menyaksikan = to witness (from saksi); pertempuran = battle, clash (from tempur); anggota = member; melumpuhkan = to paralyze (from lumpuh)
(05-02-2011) Penyelidik Itali yang pakar dalam menyelesaikan misteri seni mendakwa model potret Mona Lisa oleh Leonardo da Vinci sebenarnya seorang lelaki. Silvano Vinceti, pengerusi jawatankuasa nasional Itali untuk warisan budaya berkata perantis lelaki pelukis Renaissance kelahiran Florence itu dan kemungkinan kekasihnya Salai menjadi inspirasi utama untuk lukisan itu. An Italian researcher who is an expert in solving art mysteries claims that the model for the Mona Lisa portrait by Leonardo da Vinci is actually a man. Silvano Vinceti, president of the Italian national committee for cultural heritage said that Salai, the male apprentice of the Florence-born Renaissance artist and probably his lover, was the principal inspiration for the painting.
Vocabulary from the above sentence(s):
penyelidik = researcher (from selidik); pakar = expert; menyelesaikan = to solve, settle (from selesai); seni = art; mendakwa = to claim, to accuse (from dakwa); sebenarnya = actually; pengerusi = president, chairman (from kerusi); jawatankuasa = committee; warisan = heritage; budaya = culture; perantis = apprentice; pelukis = artist (from lukis); kelahiran = birth (from lahir); kemungkinan = likelihood, possibility (from mungkin); kekasih = lover (from kasih); utama = principal, main
(04-02-11) Tahun Baru Cina telah diraikan semalam dengan penuh semangat muhibah oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Di ibu negara, majlis rumah terbuka bagi menyambut kedatangan Tahun Arnab itu diadakan di merata-rata tempat. Chinese New Year was celebrated yesterday in a spirit of goodwill by all Malaysians irrespective of race. In the capital, open house receptions to welcome the arrival of the Year of the Rabbit was held everywhere.
Vocabulary from the above sentence(s):
Tahun Baru Cina = Chinese New Year; diraikan = celebrated (from rai); semangat = spirit; muhibah = goodwill; seluruh = all; rakyat Malaysia = Malaysians; tanpa mengira kaum = irrespective of race; ibu negara = capital; majlis = reception, party; rumah terbuka = open house; menyambut = to welcome (from sambut); kedatangan = arrival; arnab = rabbit; di merata-rata tempat = everywhere (from rata)
(03-02-11) Sekurang-kurangnya 19 remaja yang keluar mencari pekerjaan dalam pasukan separa tentera India dan pulang dengan duduk di atas bumbung kereta api terbunuh apabila kereta api itu melalui jambatan rendah di utara India. At least 19 youths who had left to seek jobs in the Indian paramilitary troops and returned by travelling atop a train were killed when the train passed a low bridge in northern India.
Vocabulary from the above sentence(s):
remaja = youth; separa tentera = paramilitary; bumbung = roof; jambatan = bridge
(02-02-11) Microsoft telah mengeluarkan amaran mengenai kecacatan keselamatan "kritikal" yang boleh menjejaskan setiap orang dari 900 juta pengguna yang melayari Internet menggunakan pelayar webnya, Internet Explorer. Amaran itu dikeluarkan selepas ia menemui kecacatan baru pada Windows yang membolehkan penggodam mencuri butiran peribadi atau mengambil alih pengendalian komputer. Firefox, Google Chrome dan Safari tidak terjejas dengan ancaman itu kerana tidak seperti Internet Explorer, pelayar itu tidak menyokong fail-fail MHTML yang menjadi punca masalah tersebut. Microsoft has issued a warning concerning a "critical" security flaw which can affect every one of the 900 million users who surf internet using its web browser, Internet Explorer. The warning was issued after it discovered a new flaw in Windows which enables a hacker to steal personal data or hijack the computer. Firefox, Google Chrome and Safari are not affected by the threat as, unlike Internet Explorer, the browsers do not support MHTML files which are the source of the problem.
Vocabulary from the above sentence(s):
mengeluarkan amaran = to issue a warning (from keluar); kecacatan keselamatan = security flaw; menjejaskan = to affect (from jejas); melayari = to surf, browse (from layar); pelayar web = web browser; menemui = to discover (from temu); kecacatan = flaw (from cacat); membolehkan = to enable (from boleh); penggodam = hacker (from godam); butiran peribadi = personal data; mengambil alih = to take over; mengambil alih pengendalian = to hijack (take over the control of); ancaman = threat; menyokong = to support (from sokong); punca = source
Go here for Malay sentences translated into English (2).

***This is a follow-up to my Basic Malay Language Course comprising 64 lessons and is meant to help learners who have finished the course to build up a working vocabulary gradually and to gain a complete understanding of the uses of prefixes and suffixes which can only come from wide reading. In fact, once you start reading Malay newspapers on a daily basis (with the help of a good Malay-English dictionary) you should be able to progress very rapidly.