Type your search query here: 
  If you find this site interesting or useful, do share it with your friends!
StumbleUpon Del.icio.us Tweet it! Digg Reddit Facebook Pin it! Send link by email Share on Google+ LinkedIn Myspace



  Malay Sentences Translated Into English (2)***  

I have "modernized" the dates in Malay here. Normally "19 Mei, 2011" would appear as "19hb Mei, 2011" (hb stands for "haribulan")


MALAY SENTENCE(S)


ENGLISH TRANSLATION

(01-02-11) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpuas hati dengan kerjasama kerajaan negeri dengan kerajaan pusat serta setiap agensi kerajaan yang terlibat dalam memastikan bantuan segera disalurkan kepada mangsa banjir. The Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak is satisfied with the co-operation between state and central governments as well as all government agencies involved in ensuring that aid is immediately channelled to flood victims.
Vocabulary from the above sentence(s):
berpuas hati = satisfied; kerjasama = co-operation; kerajaan pusat = central government; terlibat = involved; memastikan = to ensure (from pasti); bantuan segera = immediate aid; disalurkan = channelled; mangsa banjir = flood victim
(31-01-11) Sebuah mahkamah China menjatuhkan hukuman penjara enam tahun hari ini kepada seorang lelaki yang cuba menggunakan pangkat bapanya di jabatan polis ketika terlibat dengan kemalangan. Sejak kejadian tersebut, ayat "Bapa saya ialah Li Gang" terkenal dengan dijadikan sebagai bahan gurauan yang mentertawai kuasa dan kekayaan. A Chinese court today imposed a jail sentence of six years on a man who tried to use his father's position in the police department when involved in an accident. Since the incident, the sentence "My father is Li Gang" has become famous and been made the subject matter of jokes poking fun at power and wealth.
Vocabulary from the above sentence(s):
mahkamah = court; menjatuhkan = to drop (from jatuh); hukuman penjara = jail sentence; menggunakan = to use (from guna); pangkat = position, rank; terlibat = involved in; kemalangan = accident (from malang); kejadian = incident; dijadikan = been made; bahan gurauan = subject matter of jokes; mentertawai = to poke fun at (from tertawa); kekayaan = wealth (from kaya)
(30-01-11) Beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan kembali membanjiri jalan-jalan di Kaherah hari ini, melaungkan slogan mengutuk Presiden Hosni Mubarak dan menyerang polis, hanya beberapa jam selepas beliau memecat Kabinet dan menjanjikan pembaharuan tetapi enggan meletakkan jawatan. Thousands of anti-government demonstrators flooded the streets of Cairo again today, shouting slogans condemning President Hosni Mubarak and attacking the police, only a few hours after he had dismissed the Cabinet and promised a change but refused to resign.
Vocabulary from the above sentence(s):
beribu-ribu = thousands; penunjuk perasaan = demonstrator; antikerajaan = anti-government; kembali = to return; membanjiri = to flood (from banjir); Kaherah = Cairo; melaungkan = to shout (from laung); mengutuk = to condemn (from kutuk); menyerang = to attack (from serang); memecat = to dismiss, sack (from pecat); menjanjikan = to promise (from janji); pembaharuan = a change, innovation (from baharu); enggan = to refuse; meletakkan jawatan = to resign (from letak)
(29-01-11) Pemerintah Mesir semalam memutuskan talian telefon bimbit dan perkhidmatan Internet selain menghantar puluhan trak polis antirusuhan sebagai percubaan untuk menyekat beribu-ribu aktivis daripada menyertai protes antipemerintah. The Egyptian government yesterday cut off cellphone lines and internet services while sending tens of police anti-riot trucks in an attempt to block thousands of activists from taking part in an anti-government protest.
Vocabulary from the above sentence(s):
pemerintah = government (from perintah); Mesir = Egypt; memutuskan = cut off (from putus); talian = line (from tali); telefon bimbit = cellphone, mobile phone; perkhidmatan = service (from khidmat); antirusuhan = anti-riot; percubaan = an attempt (from cuba); menyekat = to block (from sekat); menyertai = to take part (from serta)
(28-01-11) Para pengguna laman web di negara China mengecam tindakan seorang lelaki yang menggunakan kedudukan bapanya sebagai pegawai atasan polis bagi melarikan diri daripada tuduhan dalam satu kemalangan jalan yang meragut nyawa. Li Qiming hari ini dituduh melanggar seorang pejalan kaki wanita ketika dia memandu dalam keadaan mabuk pada Oktober lalu. Selepas kamalangan itu, Qiming dilaporkan berani mencabar orang yang menyaksikan kemalangan itu dengan berkata "Bapa saya adalah Li Gang!" Internet-users in China condemned the action of a man who invoked his father's position as a senior police official to escape from being charged in a road accident that claimed one life. Li Qiming was today charged with running over a woman pedestrian while driving in a drunken state last October. After the accident Qiming was reported to have dared eye-witnesses to report him by saying "My daddy is Li Gang".
Vocabulary from the above sentence(s):
para = a collective prefix, indicating a great number of people and not always translated eg. para pembaca (our readers), para tetamu (all guests), para pelajar (students in general); laman web = website; mengecam = to condemn (from kecam); tindakan = action, deed (from tindak); menggunakan = to use (from guna); kedudukan = position (from duduk); pegawai atasan polis = senior police official; melarikan diri = to escape; tuduhan = a charge (from tuduh); kemalangan = accident (from malang); meragut = to snatch (from ragut); nyawa = life; melanggar = to collide, ram (from langgar); pejalan kaki = pedestrian; mabuk = drunk; mencabar = to challenge (from cabar); menyaksikan = to witness (from saksi)
(27-01-11) Yahoo Inc sekali lagi akan mengurangkan jumlah pekerjanya dalam tempoh enam minggu, sementara pesaingnya Google Inc bersedia menambah bilangan kakitangan paling ramai tahun ini, sekali gus memperlihatkan haluan berlainan dua gergasi Internet itu. Yahoo Inc. once again will cut down on the total number of its workers in 6 weeks' time while its rival Google Inc. prepares to increase the number of its staff to a record high this year, at the same time showing the different directions in which the two internet giants are taking.
Vocabulary from the above sentence(s):
sekali lagi = once again; mengurangkan = to decrease (from kurang); tempoh = period (of time); sementara = while; pesaing = rival, competitor (from saing); bersedia = to get ready; menambah = to increase (from tambah); bilangan = number; kakitangan = staff; paling ramai = the most (of number of people); sekali gus = simultaneously; memperlihatkan = to display (from lihat); haluan = direction; berlainan = different (from lain); gergasi = giant
(26-01-11) Sekurang-kurangnya 15,000 penunjuk perasaan Mesir menyertai protes menuntut Presiden Hosni Mubarak menamatkan pemerintahan sejak 30 tahun lalu. Anggota polis bertindak balas dengan melepaskan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan melaungkan "Jatuhkan Mubarak" selain menuntut pembasmian kemiskinan, rasuah, pengangguran dan salah laku polis. At least 15,000 Egyptian demonstrators took part in a protest demanding an end to President Hosni Mubarak's 30-year rule. Police forces retaliated by firing water cannons and teargas to disperse the protesters who were shouting "Down with Mubarak" and demanding an end to poverty, corruption, unemployment and police abuse.
Vocabulary from the above sentence(s):
sekurang-kurangnya = at least; penunjuk perasaan = demonstrator; Mesir = Egypt; menyertai = to take part (from serta); menuntut = to demand (from tuntut); menamatkan = to end (from tamat); pemerintahan = rule (from perintah); anggota polis = police forces; bertindak balas = to retaliate; melepaskan = to let go, fire (from lepas); meriam air = water cannon; gas pemedih mata = teargas; menyuraikan = to disperse (from surai); melaungkan = to shout out (from laung); pembasmian = eradication; kemiskinan = poverty (from miskin); rasuah = corruption; pengangguran = unemployment (from anggur); salah laku polis = police abuse
(25-01-11) Satu letupan menggegarkan Lapangan Terbang Domodedovo di Moscow yang sesak dengan penumpang hari ini dan mengorbankan 35 orang manakala 170 lagi cedera. Presiden Dmitry Medvedev berkata, berdasarkan siasatan awal letupan di balai ketibaan lapangan terbang itu kira-kira pukul 1.32 petang dipercayai berpunca daripada serangan pengganas. An explosion shook Moscow's Domodedovo Airport which was crowded with passengers today and took 35 lives while another 170 were injured. President Dmitry Medvedev said that based on preliminary investigations, the explosion in the arrival hall of the airport at about 1.32 in the afternoon was believed to have stemmed from a terrorist attack.
Vocabulary from the above sentence(s):
letupan = explosion; menggegarkan = to shake (from gegar); lapangan terbang = airport; sesak = packed, crowded; penumpang = passenger (from tumpang); mengorbankan = to sacrifice (from korban); manakala = while; cedera = injured; berdasarkan = based on; siasatan awal = preliminary investigation; balai ketibaan = arrival hall; kira-kira = about; dipercayai = believed (from percaya); berpunca = to stem from, originate; serangan = attack; pengganas = terrorist
(24-01-11) Beribu-ribu penunjuk perasaan anti-kerajaan yang mengadakan protes di tengah Bangkok hari ini bagi menuntut keadilan ke atas mangsa yang terbunuh pada Mei tahun lalu, setelah pihak berkuasa menggempur penunjuk perasaan kumpulan Baju Merah. Tunjuk perasaan itu telah mengakibatkan lalu lintas di tengah bandar raya ini tergendala. Thousands of anti-government demonstrators held a protest in the centre of Bangkok today to demand justice for the victims killed in May last year when the authorities attacked a group of "red shirts" demonstrators. The demonstration resulted in the traffic being disrupted in the city centre.
Vocabulary from the above sentence(s):
beribu-ribu = thousands; penunjuk perasaan = demonstrator; kerajaan = government; mengadakan = to hold (from ada); tengah = centre; menuntut = to demand (from tuntut); keadilan = justice (from adil); mangsa = victim; terbunuh = killed; pihak berkuasa = the authorities; menggempur = to attack and destroy; kumpulan = group; baju merah = red shirt; tunjuk perasaan = demonstration; mengakibatkan = to result in (from akibat); lalu lintas = traffic; tergendala = disrupted, interrupted
(23-01-11) Dua kegemaran masa lapang rakyat Britain, memantau perkembangan keluarga diraja dan bertaruh, kini berubah menjadi "perniagaan besar" dengan tumpuan diberikan kepada perkahwinan diraja. Putera William dan tunangnya, Kate Middleton menunggu untuk berkahwin tiga bulan lagi tetapi sebilangan rakyat negara itu sudah bertaruh bahawa mereka akan bercerai. Two of the favourite pastimes of the British people royal-watching and betting are developing into a "big business" with attention being given to the royal wedding. Prince William and his fiancée Kate Middleton are waiting to be married in three months' time yet a number of Britons are already betting they will be divorced.
Vocabulary from the above sentence(s):
kegemaran = hobby; masa lapang = leisure time; rakyat = people, citizen; memantau = to monitor (from pantau); perkembangan = development (from kembang); keluarga diraja = royal family; bertaruh = betting; kini = now; berubah = to change; perniagaan = business; tumpuan = attention, focus; perkahwinan diraja = royal wedding; putera = prince; tunang = fiancé(e); menunggu = to wait (from tunggu); sebilangan = a number of; bercerai = to divorce
(22-01-11) Komando tentera laut Korea Selatan hari ini menggempur sebuah kapal yang dirampas oleh lanun Somalia di Lautan Hindi dan menyelamatkan semua anak kapal serta membunuh lapan lanun, kata pegawai tentera. South Korean navy commandos today stormed a ship hijacked by Somali pirates in the Indian Ocean, rescuing all the crew members and killing eight pirates, a military officer said.
Vocabulary from the above sentence(s):
tentera laut = navy; Korea Selatan = South Korea; menggempur = (of troops) to storm, attack and capture (a place); dirampas = hijacked, seized; lanun = pirate; Lautan Hindi = Indian Ocean; menyelamatkan = to save (from selamat); anak kapal = crew; tentera = military
(21-01-11) Seorang guru yoga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini atas dua tuduhan merogol pelajarnya yang berusia 15 tahun di Hulu Selangor pada Januari dan November tahun lalu. Tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan kes itu akan disebut semula pada 23 Februari ini. A yoga teacher was brought before the Sessions Court in Shah Alam today on two charges of raping his 15-year-old student in Hulu Selangor in January and November last year. The accused was not allowed bail and the case will be brought up for mention again this coming 23 February.
Vocabulary from the above sentence(s):
dihadapkan = brought before (from hadap); mahkamah = court; tuduhan = charge, accusation; merogol = to rape; pelajar = student; berusia = aged; tertuduh = the accused; ikat jamin = bail; disebut = mentioned; semula = again
(20-01-11) Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu bimbang bahasa Melayu akan terjajah apabila terlalu banyak istilah Inggeris digunakan. Beliau berkata, bahasa Melayu juga akan ketinggalan jauh jika ia tidak dimartabatkan oleh semua pihak termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan orang ramai. The Mentri Besar (Chief Minister) of Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu is worried that the Malay language will become colonized when too many English terms are used. He said that the Malay language will also be left far behind if its status is not given due respect by all quarters, including government and non-governmental bodies as well as the public.
Vocabulary from the above sentence(s):
bimbang = worried; terjajah = colonized; istilah = term; ketinggalan = left behind (from tinggal); dimartabatkan = given due respect (of status); semua pihak = all quarters; pertubuhan = body (from tubuh)
(19-01-11) Seorang pemborong ikan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah tiga tahun lalu. A fish wholesaler was sentenced to death by hanging by the High Court in Shah Alam today after being found guilty of dealing in drugs three years ago.
Vocabulary from the above sentence(s):
pemborong = wholesaler; dijatuhi = sentenced (from jatuh); hukuman = punishment, sentence; hukuman gantung = hanging; mahkamah = court; didapati = found (from dapat); mengedar = to deal, distribute (from edar); dadah = drug
(18-01-11) Perkhidmatan bas RapidKL khusus untuk penumpang wanita dilancarkan secara rasmi hari ini yang akan menyusuri 15 laluan terpilih. Bas itu yang tertera perkataan "Bas Wanita" akan beroperasi sepenuhnya mulai esok dengan dua perkhidmatan disediakan bagi setiap laluan di waktu pagi dan petang. A RapidKL bus service specially for women passengers was officially launched today to run along 15 selected routes. The bus which has the words "Bas Wanita" (Bus for Women) printed on it will be fully operational from tomorrow with two services scheduled in the morning and in the evening for each route.
Vocabulary from the above sentence(s):
perkhidmatan = service (from khidmat); khusus = specially, specifically; penumpang = passenger (from tumpang); dilancarkan = launched (from lancar); secara rasmi = officially; menyusuri = to follow (from susur); laluan = route; terpilih = selected; tertera = printed; sepenuhnya = fully; mulai = from (from mula); disediakan = prepared (from sedia)
(17-01-11) Siasatan awal polis Amsterdam berhubung kematian pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) yang mayatnya ditemui di tempat letak kereta hotel penginapannya di bandar raya itu Jumaat lalu, dipercayai tidak membabitkan sebarang unsur jenayah. Sebaliknya, siasatan police menjurus kepada kematian mengejut. Preliminary investigation by the Amsterdam police in connection with the death of a Malaysia Airlines (MAS) air hostess whose dead body was found in the parking lot of the hotel where she was staying in the city last Friday is believed to have ruled out any criminal element. On the other hand police investigation is directed towards a sudden death.
Vocabulary from the above sentence(s):
siasatan = investigation; kematian = death (from mati); pramugari = air hostess; mayat = corpse; ditemui = found (from temu); tempat letak kereta = parking lot; penginapan = accommodation (from inap); bandar raya = city; dipercayai = believed (from percaya); membabitkan = to involve (from babit); sebarang = any; unsur = element; jenayah = crime; sebaliknya = on the other hand; menolak = to reject (from tolak); kemungkinan = possibility (from mungkin); menjurus kepada = directed towards; mengejut = sudden
(16-01-11) Imam dan isterinya yang bertanggungjawab terhadap pelan kontroversi membina pusat kebudayaan Islam dan masjid berdekatan kawasan serangan 11 September di New York meletakkan jawatan sebagai ketua projek itu, kata pusat berkenaan kelmarin. Pusat yang dicadangkan itu setinggi 13 tingkat bernilai AS$100 juta (RM305 juta) dikenali sebagai Park51 hanya terletak dua blok dari kawasan Ground Zero. The imam and his wife who were responsible for the controversial plan to build an Islamic cultural center and mosque close to the site of the September 11 attacks in New York have resigned as the project directors, said the center yesterday. The proposed 13-storeyed center, costing US$100 million (RM305 million) and known as Park51, is only two blocks away from the Ground Zero area.
Vocabulary from the above sentence(s):
bertanggungjawab = responsible; terhadap = towards; pelan = plan; membina = to build (from bina); pusat = center; kebudayaan = culture (from budaya); masjid = mosque; berdekatan = near (from dekat); kawasan = area; serangan = attack; meletakkan jawatan = to resign; dicadangkan = proposed (from cadang); setinggi = height of (from tinggi); tingkat = floor, storey; bernilai = worth, value of; dikenali = known as (from kenal)
(15-01-11) Perdana Menteri Tunisia, Mohammed Ghannouchi semalam mengumumkan bahawa Presiden Zine El Abidine Ben Ali telah meletak jawatan dan meninggalkan negara ini selepas 23 tahun memerintah. Mohammed juga menggesa rakyat Tunisia bersatu dan menghormati perlembagaan selepas beberapa minggu merusuh. The Prime Minister of Tunisia, Mohammed Ghannouchi announced yesterday that President Zine El Abidine Ben Ali has resigned and left the country after 23 years in power. Mohammed also urged the Tunisians to unite and to respect the constitution after several weeks of rioting.
Vocabulary from the above sentence(s):
Perdana Menteri = Prime Minister; mengumumkan = to announce (from umum); meletak jawatan = to resign; meninggalkan = to leave, flee (from tinggal); memerintah = to rule, to govern (from perintah); menggesa = to urge (from gesa); bersatu = to unite (from satu); menghormati = to respect (from hormat); perlembagaan = constitution (from lembaga); merusuh = to riot (from rusuh)
(14-01-11) Seorang lelaki warga Nepal ditemui mati di atas pokok kelapa di Bukit Mertajam hari ini. Sementara itu, jurucakap polis berkata kes itu disiasat sebagai bunuh diri kerana ada penduduk kampung yang melihat mangsa memanjat pokok itu pada 10.30 malam semalam. A Nepalese was found dead on top of a coconut tree in Bukit Mertajam today. Meanwhile a police spokesperson said the case is being investigated as a suicide as there were villagers who saw the victim climbing the tree at 10.30 last night.
Vocabulary from the above sentence(s):
warga Nepal = a Nepalese; ditemui = was found (from temu); pokok kelapa = coconut tree; sementara itu = meanwhile; jurucakap = spokesperson; disiasat = investigated (from siasat); bunuh diri = suicide; penduduk kampung = villager; mangsa = victim; memanjat = to climb (from panjat)
(13-01-11) Ivory Coast semalam mengenakan perintah berkurung mulai 7 petang hingga 6 pagi selepas keganasan semakin memuncak berikutan konflik pemilihan Presiden dengan sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dalam masa dua hari lalu. Ivory Coast yesterday imposed a curfew from 7 in the evening to 6 in the morning after mounting violence following the conflict over the presidential election with at least 11 people killed in the last two days.
Vocabulary from the above sentence(s):
mengenakan = to impose (from kena); perintah berkurung = a curfew; keganasan = violence (from ganas); semakin = more and more; memuncak = become tense (from puncak); berikutan = following (from ikut); pemilihan = election, choice (from pilih); sekurang-kurangnya = at least (from kurang); terbunuh = killed
(12-01-11) Kematian Michael Jackson akibat pembunuhan berikutan ketidakcekapan rawatan perubatan yang diberikan kepadanya, kata seorang pakar forensik pada perbicaraan ke atas doktor peribadi penyanyi yang menghadapi tuduhan membunuh tanpa niat. Michael Jackson's death is the result of murder following the ineptness of the medical treatment given to him, a forensic expert said during the hearing of the singer's personal physician who is facing a charge of involuntary manslaughter.
Vocabulary from the above sentence(s):
kematian = (from mati) death; akibat = consequence, result of; pembunuhan = (from bunuh) murder; berikutan = following; ketidakcekapan = (from tidak cekap) incompetence, ineptness; rawatan perubatan = medical treatment; pakar forensik = forensic expert; perbicaraan = hearing, trial; doktor peribadi = personal physician; menghadapi = (from hadap) to face; tuduhan = a charge; tanpa niat = without intention; membunuh tanpa niat = involuntary manslaughter, unintentional murder
(11-01-11) Prestasi cemerlang Lionel Messi untuk FC Barcelona membantunya memenangi anugerah Bola Emas FIFA sebagai pemain terbaik dunia 2010. Pemain Argentina itu memenangi anugerah FIFA untuk tahun kedua berturut-turut. Lionel Messi's outstanding performance for FC Barcelona helped him to win FIFA's Golden Ball award as the world's best player (footballer) in 2010. The Argentinian player won the FIFA award for the second consecutive year.
Vocabulary from the above sentence(s):
prestasi = performance; cemerlang = excellent, outstanding; membantunya = (from bantu) helped him; memenangi = (from menang) to win; anugerah = award; emas = gold; pemain = player; berturut-turut = consecutively
(10-01-11) Seorang lelaki warga Ireland maut setelah diserang dua ekor anjing ketika sedang merakam gambar di kebun durian di Teluk Bahang, Pulau Pinang semalam. Dalam serangan itu, Sullivan cedera parah di lengan, paha dan dagu manakala kedua-dua telinganya putus. An Irishman was dead after he was attacked by two dogs while filming in a durian plantation in Teluk Bahang, Penang yesterday. In the attack, Sullivan was badly wounded in the arm, thigh and chin while both his ears were severed.
Vocabulary from the above sentence(s):
warga = citizen; maut = death, dead; diserang = attacked; merakam gambar = to film; kebun durian = durian plantation; semalam = yesterday; serangan = attack; cedera = injured, wounded; parah = serious; lengan = arm; paha = thigh; dagu = chin; manakala = while; kedua-dua = both; telinga = ear; putus = severed
(09-01-11) Angin kencang dan laut bergelora yang kini melanda perairan Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Rabu ini. "Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai, perkapalan, penangkapan ikan dan juga pekerja pelantar minyak," menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia. Strong winds and stormy seas that are presently hitting the waters of Kelantan and Trengganu are expected to continue until Wednesday. "The situation is critical for all beach activities, shipping, fishing as well as oil platform workers," according to a statement from the Malaysian Meteorological Department.
Vocabulary from the above sentence(s):
angin kencang = strong winds; laut bergelora = stormy seas; kini = currently, now; melanda = (from landa) to hit; perairan = (from air) waters; dijangka = expected; berterusan = to continue; sehingga = until; Rabu = Wednesday; keadaan = situation; berbahaya = dangerous; pantai = beach, shore; perkapalan = shipping; penangkapan ikan = fishing; pelantar = platform; pelantar minyak = oil platform; menurut = (from turut) according to; kenyataan = statement; Jabatan Meteorologi Malaysia = Malaysian Meteorological Department
(08-01-11) Ucapan Tahun Baru 2011 di kalangan rakyat Jepun memecahkan rekod trafik global Twitter iaitu 6,939 "tweets" atau mesej sesaat (TPS). Angka itu dua kali ganda daripada rekod trafik sebelum ini iaitu 3,283 TPS ketika skuad bola sepak Jepun mengejutkan Denmark dengan kemenangan 3-1 pada saingan Piala Dunia di Afrika Selatan, tahun lalu. 2011 New Year greetings among the Japanese broke Twitter's global traffic record with 6,939 "tweets" or messages per second (TPS). This figure is double that of the previous traffic record of 3,283 TPS when the Japanese football squad surprised Denmark with a 3-1 win in the World Cup competition in South Africa last year.
Vocabulary from the above sentence(s):
ucapan tahun baru = new year greetings; di kalangan = among; rakyat = citizen; memecahkan = (from pecah) to break; sesaat = (satu saat) per second; angka = figure, number; dua kali ganda = twofold, double; sebelum ini = before this; ketika = when; bola sepak = football; mengejutkan = (from kejut) to surprise; kemenangan = (from menang) victory; saingan = competition; selatan = south
(07-01-11) Keadaan banjir di Terengganu sejak dua hari lalu bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 1,638 orang, berbanding 692 semalam. Jurucakap Majlis Keselamatan Negara negeri berkata, semua jalan utama yang menghubungkan Kuala Terengganu-Kelantan dan Pahang tidak terjejas dan masih boleh dilalui pagi ini. The flood situation in Trengganu over the past two days has worsened, with the number of victims being evacuated rising to 1,638 persons, compared to 692 yesterday. A spokesman of the state National Security Council said that all the main roads linking Kuala Trengganu to Kelantan and Pahang are not affected and can still be traversed this morning.
Vocabulary from the above sentence(s):
keadaan = situation; banjir = flood; sejak = since; bertambah buruk = worsen; jumlah = total; mangsa = victim; dipindahkan = evacuated; meningkat = (from tingkat) to increase; berbanding = compared with; jurucakap = spokesman; Majlis Keselamatan Negara = National Security Council; jalan utama = main road; menghubungkan = to link, to join; tidak terjejas = not affected; dilalui = (from lalu) traversed, crossed
(06-01-11) Walaupun menyedari melacur di hotel lima bintang lebih menguntungkan namun sekumpulan pelacur warga Indonesia sanggup mencari pelanggan di rumah urut dengan bayaran serendah RM40 bagi mengelak daripada dicekup kerana memasuki negara ini secara haram. Although they know that they can earn more by prostituting in a 5-star hotel yet a group of Indonesian-national prostitutes are willing to seek customers in massage parlours for as little as RM40 so as to avoid being arrested for entering the country illegally.
Vocabulary from the above sentence(s):
menyedari = (from sedar) to be aware of; melacur = (from lacur) to prostitute; bintang = star; menguntungkan = (from untung) profitable; namun = yet, nevertheless; sekumpulan = (from kumpul) a group; pelacur = (from lacur) prostitute; sanggup = willing to; pelanggan = customer; rumah urut = massage parlour; serendah = as low as; mengelak = (from elak) to avoid; dicekup = captured, arrested; haram = illegal; secara haram = illegally (in an illegal way, if you prefer). Note that secara before an adjective turns the adjective into an adverb (by adding the suffix -ly in English).
(05-01-11) Penduduk di bandar paling teruk dilanda banjir di Australia diberi amaran tidak cuba meredah air kerana selain ada kemungkinan dihanyutkan arus, mereka juga berdepan risiko digigit ular dan diserang buaya. The inhabitants of the worst-affected city hit by the floods in Australia have been warned not to try to wade through the waters because apart from the likelihood of being carried away by the current, they also run the risk of being bitten by snakes and attacked by crocodiles.
Vocabulary from the above sentence(s):
penduduk = inhabitant; paling teruk = the worst; dilanda = hit by; banjir = flood; amaran = a warning; cuba = to try; meredah = to wade through; selain = apart from; kemungkinan = likelihood, possibility; dihanyutkan = carried away; arus = current; berdepan = to face; risiko = risk; digigit = beaten by; ular = snake; diserang = attacked by; buaya = crocodile
(04-01-11) Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata semalam bahawa para pegawai Amerika Syarikat akan kembali ke Asia Barat minggu ini bagi memperbaharui rundingan damai antara Israel dan Palestin. Israel's Prime Minister Benjamin Netanyahu said yesterday that officials from the USA will return to West Asia this week to renew peace talks between Israel and Palestine.
Vocabulary from the above sentence(s):
para = a collective prefix, indicating a great number of people and not always translated eg. para pembaca (our readers), para tetamu (all guests), para pelajar (students in general); pegawai = official; kembali = to return; barat = west; memperbaharui = (from baharu) to renew; rundingan = talks, discussions; damai = peaceful; rundingan damai = peace talks
(03-01-11) Selepas dikejutkan dengan keputusan Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan kelmarin, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima tamparan terbaru apabila anak emas jurulatih itu, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan akan keluar daripada badan itu. Misbun membuat kejutan kelmarin apabila menghantar surat peletakan kepada BAM melalui e-mel tanpa memberi sebarang alasan. After being surprised by the decision of Datuk Misbun Sidek to resign as singles coach yesterday, the Badminton Association of Malaysia (BAM) received another blow when the coach's golden boy, Datuk Lee Chong Wei confirmed that he is also leaving the body. Misbun sprang a surprise yesterday when he sent his resignation letter to BAM by email without giving any reason.
Vocabulary from the above sentence(s):
dikejutkan = (from kejut) be surprised; keputusan = (from putus) decision; meletak jawatan = to resign; jurulatih = coach; perseorangan = singles; menerima = (from terima) to receive; tamparan = a slap, a blow; emas = gold; anak emas = golden boy; mengesahkan = (from sah) to confirm; badan = body; tanpa = without; alasan = an excuse
(02-01-11) Nicole Scherzinger, penyanyi utama dari kumpulan pop Pussycat Dolls, melahirkan harapan untuk melangsungkan perkahwinan dengan teman lelakinya, Lewis Hamilton, juara Formula 1, "dalam tempoh terdekat". Nicole Scherzinger, lead singer of the pop group Pussycat Dolls, has expressed the hope that the marriage with her boyfriend Lewis Hamilton, the Formula 1 champion, will be held "in the very near future".
Vocabulary from the above sentence(s):
utama = main, principal; penyanyi utama = lead singer; kumpulan = group; kumpulan pop = pop group; melahirkan = (from lahir) to express; harapan = hope; melangsungkan = (from langsung) to hold, carry out; perkahwinan = (from kahwin) marriage; teman lelaki = boyfriend; juara = champion
(01-01-11) Pengusaha restoran tidak mempunyai alasan untuk menaikkan harga makanan dan minuman sehingga 10 peratus meskipun berlaku kenaikan harga gula dan bahan api berkuatkuasa 4 Dis lepas. Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri berkata bekalan minyak masak adalah stabil di seluruh negara dan adalah tidak munasabah jika mereka naikkan harga makanan dan minuman. Restaurant operators do not have grounds for increasing the prices of food and beverages up to 10 per cent although there has been a rise in the price of sugar and fuel since 4 December. The Deputy Secretary-General of Domestic Trade said that the supply of cooking oil has been stable throughout the country and it is not proper for them to increase the prices of food and beverages.
Vocabulary from the above sentence(s):
pengusaha = operator, entrepreneur; mempunyai = (from punya) to possess; alasan = grounds, excuse; menaikkan = (from naik) to increase; harga = price; makanan = (from makan) food; minuman = (from minum) beverages, drinks; meskipun = although; gula = sugar; bahan api = fuel; berkuatkuasa = to take effect; timbalan = deputy; bekalan = supply; minyak masak = cooking oil; tidak munasabah = not proper, not reasonable
(31-12-10) China sudah menutup lebih 60,000 laman web lucah tahun ini dan menahan sekurang-kurangnya 5,000 suspek sambil berikrar akan meneruskan usaha membanteras laman web tidak bermoral serta bahan lucah yang disebarkan melalui telefon bimbit. China has closed more than 60,000 pornographic websites this year and detained at least 5,000 suspects while pledging to continue its efforts at eradicating immoral websites and pornographic material propagated through cellphones.
Vocabulary from the above sentence(s):
menutup = (from tutup) to close; laman web = website; lucah = pornographic, obscene; menahan = (from tahan) to detain; sekurang-kurangnya = at least; sambil = while; berikrar = (from ikrar) = to pledge; meneruskan = (from terus) to continue; usaha = effort; membanteras = (from banteras) to eradicate; tidak bermoral = immoral; bahan = material; disebarkan = (from sebar) = propagated, spread; telefon bimbit = cellphone
(30-12-10) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini, 31 Dis sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir Piala Suzuki-AFF 2010. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak proclaimed this Friday, 31 December as a public holiday to celebrate the victory of the Malaysian football team by defeating Indonesia in the final round of the Suzuki-AFF 2010 Trophy.
Vocabulary from the above sentence(s):
mengisytiharkan = (from isytihar) to proclaim; Jumaat = Friday; cuti umum = public holiday; meraikan = (from rai) to celebrate; kemenangan = (from menang) victory; pasukan = team; bola sepak = football; menewaskan = (from tewas) to defeat; perlawanan = match; akhir = final; piala = trophy
(29-12-10) Seorang lelaki 72 tahun mengambil masa tiga hari memandu keretanya untuk pulang ke rumah dari Lapangan Terbang Gatwick selepas keadaan bersalji menyebabkannya keliru. Keluarga Mohammed Bellazrak melaporkan kehilangannya apabila dia gagal sampai ke rumah di Trowbridge selepas menghantar isterinya ke lapangan terbang. A 72-year-old man took three days to drive home from Garwick Airport in his car after snowy conditions made him confused. Mohammed Bellazrak's family reported him missing when he failed to arrive home in Trowbridge after sending his wife off to the airport.
Vocabulary from the above sentence(s):
mengambil = (from ambil) to take; memandu = (from pandu) to drive; lapangan terbang = airport; keadaan = condition; salji = snow; menyebabkan = (from sebab) to cause; keliru = confused; melaporkan = (from lapor) to report; kehilangan = (from hilang) disappearance; gagal = fail; menghantar = (from hantar) to send
(28-12-10) Sepasang suami isteri, masing-masing dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen Ampang dekat Kuala Lumpur hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah lebih 12 tahun lalu. Siu Ling didakwa melakukan pecah amanah terhadap 18 keping cek syarikat TP Indah Sdn. Bhd. semasa dia memegang jawatan setiausaha dengan memindahkan wang kepunyaan syarikat itu ke dalam akaun milik suaminya. A married couple were each sentenced to eight years' imprisonment by the Ampang Sessions Court near Kuala Lumpur today after being found guilty of criminal breach of trust more than 12 years ago. Siu Ling was charged with criminal breach of trust involving 18 cheques belonging to the TP Indah Sdn. Bhd. company while she was holding the post of secretary by transferring money belonging to the company to her husband's bank account.
Vocabulary from the above sentence(s):
sepasang = a pair; suami isteri = husband and wife; masing-masing = respectively, each; dihukum = sentenced; penjara = prison, imprisonment; mahkamah = court; didapati bersalah = found guilty; tuduhan = charge, accusation; pecah amanah = criminal breach of trust; didakwa = charged with, accused of; keping = piece (numerical coefficient or classifier for paper, cheques, photographs, etc.); syarikat = company; memegang (from pegang) = to hold; jawatan = post; setiausaha = secretary; memindahkan (from pindah) = to transfer; kepunyaan = belonging to; milik = property of
(27-12-10) Lapan pelancong warga Amerika Syarikat (AS) maut manakala 21 lagi cedera apabila sebuah bas bertembung dengan lori di Mesir hari ini. Pegawai polis berkata, lima daripada yang terbunuh itu adalah wanita. Eight American tourists were dead while another 21 were wounded when a bus collided with a lorry in Egypt today. A police officer said that five of those killed were women.
Vocabulary from the above sentence(s):
pelancong = tourist; warga = citizen; Amerika Syarikat =USA; maut = death, dead; manakala = while; cedera = injured; apabila = when; bertembung = collide, bump into; Mesir = Egypt; terbunuh = killed
(26-12-10) Lebih 10,000 orang dijangka hadir pada Hari Krismas Terbuka Nasional 2010 di Perkampungan Portugis di Melaka pada malam ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Beliau berkata, persiapan dilakukan mengikut jadual dan raptai terakhir akan diadakan pagi Ahad ini . "Kita juga akan cipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records dalam Tarian Spontan Teramai. Asalnya kita sasarkan 2,000 orang, tetapi kita mahu semua yang hadir iaitu lebih 10,000 orang menari bersama," katanya. More than 10,000 people are expected to attend the 2010 National Christmas Open House at the Portuguese Village in Malacca tonight, said the Chief Minister, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. He said that preparations are going on as planned and a final rehearsal will be held on Sunday morning. "We will also be creating a new record in the Malaysia Book of Records for the Largest Spontaneous Dance. Originally we aimed at 2,000 people but we want all the over-10,000 visitors to join in the dance," he said.
Vocabulary from the above sentence(s):
dijangka = expected; hadir = present; Hari Krismas = Christmas Day; Terbuka = Open; perkampungan (from kampung) = village; Ketua Menteri = Chief Minister; persiapan = preparation; dilakukan = performed, carried out; jadual = time-table; mengikut jadual = according to the time-table; raptai = rehearsal; raptai terakhir = final rehearsal; Ahad = Sunday; cipta = to create; tarian = dance; spontan = spontaneous; teramai (from ramai) = the most; asalnya = originally; sasarkan = aim at, to target
(25-12-10) Tarikh 25 Disember merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh semua penganut agama Kristian di seluruh dunia. Tidak kurang juga ada yang mengambil kesempatan untuk bercuti panjang selepas penat lelah bekerja. The 25th of December is a much-awaited date for all Christian followers throughout the world. There are also not a few who take the opportunity to go on long leave after their fatigue from work.
Vocabulary from the above sentence(s):
tarikh = date; merupakan = is (verb "to be"); yang paling ditunggu-tunggu = much-awaited; penganut = follower; agama = religion; seluruh dunia = the whole world; tidak kurang = not less; mengambil kesempatan = take the opportunity; bercuti panjang = go on long leave; penat lelah = fatigue
(24-12-10) Seorang wanita bimbang dengan kehilangan suaminya sejak lima hari lalu, selepas dia dikatakan diburu ah long bagi menjelaskan hutangnya. "Dia pernah diugut oleh dua lelaki yang memberitahu suami saya kalau dia tidak membayar hutang, mereka akan menghantar orang untuk mencari dia," katanya pada sidang akhbar. A woman is worried about the disappearance of her husband since five days ago, after he was said to have been hunted by loan sharks to make him settle his debt. "He was once threatened by two men who told my husband that if he did not repay the debt, they would send someone to look for him," she said at a press conference.
Vocabulary from the above sentence(s):
wanita = woman; bimbang = worried; kehilangan (from hilang) = disappearance; suami = husband; sejak = since; diburu = hunted; ah long (chinese word actually) = loan shark; menjelaskan (from jelas) = to settle (a loan); hutang = debt; membayar (from bayar) = to pay; menghantar (from hantar) = to send; mencari (from cari) = to look for; sidang akhbar = press conference
(23-12-10) Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun ini adalah yang terbaik berbanding empat tahun lalu dengan jumlah yang gagal dalam semua mata pelajaran semakin menurun. Daripada 21,612 calon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, jumlah yang mendapat A dalam semua mata pelajaran ialah seramai 1,850 orang, merosot sedikit berbanding 1,940 orang tahun lalu. The achievement of the candidates in the Lower Secondary Assessment (PMR) examination in the Federal Territory of Kuala Lumpur this year was the best in the last four years with a decreasing number of failures in all subjects. From a total of 21,612 candidates in the Federal Territory of Kuala Lumpur, the number attaining grade A in all subjects was 1,850, a slight fall in comparison to the 1,940 students last year.
Vocabulary from the above sentence(s):
pencapaian (from capai) = achievement; calon = candidate; Penilaian Menengah Rendah = Lower Secondary Assessment (examination); Wilayah Persekutuan = Federal Territory; yang terbaik = the best; berbanding = compared with; gagal = fail; mata pelajaran = subject; semakin menurun (from turun) = decreasing; seramai = a total of, as many as; merosot (from rosot) = to decline, deteriorate
(22-12-10) Pendidikan seks tidak perlu. Pada pandangan saya, subjek-subjek yang sedia ada seperti pendidikan agama, pendidikan moral, sains, biologi, pendidikan kesihatan dan pendidikan sivik sudah memadai untuk memandu anak-anak muda kita. Sex education is not needed. In my opinion, existing subjects such as religious education, moral education, science, biology, health education and civics education are sufficient to guide our young people. (From "Letters to the Editor".)
Vocabulary from the above sentence(s):
pendidikan = education; pendidikan seks = sex education; perlu = needed, necessary; pada pandangan saya = in my opinion; subjek = subject; yang sedia ada = which already exist; pendidikan agama = religious education; kesihatan = health; pendidikan kesihatan = health education; pendidikan sivik = civics education; memadai (from pada) = enough, sufficient; memandu (from pandu) = to guide; anak muda = youth
(21-12-10) Dahsyat dan mengerikan. Itulah gambaran keadaan nahas jalan raya terburuk dalam sejarah negara membabitkan sebuah bas persiaran dua tingkat yang mengorbankan 27 orang - 25 pelancong Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai. Dalam nahas kira-kira jam 11.40 pagi, bas yang membawa 37 penumpang dari Cameron Highlands itu dikatakan terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika menuruni bukit serta melalui selekoh tajam. Horrible and bloodcurdling. That's the description of the worst road accident in the country involving a double-decker excursion bus that claimed the lives of 27 people - 25 Thai tourists and two local citizens at KM 15 of the Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai road. In the accident at around 11.40 a.m., the bus which was carrying 37 passengers from Cameron Highlands was said to have gone off its course and hit a road divider while going downhill and negociating a sharp bend.
Vocabulary from the above sentence(s):
dahsyat = horrible; mengerikan = bloodcurdling; gambaran = picture, description; nahas jalan raya = road accident; terburuk (from buruk) = worst; sejarah = history; membabitkan (from babit) = to involve; bas persiaran = excursion bus; dua tingkat = double-decker; mengorbankan (from korban) = to sacrifice; pelancong Thailand = Thai tourist; rakyat tempatan = local citizens; membawa (from bawa) = to carry; penumpang = passenger; terbabas = to swerve, go off its course; melanggar (from langgar) = to hit, crash into; pembahagi jalan = road divider; menuruni (from turun) = to descend; bukit = hill; selekoh = a bend, corner; tajam = sharp
(20-12-10) Seorang bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas 14 pertuduhan rasuah berjumlah RM121,500 bagi meluluskan pas lawatan warganegara China, dua tahun lalu. Dia dihukum enam tahun penjara dan denda RM620,000. A former Deputy Director-General of the Immigration Department was found guilty on 14 corruption charges involving RM121,500 by the Sessions Court in Kuala Lumpur for approving visit passes to Chinese nationals two years ago. He was sentenced to six years' imprisonment and a RM620,000 fine.
Vocabulary from the above sentence(s):
bekas = former; Timbalan Ketua Pengarah = Deputy Director-General; Jabatan Imigresen = Immigration Department; didapati bersalah = found guilty; Mahkamah Sesyen = Sessions Court; pertuduhan = charge, accusation; rasuah = corruption, bribery; meluluskan (from lulus) = to approve; pas lawatan = visit pass; warganegara China = Chinese national; dihukum = sentenced; penjara = prison, jail; denda = fine
(19-12-10) Seorang lelaki terpaksa merebahkan badannya dan berguling-guling di atas tanah bagi mengelak daripada ditanduk seekor kerbau liar yang tiba-tiba menyerangnya di Baling petang semalam. Dia berharap supaya tindakan diambil untuk menembak kerbau liar berkenaan daripada terus berkeliaran di kawasan itu. A man was forced to throw himself down on the ground and started rolling himself to avoid being gored by a wild buffalo which suddenly attacked him in Baling yesterday afternoon. He hoped that action would be taken to shoot the wild buffalo dead so that it wouldn't continue to run wild in the region.
Vocabulary from the above sentence(s):
merebahkan (from rebah) = to throw oneself down, collapse; berguling-guling (from guling) = to roll round and round; mengelak (from elak) = to avoid; ditanduk = gored by; kerbau = buffalo; liar = wild; tiba-tiba = suddenly; menyerang (from serang) = to attack; tindakan = action; diambil = taken; menembak (from tembak) = to shoot; berkeliaran (from liar) = to run wild, roam; kawasan = region, area
(18-12-10) Cuaca bersalji sering kali dikaitkan dengan kemeriahan sambutan Krismas. Namun jika cuaca salji semakin memburuk, seperti keadaan di Eropah sekarang, pastinya ia bukan lagi satu kemeriahan. Akibat dari cuaca luar biasa ini telah memaksa beberapa lapangan terbang di Eropah ditutup dan mencetuskan masalah pengangkutan jalan raya serta kereta api antara paling buruk dalam sejarah. Di Jerman, sejumlah besar penerbangan dibatalkan dan ramai penumpang terkandas di lapangan terbang. Snowy weather is often connected with Christmas festivities. However if snowy weather worsens, as is the situation in Europe now, it is certainly not a festivity anymore. This unusual weather has resulted in several airports in Europe being forced to close and sparked off one of the worst road and rail transport problems in history. In Germany, a big number of flights were cancelled and many passengers were stranded at the airports.
Vocabulary from the above sentence(s):
cuaca = weather; bersalji = snowy; sering kali = often; dikaitkan (from kait) = connected with; kemeriahan (from meriah) = festivity; namun = however; semakin memburuk = worsen; pastinya = certainly, surely; akibat = result; luar biasa = unusual; memaksa (from paksa) = to force; lapangan terbang = airport; mencetuskan (from cetus) = to spark off; masalah = problem; pengangkutan (from angkut) = transport; jalan raya = road; paling buruk = worst; sejarah = history; Jerman = Germany; penerbangan (from terbang) = flight; dibatalkan (from batal) = cancelled; terkandas = stranded
(17-12-10) Menteri Pengajian Tinggi berkata bilangan pelajar asing meningkat kepada 80,000 orang pada tahun ini, melebihi matlamat 75,000 orang manakala sasaran tahun hadapan ialah 90,000 orang...Ditanya sama ada kehadiran kampus universiti cawangan luar negara akan menjejaskan kedudukan universiti tempatan, beliau berkata ia akan menyebabkan kedudukan universiti dalam negara meningkat. The Minister of Higher Education has said that the number of foreign students has increased to 80,000 this year, exceeding the objective of 75,000 while next year's target is 90,000 students...Asked if the presence of branch campuses of foreign universities would damage the standing of local universities, he said that it would cause the standing of local universities to rise.
Vocabulary from the above sentence(s):
Menteri Pengajian Tinggi = Minister of Higher Education; bilangan = number; pelajar asing = foreign student; meningkat (from tingkat) = to increase, rise; melebihi (from lebih) = to exceed; matlamat = objective, aim; manakala = while; sasaran = target; ditanya = asked; sama ada = whether, if; kehadiran (from hadir) = presence; cawangan = branch; menjejaskan (from jejas) = damage, tarnish; kedudukan (from duduk) = standing, status; universiti tempatan = local university; menyebabkan (from sebab) = to cause
(16-12-10) For a change today's three sentences come from an Indonesian website. You will notice the similarities between the Indonesian and Malay languages here.
CEO dan pendiri Facebook, Mark Zuckerberg, baru saja dinobatkan menjadi person of the year 2010 dari majalah Time. Atas penobatannya tersebut Mark Zuckerberg akan menghiasi halaman muka dari majalah Time edisi khusus sebagai orang yang melakukan hal paling berpengaruh di tahun 2010 ini. Sebelum Zuckerberg, tokoh IT yang sudah menerima penghargaan ini di antaranya adalah Bil Gates dan Jeff Bezos, pendiri Amazon.




The CEO and founder of Facebook, Mark Zuckerberg, has just been named Time magazine's Person of the Year 2010. Following this award Mark Zuckerberg will decorate the cover of Time magazine's special edition as the person whose deeds have been the most influential in the year 2010. Before Zuckerberg, among other IT figures who have received the same honour were Bill Gates and Jeff Bezos, the founder of Amazon.
Vocabulary from the above sentence(s):
CEO = pegawai ketua eksekutif; pendiri = founder; dinobatkan (from nobat) = installed, crowned; menghiasi (from hias) = to decorate; halaman muka = cover (of magazine); khusus = special; paling berpengaruh = most influential; tokoh = leading figure, personality; penghargaan = honour
(15-12-10) Penilaian Singapura terhadap Malaysia mengenai "ketidakcekapan" kepimpinan negara seperti didedahkan WikiLeaks kelmarin adalah aneh kerana kedua-dua negara melalui proses pembangunan yang berbeza. Satu nota bantahan berhubung perkembangan tersebut telah diserahkan kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia untuk menjelaskan ketidakpuasan hati Kuala Lumpur ke atas komen-komen yang tidak membantu hubungan dua hala kedua-dua pihak. Singapore's assessment of the "incompetence" of Malaysia's leadership as revealed by WikiLeaks yesterday was strange as both countries undergo different development processes. A protest note concerning this development was handed to the Singapore High Commissioner to Malaysia to express Kuala Lumpur's displeasure over the comments which do not help in bilateral relations between both parties.
Vocabulary from the above sentence(s):
penilaian (from nilai) = assessment, evaluation; ketidakcekapan (from tidak cekap) = incompetence; kepimpinan (from pimpin) = leadership; didedahkan (from dedah) = revealed; aneh = strange, odd; melalui (from lalu) = to undergo; pembangunan (from bangun) = development; berbeza = different; nota bantahan = protest note; berhubung = concerning; diserahkan (from serah) kepada = handed to; Pesuruhjaya Tinggi = High Commissioner; menjelaskan (from jelas) = to express, explain; ketidakpuasan hati (from tidak puas) = displeasure; membantu (from bantu) = to help; hubungan dua hala = bilateral relations; kedua-dua pihak = both parties, sides
(14-12-10) Polis hari ini menggeledah sebuah rumah di selatan England yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengeboman di Sweden kelmarin, di tengah-tengah laporan mengatakan individu yang melakukan serangan tersebut pernah tinggal di rumah berkenaan. Police today ransacked a house in south England which is believed to be linked to the bombing in Sweden yesterday, amidst reports that an individual who carried out the attack once lived in that house.
Vocabulary from the above sentence(s):
menggeledah (from geledah) = to ransack; selatan = south; dipercayai (from percaya) = believed; kaitan = connection, link; pengeboman (from bom) = bombing; di tengah-tengah laporan = amidst reports; mengatakan (from kata) = to say; serangan = attack; tersebut = mentioned
(13-12-10) Kesemua 7,860 petani Perlis yang tanaman padi mereka musnah akibat banjir besar awal bulan lalu, hari ini menerima bantuan pemulihan RM13.5 juta yang diluluskan oleh Kabinet penghujung November. All the 7,860 farmers in Perlis whose paddy crops were destroyed as a result of heavy flooding early last month, today received recovery aid of 13.5 million Malaysian ringgit approved by the Cabinet at the end of November.
Vocabulary from the above sentence(s):
kesemua = all; petani = farmer; tanaman = crop; musnah = destroyed; akibat = as a result of; banjir = flood; awal bulan = early in the month; bantuan = aid; pemulihan (from pulih) = recovery, restoration; juta = million; diluluskan = approved; penghujung = end
(12-12-10) Satu "Cyber Discovery Camp" akan dianjurkan untuk kanak-kanak yang berumur dari 12 hingga 15 tahun di Pusat Sains Negara di Kuala Lumpur dari 19-21 Dis. Program yang julung kali diadakan ini bertujuan memberi pendidikan kepada kanak-kanak serta remaja mengenai kepentingan keselamatan siber serta penggunaan Internet secara positif di samping menunjukkan kaedah yang sesuai sewaktu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat. A "Cyber Discovery Camp" will be organized for children between the ages of 12 and 15 at the National Science Centre in Kuala Lumpur from 19-21 Dec. The program, which will be held for the first time, is aimed at educating children and adolescents on the importance of cyber security and the use of Internet in a positive manner besides showing a suitable method when using a search engine to obtain information.
Vocabulary from the above sentence(s):
dianjurkan = organized; Pusat Sains Negara = National Science Centre; julung kali = first time; bertujuan (from tuju) = aimed at; pendidikan = education; remaja = adolescent; mengenai = about; kepentingan = importance; keselamatan = safety; penggunaan (from guna) = usage, utilization; di samping = besides; menunjukkan (from tunjuk) = to show; kaedah = method, sesuai = suitable; enjin carian = search engine; maklumat = information
(11-12-10) Seramai 719 orang awam telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana terlibat dengan jenayah rasuah sejak Januari sehingga Oktober ini yang menunjukkan peningkatan secara mendadak hampir sekali ganda sejak 2006. A total of 719 civilians were detained by the Malaysian Anti-Corruption Commission for being involved in corruption offences from January to October this year showing a sudden increase by nearly doubling its figure of 2006.
Vocabulary from the above sentence(s):
orang awam = civilian; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah = Anti-Corruption Commission; terlibat = involved; jenayah = crime; rasuah = corruption; peningkatan (from tingkat) = increase, rise; mendadak = sudden
(10-12-10) Kerajaan akan mengkaji semula Akta Penapisan Filem 2002 bagi membolehkan hukuman denda dan penjara yang lebih berat dikenakan kepada pesalah yang didapati terbabit dengan aktiviti menjual filem tidak ditapis termasuk lucah dan cetak rompak. Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata langkah itu bersesuaian dengan kehendak semasa berikutan hukuman sedia ada tidak lagi setimpal dengan kesalahan dilakukan pesalah. Sambil mengesahkan ia akan dilaksanakan secepat mungkin, katanya hukuman bagi kesalahan mengikut akta berkenaan pada masa ini adalah penjara antara selama tiga hingga lima tahun manakala denda pula, maksimum sebanyak RM50,000. The government is reviewing the Film Censorship Act 2002 so as to enable it to impose heavier fines and jail sentences upon offenders found involved in such activities as the selling of uncensored films including pornography and pirated printings. The Deputy Home Minister said that the measures are in keeping with current needs as the prevailing sentences are not proportionate to the offences committed by the wrongdoers. While confirming that it will be implemented as early as possible he said that the sentences meted out by the current act are imprisonment of between 3 and 5 years while in the case of fines, the maximum imposed is RM50,000.
Vocabulary from the above sentence(s):
mengkaji semula = to review; penapisan = censorship; membolehkan (from boleh) = to enable; hukuman = punishment, sentence; denda = fine; penjara = prison; hukuman penjara = jail sentence; pesalah = offender, wrongdoer; didapati (from dapat) = found; terbabit = involved; filem tidak ditapis = uncensored film; lucah = pornography; cetak rompak = pirated printing; Timbalan Menteri Dalam Negeri = Deputy Home Minister; langkah = measure, step; bersesuaian dengan = in keeping with; kehendak = needs; semasa = current; hukuman sedia ada = prevailing sentences; setimpal dengan = proportionate to, commensurate with; sambil = while; mengesahkan (from sah) = to confirm; dilaksanakan = carried out, implemented; secepat mungkin = as early as possible; manakala = while
(09-12-10) Dua beradik perempuan warga Indonesia mungkin menyangka perbuatan mereka berkongsi pasport memasuki Malaysia tidak dikesan pegawai Imigresen kerana wajah yang hampir serupa. Mereka yang berusia 40-an menggunakan pasport sama untuk keluar masuk ke negara ini bagi menjalankan perniagaan menjual barang kemas tiruan. Seorang pegawai Pejabat Imigresen berkata, hanya salah seorang daripada mereka memiliki pasport yang sah untuk memasuki negara ini iaitu si adik. "Setelah kembali ke negaranya, pasport yang sama akan digunakan pula oleh si kakak untuk datang ke Malaysia. Mereka bergilir-gilir menggunakan pasport itu untuk keluar masuk ke Malaysia sehinggalah perbuatan mereka berjaya dikesan pegawai Imigresen malam kelmarin," katanya. Two sisters of Indonesian nationality probably thought that their act of sharing a passport to enter Malaysia would not be tracked down by immigration officers because their faces were quite similar. The women, in their forties, used the same passport to go in and out of this country to carry out their trade of selling fake jewellery. An Immigration Department officer said, only one of them possessed a valid passport to enter the country, namely the younger sister. "After returning to their country, the same passport would then be used by the elder sister to come to Malaysia. They would take turns to use the passport to enter and leave Malaysia until their act was successfully tracked down by an Immigration officer last night," he said.
Vocabulary from the above sentence(s):
beradik perempuan = sisters; warga Indonesia = Indonesian national; mungkin = probably; menyangka (from sangka) = to think; perbuatan (from buat) = act, action; berkongsi = to share; memasuki (from masuk) = to enter; dikesan = tracked down, traced; pegawai Imigresen = Immigration officer; wajah = face; serupa = similar; berusia empat puluhan = in their forties; menggunakan (from guna) = to use; keluar masuk = to go in and out; menjalankan (from jalan ) = to carry out; perniagaan = trade, business; barang kemas = jewellery; tiruan = fake, imitation; Pejabat Imigresen = Immigration Department; salah seorang daripada mereka = one of them; memiliki (from milik) = to possess; sah = valid; si adik = the younger sister; kembali = to return; si kakak = the elder sister; bergilir-gilir = to take turns; sehingga = until; berjaya = successful
(08-12-10) Sempena Maal Hijrah, rakyat pelbagai kaum diingatkan supaya tidak meruntuhkan perpaduan yang sudah lama dibina, semata-mata terpengaruh dengan tuntutan segelintir pihak ekstrem lagi rakus meraih keuntungan bagi kelompok sendiri. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, bertitah sikap saling mencurigai dan pertelagahan hanya mendedahkan negara kepada kehancuran. "Semua kaum harus saling memahami, menghormati dan bertolak ansur demi keharmonian sesama kita, malah Islam sentiasa menuntut umatnya berbuat baik serta berlaku adil terhadap sesiapa saja tanpa mengira agama, kaum atau kedudukan dalam masyarakat" titah Baginda. In conjunction with the first day of the Islamic New Year, citizens of various races have been reminded not to break up the unity that has already been built over time, merely because they were influenced by the claims of a small group from an extreme party greedy to gain advantages for its own group. The King, Tuanku Mizan Zainal Abidin, said that an attitude of mutual distrust and disputes only expose the country to destruction. "All races should mutually understand, respect and compromise for the sake of our own harmony, in fact Islam always demands its followers to do good and to act with justice towards everyone irrespective of his religion, race or status in society," His Majesty said.
Vocabulary from the above sentence(s):
sempena = in celebration of, in conjunction with; Maal Hijrah (also Awal Muharram) = the first day of the Islamic New Year; kaum = race; diingatkan (from ingat) = reminded; meruntuhkan (from runtuh) = to break up, cause to collapse; perpaduan (from padu) = unity; dibina = built, constructed; semata-mata = merely, solely; terpengaruh = influenced; tuntutan = claims; segelintir = a small group; rakus = greedy; meraih (from raih) = to gain, achieve; keuntungan (from untung) = profit, advantages; kelompok = group; Yang di-Pertuan Agong = the King (of Malaysia); bertitah = to say, speak (used for royalty only); sikap = attitude; saling mencurigai (from curiga) = mutual distrust; pertelagahan = disputes, feuds; mendedahkan (from dedah) = to expose; kehancuran (from hancur) = destruction; harus = should; memahami (from faham) = to understand; menghormati (from hormat) = to respect; bertolak ansur = to compromise, give and take; demi = for the sake of; malah = in fact; menuntut (from tuntut) = to demand; umat = followers (of a religion); berbuat baik = to do good; serta = and also; berlaku adil = to act with justice; terhadap = towards; tanpa mengira = irrespective of, without taking into account; agama = religion; kedudukan = status; masyarakat = society; Baginda = His Majesty
(07-12-10) WikiLeaks kini menggunakan khidmat sebuah syarikat pelayan hos dari Switzerland setelah menghadapi serangan siber bertalu-talu serta penarikan pelayan hos yang berpangkalan Amerika Syarikat. Berikutan dengan perkembangan ini ia menukar alamat kepada Wikileaks.ch daripada Wikileaks.org. Menurut kenyataan terbaru WikiLeaks, semua pihak akan mendapat akses kepada pendedahan dan dalam proses tersebut semua salinan maklumat yang pernah disiarkan akan disiarkan sekali lagi. WikiLeaks is now using the services of a web hosting company in Switzerland after facing repeated cyber attacks as well as the withdrawal of its web hosting service based in the United States. Following this development it has changed its address to Wikileaks.ch from Wikileaks.org. According to the latest statement from WikiLeaks, all parties will have access to the disclosures and during this process copies of all information that have already been published will be re-published.
Vocabulary from the above sentence(s):
khidmat = services; syarikat pelayan hos = web hosting company; menghadapi (from hadap) = to face; serangan = attack; bertalu-talu= repeatedly, continuously; penarikan (from tarik) = withdrawal; berpangkalan = based; berikutan = following; perkembangan (from kembang) = development; menukar (from tukar) = to change; alamat = address; kenyataan = statement; terbaru = latest; pihak = side, party; pendedahan = disclosure, exposure; salinan = copy; maklumat = information; disiarkan = published
(06-12-10) Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan lebih 4,000 peserta perhimpunan haram yang berkumpul di Masjid Negara semalam bagi membantah pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Tindakan itu dilakukan selepas sebahagian besar penunjuk perasaan yang memakai baju merah dikatakan tidak mematuhi arahan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) supaya bersurai. Keadaan menjadi semakin kecoh apabila ada segelintir penunjuk perasaan bertindak membaling batu ke arah anggota FRU. Police were forced to use tear gas and water cannons to disperse more than 4,000 participants of an illegal assembly who had gathered at the National Mosque yesterday to protest against the management of the Selangor Water Supply Company (SYABAS). The action was taken after a big part of the demonstrators who were wearing red shirts were said to have disobeyed the instructions of Federal Reserve Unit (FRU) members to disperse. The condition worsened when a small group of the demonstrators acted by throwing stones in the direction of the FRU members.
Vocabulary from the above sentence(s):
terpaksa = forced to; menggunakan (from guna) = to use; gas pemedih mata = tear gas; meriam air = water cannon; menyuraikan (from surai) = to disperse; peserta = participant; perhimpunan haram = illegal assembly; berkumpul = to gather; Masjid Negara = National Mosque; membantah (from bantah) = to protest; pengurusan (from urus) = management; syarikat = company; tindakan = action; dilakukan = carried out, performed; sebahagian = a part; penunjuk perasaan = demonstrator; memakai (from pakai) = to wear; baju merah = red shirt; mematuhi (from patuh) = to obey; arahan = instruction; anggota = member; Unit Simpanan Persekutuan = Federal Reserve Unit; kecoh = confusion, uproar; segelintir = a small group; membaling (from baling) = to throw; ke arah = in the direction of
(05-12-10) Sebanyak 250 pasangan suami isteri menyertai satu majlis meraikan perkahwinan secara beramai-ramai di Kuala Lumpur hari ini. Mereka terdiri daripada 228 pasangan Melayu, 18 pasangan campuran di antara Melayu dan saudara baru serta empat pasangan saudara baru. Dengan adanya majlis seperti ini, banyak perbelanjaan dapat dijimatkan. A total of 250 married couples participated in a mass wedding celebration ceremony in Kuala Lumpur today. They were composed of 228 Malay couples, 18 mixed couples between Malays and newly converts and 4 couples between newly converts. With the holding of this type of ceremonies, much expenses could be economized.
Vocabulary from the above sentence(s):
sebanyak = a total of; pasangan = couple; menyertai (from serta) = to participate, take part; majlis = ceremony; meraikan (from rai) = to celebrate; perkahwinan = marriage; secara beramai-ramai = mass; terdiri daripada = composed of, made up of; campuran = mixed; saudara baru = one newly-converted to Islam (literally "new relative"); perbelanjaan = expenses; dijimatkan = economized, saved
(04-12-10) Esok Yang Lebih Cerah Untuk Pesakit Kanser Payudara. Kanser payudara ialah kanser pembunuh utama wanita Malaysia berumur 40 tahun ke atas. Rencana ini membincangkan beberapa isu mengenai kanser ini, kenapa rawatan awal itu penting dan kebimbangan tidak berasas mengenai rawatan penyakit ini. A Brighter Tomorrow For Breast Cancer Patients. Breast cancer is the principal cancer killer among Malaysian women aged 40 and above. This article discusses several issues relating to this cancer, why early treatment is important and unfounded worries about its treatment.
Vocabulary from the above sentence(s):
cerah = bright; lebih cerah = brighter; pesakit = patient; kanser = cancer; payudara = breast; utama = principal, main; rencana = article; membincangkan (from bincang) = to discuss; rawatan = treatment; awal = early; penting = important; kebimbangan (from bimbang) = worry; tidak berasas = unfounded
(03-12-10) Seorang pengawal keselamatan hari ini mengaku bersalah di mahkamah sesyen di Kangar, atas tuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 12 tahun sebulan pada 22 November lalu. Lelaki berusia 38 tahun itu tidak diwakili peguam dan mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan. Tertuduh juga telah mengugut mangsa agar tidak memberitahu sesiapa. A security guard today admitted guilty at a sessions court in Kangar to a charge of raping his own daughter aged 12 years 1 month last 22nd November. The man aged 38 was not represented by a lawyer and admitted guilty as soon as the charge was read out. The accused had also threatened the victim not to inform anyone.
Vocabulary from the above sentence(s):
pengawal (from kawal) = guard; pengawal keselamatan = security guard; mengaku (from aku) = to admit; bersalah = guilty; mahkamah sesyen = sessions court; tuduhan = accusation, charge; merogol (from rogol) = to rape; anak kandung = own child; berusia = aged; diwakili (from wakil) = represented; peguam = lawyer; sebaik sahaja = as soon as; pertuduhan = accusation; dibacakan = read out; tertuduh = accused; mengugut (from ugut) = to threaten, intimidate; mangsa = victim; agar = so that; memberitahu (from beritahu) = to inform; sesiapa = anyone
(02-12-10) Kesedaran mengenai bahaya mikotoksin masih rendah apabila ramai di kalangan rakyat negara ini tidak menyedari makanan yang dimakan mungkin dicemari bahan itu. "Contohnya roti atau makanan lain yang kita simpan lama dan ditumbuhi kulat, kulat berkenaan akan menghasilkan mikotoksin dan jika kita memakan makanan itu, ia boleh mengakibatkan kesan jangka panjang terhadap kesihatan," kata Prof Baharuddin Salleh. An awareness of the dangers of mycotoxin is still low as many among the public in this country still do not realize that what they eat could probably be contaminated by the substance. "For example, bread or other foodstuff that is kept for a long time is covered with fungus, the fungus will produce mycotoxin and if we eat the foodstuff, it will result in long-term consequences on our health," said Prof Baharuddin Salleh.
Vocabulary from the above sentence(s):
kesedaran = awareness; mengenai (from kena) = about, concerning; bahaya = danger; mikotoksin = mycotoxin; kalangan rakyat = the public; menyedari (from sedar) = realize, be aware of; mungkin = probably; dicemari (from cemar) = contaminated, tainted; bahan = substance, material; contoh = example; roti = bread; simpan = to keep; ditumbuhi (from tumbuh) = grown on; kulat = fungus; menghasilkan (from hasil) = to produce; mengakibatkan (from akibat) = result in, cause; kesan = consequence, effect; jangka panjang = long-term; kesihatan = health
(01-12-10) Kerajaan diminta mengkaji semula arahan mewajibkan semua pekerja asing di negara ini memiliki insurans kesihatan bermula tahun depan kerana ia hanya menguntungkan syarikat insurans. Difahamkan bahawa sebahagian besar daripada dua juta pendatang tanpa izin di negara ini gagal menjelaskan kos semasa mendapatkan rawatan di hospital. The government is asked to re-examine its directive making it compulsory for all foreign workers in the country to have a health insurance beginning next year as this would only benefit the insurance companies. It is understood that a big proportion of the two million illegal immigrants in the country fail to settle the cost of the hospital treatment that they received.
Vocabulary from the above sentence(s):
diminta = asked; mengkaji semula = to re-examine; arahan = directive; mewajibkan = to make it compulsory; pekerja asing = foreign worker; memiliki (from milik) = to have, possess; insurans kesihatan = health insurance; bermula = starting from; menguntungkan (from untung) = to benefit; syarikat insurans = insurance company; difahamkan = it is understood; sebahagian besar = a big part; pendatang = immigrant; tanpa izin = without permission; gagal = fail; menjelaskan = to settle (a bill); rawatan = treatment
(30-11-10) Seorang suri rumah hari ini berjaya memperoleh perintah pembekuan sementara (mareva order) dari Mahkamah Tinggi di sini ke atas harta suaminya yang dianggarkan berjumlah lebih RM98.5 juta. Wanita itu mendakwa separuh daripada aset yang diletakkan di bawah nama Sannusi merupakan miliknya yang dipegang oleh suaminya selaku pemegang amanah. A housewife today succeeded in obtaining an interim freezing injunction (mareva order) from the High Court here on the property of her husband estimated at a total of more than 98.5 million ringgit. The woman claimed that half of the assets placed under the name of Sannusi were owned by her and kept by her husband in his capacity as trustee.
Vocabulary from the above sentence(s):
suri rumah = housewife; berjaya = to succeed; memperoleh = to obtain; perintah = order, injunction; pembekuan = freezing; sementara = temporary, interim; Mahkamah Tinggi = High Court; harta = property; dianggarkan = estimated at; berjumlah = to total; juta = million; mendakwa = to claim; separuh = half; diletakkan = put, placed; milik = property, possessions; dipegang = to hold; suami = husband; selaku = in capacity as; pemegang amanah = trustee
(29-11-10) Sebuah komputer riba di pejabat Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, dilaporkan hilang semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berkata, kehilangan komputer terbabit dipercayai mempunyai kaitan dengan orang dalam atau kakitangan yang bertugas di situ. Beliau bagaimana enggan mengulas lanjut mengenai kes tersebut kerana ia masih dalam siasatan. A laptop from the Jalan Duta Court Complex office here was reported missing yesterday. The head of the Criminal Investigation Department in Kuala Lumpur said that the stated computer's disappearance was believed to be the work of insiders or staff working there. However he was reluctant to comment further on the case as it is still under investigation.
Vocabulary from the above sentence(s):
komputer riba = laptop; pejabat = office; mahkamah = court; dilaporkan = reported; hilang = missing; Jabatan Siasatan Jenayah = Criminal Investigation Department; kehilangan = disappearance; terbabit = involved; dipercayai (from percaya) = believed; kaitan dengan = related to; orang dalam = insider; kakitangan = staff; bertugas = to work, be on duty; enggan = reluctant, unwilling; mengulas (from ulas) = to comment; lanjut = further; mengenai (from kena) = about; tersebut = mentioned; siasatan = investigation
(28-11-10) Bekas calon bagi jawatan Presiden Mexico, Diego Fernandez de Cevallos yang dilaporkan diculik, dibebaskan awal semalam tetapi pihak berkuasa masih belum mengesahkan pembebasan itu. Akhbar harian El Universal dalam laporan muka depannya berkata Fernandez de Cevallos dilaporkan dalam keadaan sihat. "Kami tidak mengetahui apa-apa mengenainya. Kami tidak boleh mengesahkan pembebasannya atau menafikan laporan itu," kata seorang pegawai kerajaan di sini. Sementara itu, satu lagi laporan media yang juga memetik sumber keluarga berkata, ahli politik itu masih ditahan sebagai tebusan. An ex-candidate for the post of President of Mexico, Diego Fernandez de Cevallos, who was reported to have been kidnapped, was freed early yesterday but the authorities have still not confirmed the release. The daily El Universal in its front-page report said that Fernandez de Cevallos was reported to be in good health. "We do not know anything about him. We cannot confirm his release nor deny the report," said a government official here. Meanwhile, another media report, also quoting family sources, said that the politician is still being detained as a hostage.
Vocabulary from the above sentence(s):   bekas = former, ex-; calon = candidate; jawatan = post; dilaporkan = reported; diculik = kidnapped; dibebaskan = freed; awal = early; semalam = yesterday; pihak berkuasa = the authorities; mengesahkan (from sah) = to confirm; pembebasan = release, liberation; Akhbar harian = daily (newspaper); muka depan = front page; keadaan = condition; sihat = healthy; mengetahui (from tahu) = to know; mengenai (from kena) = about, concerning; menafikan (from nafi) = to deny; pegawai = officer, official; sementara itu = meanwhile; memetik (from petik) = to quote; sumber = source; keluarga = family; ahli politik = politician; ditahan = detained; tebusan = hostage
(27-11-10) Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa menghubungi Kedutaan Malaysia di Korea untuk mengetahui perkembangan serangan Korea Utara ke atas Pulau Yeonpyeong di Korea Selatan, baru-baru ini. Setakat ini pihaknya tidak menerima laporan yang memerlukan tindakan diambil untuk memindahkan pelajar-pelajar Malaysia ke tempat lain. The Ministry of Higher Education is constantly in contact with the Malaysian Embassy in Korea to know about developments in North Korea's attack on Yeonpyeong Island in South Korea recently. Until now the authority has not received any report which requires action being taken to remove Malaysian students to another area.
Vocabulary (from the above sentence):   Kementerian Pengajian Tinggi = Ministry of Higher Education; sentiasa = constantly, always; menghubungi (from hubung) = to contact; kedutaan = embassy; mengetahui (from tahu) = to know; perkembangan = development; serangan = attack; utara = north; selatan = south; baru-baru ini = recently; setakat ini = until now; menerima (from terima) = to receive; laporan = report; memerlukan (from perlu) = to need, require; tindakan = action; diambil = to be taken; memindahkan (from pindah) = to remove; pelajar = student
(26-11-10) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan bersedia mengkaji cadangan supaya jambatan baru dibina bagi menggantikan Tambak Johor. "Kita kena kaji dulu sebab ada banyak implikasi dari segi perundangan, kos dan juga tanggungjawab dari segi kerajaan pusat dan kerajaan Singapura," jelasnya. The Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak, said the government is prepared to study the proposal that a new bridge be built to replace the Johore Causeway. "We have to study it first because there are many implications from the legal aspect, the costs and also the onus to be borne by the central government as well as the Singapore government," he clarified.
Vocabulary (from the above sentence):   Perdana Menteri = Prime Minister; bersedia = prepared, ready; mengkaji (from kaji) = to study, examine; cadangan = proposal, suggestion; jambatan = bridge; dibina = built; menggantikan (from ganti) = to replace; tambak = causeway; kena = have to; dulu (dahulu) = first, beforehand; segi perundangan = legal aspect; tanggungjawab = responsibility, onus; kerajaan pusat = central government
(25-11-10) Melaka bercadang untuk menganjurkan Festival Antarabangsa Baba dan Nyonya yang pertama pada tahun depan dalam usaha menarik pelancong asing ke negeri ini. Festival itu yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan akan mengundang penyertaan dari Pulau Pinang dan lain-lain negara seperti Singapura yang mempunyai masyarakat baba dan nyonya. Malacca plans to organize its first International Baba and Nyonya Festival next year in its efforts to draw foreign tourists to the state. The festival, which is to be organized in conjunction with the Ministry of Tourism, will invite participation from Penang and other countries like Singapore which have a baba and nyonya community.
Vocabulary (from the above sentence):   bercadang = to plan; menganjurkan (from anjur) = to organize; antarabangsa = international; yang pertama = first; usaha = effort; menarik (from tarik) = to attract, draw; pelancong = tourist; asing = foreign; kerjasama = cooperation; Kementerian Pelancongan = Ministry of Tourism; mengundang (from undang) = to invite; penyertaan (from serta) = participation; mempunyai (from punya) = to possess; masyarakat = society, community
(24-11-10) Kebanyakan rakyat Britain mahu Putera William dan tunangnya, Kate Middleton menjadi raja dan permaisuri yang akan datang, dan bukan pewaris takhta sekarang, Putera Charles dan isterinya, Camilla. Tiga tinjauan pendapat umum yang disiarkan hari ini menunjukkan gelombang sokongan padu terhadap William selepas anak lelaki sulung Charles dengan mendiang bekas isterinya, Putera Diana itu mengumumkan beliau dan Kate akan berkahwin pada tahun depan. The majority of British citizens want Prince William and his fiancee Kate Middleton to become the future King and Queen and not the present inheritor to the throne, Prince Charles and his wife Camilla. Three surveys of public opinion published today showed a wave of solid support towards William after the eldest son of Charles with his late ex-wife Princess Diana announced that he and Kate are going to get married next year.
Vocabulary (from the above sentence):   kebanyakan = majority; rakyat = citizen; tunang = fiance(e), betrothed; permaisuri = queen; pewaris = inheritor, takhta = throne; tinjauan = survey, poll; pendapat umum = public opinion; disiarkan = published; menunjukkan (from tunjuk) = to show; gelombang = wave; sokongan = support; padu = solid, firm; terhadap = towards; sulung = eldest; mendiang = the late; bekas = ex-, former; mengumumkan = to announce
(23-11-10) Seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah di Sungai Petani, hilang dipercayai dilarikan teman lelakinya. Ibu mangsa berkata, dia percaya kehilangan anaknya ada kena mengena dengan pinangan yang ditolak pada Disember tahun lepas. "Saya mengesyaki lelaki itu adalah teman lelaki anak saya," katanya. Polis sedang menyiasat kes itu. A Form Four student of a school in Sungai Petani is missing and believed to be abducted by her boyfriend. The mother of the victim said she believed her daughter's disappearance is related to her rejecting the marriage request made last December. "I suspect the man to be my daughter's boyfriend," she said. The police are investigating the case.
Vocabulary (from the above sentence):   pelajar = student; Tingkatan Empat = Form Four; hilang = missing, disappear; dipercayai = believed; dilarikan = abducted; teman lelaki = boyfriend; mangsa = victim; percaya = to believe; kehilangan = disappearance; kena mengena = related to, connected with; pinangan = marriage request; ditolak = rejected; mengesyaki (from syak) = to suspect; menyiasat (from siasat) = to investigate
(22-11-10) Pengangguran di Kelantan meningkat. Jumlah penganggur di Kelantan meningkat kepada 25,733 orang bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding 24,336 orang untuk tempoh sama tahun lalu. Di antara penyumbang utama kepada pertambahan itu ialah kurangnya pekerjaan di negeri itu. Faktor lain ialah sikap rakyat Kelantan yang memilih pekerjaan atau enggan berhijrah ke tempat lain kerana mahu bekerja di negeri itu. Unemployment in Kelantan on the rise. The number of unemployed in Kelantan has risen to 25,733 persons for the period January to September this year compared with 24,336 persons for the same period last year. Among the principal contributing factors to this increase is the lack of jobs in the state. Another factor is the attitude of the Kelantanese who are choosy about jobs or unwilling to migrate to other places because they want to work in the state.
Vocabulary (from the above sentence):   pengangguran = unemployment; meningkat (from tingkat) = to rise, increase; tempoh = period; berbanding (dengan) = compared with; tempoh sama = the same period; tahun lalu = last year; penyumbang = contributor; utama = principal, main; kurangnya = lack of; sikap = attitude; memilih (from pilih) = to choose, here choosy; pekerjaan = job, employment; enggan = unwilling; berhijrah = migrate, move; tempat lain = other places
(21-11-10) Kementerian Dalam Negeri akan memperkenalkan garis panduan bagi menerangkan definisi kesalahan hasutan secara terperinci minggu depan. Tanpa mendedahkan tarikh bila garis panduan itu akan dikuatkuasakan Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dari sudut perundangan, kesalahan hasutan yang membabitkan dunia siber masih belum diperincikan kecuali membabitkan cetakan, ucapan dan bentuk elektronik. The Home Ministry will be introducing guidelines to spell out in detail the definition of an act of sedition next week. Without revealing the date of its implementation, its Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said that from the legal angle, the act of sedition involving the cyberworld has still not been spelt out in detail except when it involves printing, speech and electronic form.
Vocabulary (from the above sentence):   Kementerian Dalam Negeri = Home Ministry; memperkenalkan (from kenal) = to introduce; garis panduan = guidelines; menerangkan (from terang) = to explain; kesalahan = wrong-doing; hasutan = incitement, sedition; secara terperinci = in detail; tanpa = without; mendedahkan (from dedah) = to reveal, expose; dikuatkuasakan = to be implemented; sudut = angle, aspect; perundangan = law; membabitkan (from babit) = to involve; diperincikan (from rinci) = spelt out in detail; kecuali = except; cetakan = printing; ucapan = speech; bentuk = form
(20-11-10) Seramai 209 rakyat Malaysia ditahan di luar negara berhubung penipuan dan pemalsuan kad kredit menjadikan jenayah kedua mencatatkan bilangan tertinggi selepas dadah sejak enam tahun lalu. A total of 209 Malaysian citizens were detained overseas for cheating and falsification of credit cards making this the second highest recorded crime after drugs in the last six years.
Vocabulary (from the above sentence):   rakyat = citizen; ditahan = detained; di luar negara = overseas; berhubung dengan = in connection with; penipuan (from tipu) = cheating; pemalsuan (from palsu) = falsification; kad kredit = credit card; jenayah = crime; mencatatkan (from catat) = to record; tertinggi = highest; dadah = drugs
(19-11-10) AirAsia secara rasminya mengumumkan penerbangan terus empat kali seminggu di antara Paris dan Kuala Lumpur mulai 14 Februari, 2011. Penumpang awal berhak menikmati tambang istimewa RM499 sehala apabila mereka membuat tempahan melalui Internet dari 22 Nov hingga 24 Nov. Tempoh perjalanan bagi tawaran istimewa itu ialah dari 14 Feb hingga 10 Nov, 2011. AirAsia officially announced its four-times-a-week direct flights between Paris and Kuala Lumpur starting 14 February 2011. Early passengers are entitled to a promotional fare of RM499 one-way through Internet bookings from 22 Nov to 24 Nov. The period of travel under this special offer is between 14 Feb and 10 Nov, 2011.
Vocabulary (from the above sentence):   secara rasminya = officially; mengumumkan = to announce; penerbangan terus = direct flight; empat kali seminggu = four times a week; mulai (from mula) = starting from; penumpang awal = early passenger; berhak = entitled to; menikmati (from nikmat) = to enjoy; tambang = fare; istimewa = special; sehala = one-way; tempahan = booking; melalui (from lalu) = through; tempoh perjalanan = period of travel; tawaran istimewa = special offer
(18-11-10) Seorang kanak-kanak yang ibu, bapa dan dua adiknya terbunuh dalam kemalangan kereta di mana dia sendiri mengalami lecuran di beberapa bahagian badan, masih dirawat di hospital. Ibu saudaranya berkata "Dia sehingga kini masih tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada ibu, bapa dan dua adiknya dan terus menyebut mama, mama." A child whose mother, father and two younger siblings were killed in a car accident in which he himself suffered burns in various parts of the body, is still being treated in hospital. His aunt said "Until now he still does not know what really happened to his mother, father and two younger brothers and kept on saying mummy, mummy."
Vocabulary (from the above sentence):   kanak-kanak = child; adik = younger sibling (can be either younger brother or sister); terbunuh = killed; kemalangan = accident; mengalami (from alam) = to experience, suffer; lecuran = burns; bahagian = part; badan = body; dirawat = to be treated; ibu saudara = aunt; sehingga kini = up to now; sebenarnya = actually; terus = continue; menyebut (from sebut) = to mention
(17-11-10) Seorang peguam maut selepas ditikam empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau di Ipoh, kira-kira jam 5 petang semalam. Timbalan Ketua Polis Perak berkata keempat-empat lelaki berkenaan kemudian melarikan diri dengan menaiki dua motosikal. Orang ramai yang menyaksi kejadian itu diminta menghubungi polis untuk membantu siasatan. A lawyer was dead after he was stabbed by four masked men armed with knives in Ipoh at about 5 p.m. yesterday. The deputy police chief of Perak said the four men then escaped in two motorcycles. Eye-witnesses of the incident are requested to contact the police to help investigations.
Vocabulary (from the above sentence):   peguam = lawyer; maut = death, dead; ditikam = be stabbed; bertopeng = masked; bersenjatakan pisau = armed with a knife; kira-kira = about; timbalan = deputy; keempat-empat lelaki = all the four men; berkenaan = concerned; kemudian = then; melarikan diri = to escape; menaiki = to mount, ride (a vehicle); orang ramai = the public; menyaksi (from saksi) = to witness; kejadian = incident; diminta = be asked, requested; menghubungi (from hubung) = to contact; membantu (from bantu) = to help, assist; siasatan = investigation
(16-11-10) Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan 70 lagi cedera apabila sebuah bangunan lima tingkat di New Delhi runtuh malam Isnin. Pegawai-pegawai berkata seramai 40 orang lagi mungkin terperangkap dalam bangunan kediaman yang usang itu. Mereka berkata asas bangunan itu menjadi lemah akibat hujan musim tengkujuh pada Ogos lepas. At least 50 people were killed and 70 others injured when a 5-storeyed building in New Delhi collapsed on Monday night. Officials said that as many as 40 people could be trapped inside the dilapidated residential building. They said that the building's foundation weakened as a result of monsoon rains last August.
Vocabulary (from the above sentence):   sekurang-kurangnya = at least; terbunuh = killed; cedera = injured; bangunan = building; tingkat = storey, floor; runtuh = to collapse; Isnin = Monday; seramai = as many as; mungkin = likely, probably; terperangkap = trapped; bangunan kediaman = residential building; usang = dilapidated; asas = foundation; lemah = weak; menjadi lemah = to weaken; akibat = as a result of; musim tengkujuh = monsoon
(15-11-10) Selepas tujuh setengah tahun diletakkan di bawah tahanan kediaman, Aung San Suu Kyi kelihatan segar apabila muncul berjalan ke pintu pagar rumahnya di Yangon, Sabtu lalu untuk menemui ribuan penyokong yang menanti pemimpin mereka yang tidak kelihatan di khalayak sejak sekian lama itu. Sebarang kebimbangan mengenai kesihatan ikon demokrasi Myanmar itu, terus lenyap. After 7 1/2 years of being placed under house arrest, Aung San Suu Kyi looked fresh when she emerged and walked to her house fence in Yangon last Saturday to meet thousands of her supporters who were waiting for their leader who has not been seen in public during that long period. Any worries about the health of the Myanmar icon of democracy were dissipated.
Vocabulary (from the above sentence):   diletakkan = put under; tahanan kediaman = house arrest; kelihatan = looked, appeared; segar = fresh, energetic; muncul = to emerge, appear; pagar = fence; menemui (from temu) = to meet; ribuan = thousands; penyokong (from sokong) = supporter; menanti = to wait; pemimpin (from pimpin) = leader; khalayak = public; sebarang = any; kebimbangan = worry, anxiety; kesihatan = health; lenyap = disappear, dissipate
(14-11-10) Skuad badminton negara diketuai jaguh perseorangan, Lee Chong Wei menerima tamparan hebat apabila tewas mengejut kepada Thailand 3-2 dalam pusingan suku akhir acara berpasukan di Gymnasium Tianhe, petang semalam. Petanda bakal kalah sudah terbayang selepas pemain nombor satu dunia itu tunduk mengejut kepada Boonsak Ponsana 21-9, 10-21, 19-21. The national badminton squad led by single's champion Lee Chong Wei received a heavy blow when it was defeated unexpectedly by Thailand 3-2 in the quarter-final round of the team event in Tianhe Gymnasium yesterday afternoon. A sign of the impending defeat foreshadowed when the world's number one player went down unexpectedly to Boonsak Ponsana by 21-9, 10-21, 19-21.
Vocabulary (from the above sentence):   diketuai = led by; jaguh = champion; perseorangan = single, individual; tamparan = a blow; hebat = tremendous, great; tewas = defeat; mengejut = unexpectedly, sudden; pusingan = round; suku akhir = quarter final; acara = event; berpasukan = team; petanda = a sign; bakal kalah = coming or impending defeat; terbayang = foreshadowed, pictured; tunduk = to bow down
(13-11-10) Seorang wanita berusia 40-an yang hidup mewah hasil membekalkan bayi kepada sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh di sini ditahan polis Selasa lalu. Difahamkan wanita itu mendiami sebuah banglo dan memiliki beberapa kereta mewah. A woman in her forties leading a comfortable life from supplying babies to a private hospital in Jalan Ipoh here was detained by police last Tuesday. It is understood that the woman resides in a bungalow and possesses a number of luxury cars.
Vocabulary (from the above sentence):   berusia empat puluhan = in her forties; hidup = to live; mewah = luxurious; hasil = result, outcome; membekalkan (from bekal) = to supply; bayi = baby; swasta = private; ditahan = to be detained; Selasa = Tuesday; difahamkan = it is understood; mendiami (from diam) = to inhabit, reside in; banglo = bungalow; memiliki (from milik) = to possess, own; beberapa = several; kereta mewah = luxury car
(12-11-10) Sekurang-kurangnya 15 terbunuh manakala lebih 100 lagi cedera apabila sebuah kereta yang padat dengan bahan letupan meletup di hadapan bangunan pejabat polis di Karachi malam semalam, kata seorang jurucakap kerajaan. Pihak berkuasa kini sedang menyiasat punca dan motif serangan itu, katanya lagi. At least 15 people were killed while more than a hundred were injured when a car laden with explosives exploded in front of a police building in Karachi last night, a government spokesman said. The authorities are investigating the source and motive of the attack, he added.
Vocabulary (from the above sentence):   sekurang-kurangnya = at least; terbunuh = killed; manakala = while; cedera = injured; padat dengan = crammed with, packed with; bahan = material; bahan letupan = explosive; meletup (from letup) = to explode; di hadapan = in front of; bangunan = building; pejabat polis = police station; malam semalam = last night; jurucakap = spokesman; kerajaan = government; pihak berkuasa = the authorities; kini = now; menyiasat (from siasat) = to investigate; punca = the source; serangan = attack
(11-11-10) Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga kali sebatan terhadap seorang lelaki yang mendakwa dirinya "bomoh", selepas lelaki itu mengaku bersalah atas tuduhan menipu seorang ahli perniagaan membabitkan wang berjumlah RM44,500, tiga tahun lepas. The sessions court here on Thursday sentenced a man who proclaimed himself to be a "bomoh" to 5 years imprisonment and 3 strokes of the rattan after he admitted guilty to cheating a businessman of a sum of RM44,500 three years ago.
Vocabulary (from the above sentence):   mahkamah sesyen = sessions court; Khamis = Thursday; menjatuhi hukuman = to sentence (literally: drop a sentence); hukuman = a sentence, a judgement; penjara = prison; sebatan = whipping; terhadap = towards; mendakwa = to claim; mendakwa dirinya = to self-proclaim; bomoh = a Malay medicine-man; selepas = after; mengaku (from aku) = to admit; bersalah = guilty; tuduhan = accusation; menipu (from tipu) = to cheat; ahli perniagaan = businessman; membabitkan (from babit) = involving; berjumlah = totalling
(10-11-10) Pihak berkuasa Nigeria berkata, seorang lelaki tidak dikenali telah melompat masuk ke dalam kereta peribadi bekas Presiden Nigeria dan menyerangnya. Kejadian itu berlaku di lapangan terbang antarabangsa Murtala Muhammed di Lagos. Nigerian authorities said that an unknown man jumped into the private car of a former Nigerian President and assailed him. The incident happened at the Murtala Muhammed international airport in Lagos.
Vocabulary (from the above sentence):   pihak berkuasa = authorities; tidak dikenali = unknown, unrecognized; melompat (from lompat) = to jump; masuk = to enter; peribadi = personal, private; bekas = former, ex-; menyerang (from serang) = to assail, attack; kejadian = incident; berlaku = to occur; lapangan terbang = airport; antarabangsa = international
(09-11-10) Berikutan harga getah SMR20 yang mencatat paras tertinggi dalam sejarah negara semalam, membolehkan kira-kira 350,000 keluarga pekebun kecil getah mendapat keuntungan kasar sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan. Following the price of the SMR20 grade of rubber which recorded its highest level in the history of the country yesterday, about 350,000 families of rubber smallholders will be able to obtain a gross profit of at least RM4,000 a month.
Vocabulary (from the above sentence):   berikutan = following; harga = price; getah = rubber; mencatat = to record, note; paras = level; tertinggi = highest; sejarah = history; membolehkan = to enable; kira-kira = about; pekebun kecil = smallholder; mendapat = to obtain; keuntungan = profit; keuntungan kasar = gross profit; sekurang-kurangnya = at least (Note: SMR = Standard Malaysian Rubber. SMR20 is one of the nine grades currently used to define the quality of rubber.)
(08-11-10) Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan pada 11 November ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran hari ini. Menurut kenyataan itu, calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi hari berkenaan. The results of the Primary School Evaluation Test (UPSR) will be announced on this coming 11th November, according to a statement from the Examinations Board of the Ministry of Education today. According to the statement, candidates can obtain their results from their respective schools from 10 a.m. on that day.
Vocabulary (from the above sentence):   keputusan = result; ujian = test; pencapaian = achievement; sekolah rendah = primary school; diumumkan = to be announced; menurut (from turut) = according to; kenyataan = a statement; lembaga = board; peperiksaan = examination; Kementerian Pelajaran = Education Ministry; calon = candidate; mendapatkan (from dapat) = to obtain; masing-masing = respective; berkenaan = related
(07-11-10) Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas di Gua Musang, Kelantan bermula hari ini sebaik sahaja pusat pengundian dibuka pada 8 pagi. Keputusan dijangka diumumkan pada 8 malam. Cuaca cerah pada waktu pagi dijangka kekal sehingga petang namun pengundi dinasihatkan datang awal untuk mengundi kerana kemungkinan hujan menjelang lewat petang. Polling for the Galas state by-election in Gua Musang, Kelantan began today as soon as the voting centres opened at 8 am. The results are expected to be announced at 8 pm. The sunny weather in the morning is expected to last till the afternoon, nevertheless voters are advised to come out to vote early as there is a possibility of rain falling towards the latter part of the afternoon.
Vocabulary (from the above sentence):   proses pengundian = polling (lit. the process of voting); pilihan raya = election; pilihan raya kecil = by-election; Dewan Undangan Negeri = State Assembly; bermula = to begin, start; sebaik sahaja = as soon as; pusat = centre; pusat pengundian = polling centre; keputusan = result; dijangka = is expected; diumumkan = to be announced; cuaca = weather; cerah = sunny, clear; kekal = to last, permanent; sehingga = till, until; petang = afternoon; namun = nevertheless; pengundi = voter; dinasihatkan = to be advised; awal = early; mengundi = to vote; kemungkinan = possibility; menjelang = towards; lewat = late
(06-11-10) Begitu juga di Kelantan, hujan selama dua hari berturut-turut khususnya di daerah Kota Bharu menyebabkan negeri itu dilanda banjir. Sementara itu, tiga penerbangan yang dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kepala Batas dibatalkan ekoran lapangan terbang itu terpaksa ditutup akibat air naik sehingga ke landasan. Similarly in Kelantan, continuous rain over the last two days especially in the district of Kota Bharu caused the state to be hit by floods. Meanwhile three flights scheduled to leave the Sultan Abdul Halim Airport in Kepala Batas were cancelled following the forced closure of the airport due to water invading the tarmac.
Vocabulary (from the above sentence):   begitu juga = similarly; hujan = rain; selama = for (a period of time); berturut-turut = continuously; khususnya = especially; daerah = district; menyebabkan (from sebab) = to cause; dilanda = to be hit; banjir = flood; sementara itu = meanwhile; penerbangan = a flight; dijadual = scheduled; berlepas = to leave; dibatalkan = cancelled; ekoran = result, consequence; lapangan terbang = airport; terpaksa = forced; akibat = result, consequence; sehingga = till, until; landasan = tarmac, runway
(05-11-10) Satu majlis perjumpaan bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Dong di sini akan diadakan pada Ahad ini di dewan sekolah tersebut. Menurut penganjur, majlis itu bertujuan mengumpul bekas-bekas pelajar berkenaan yang terpisah sejak 20 tahun lalu selepas tamat persekolahan. Kira-kira 20 guru dan bekas guru sekolah tersebut dijangka hadir bagi memeriahkan majlis. A get-together of former students of the Dong Secondary School here will be held this coming Sunday in the school hall. According to the organizer, the function is aimed at assembling its former students who have been separated for 20 years upon completion of their schooling. About 20 teachers and former teachers of the school are expected to be present to liven up the gathering.
Vocabulary (from the above sentence):   majlis perjumpaan = a get-together; bekas = former; bekas pelajar = former student; sekolah menengah = secondary school; diadakan = to be held; Ahad = Sunday; dewan = hall; menurut = according to; penganjur = organizer; bertujuan = aimed at; mengumpul (from kumpul) = to assemble; berkenaan = concerned; terpisah = separated; sejak = since; tamat = to finish; persekolahan = schooling; kira-kira = about; dijangka = expected; hadir = to be present; memeriahkan = to liven up, enliven; majlis = a gathering, function
(04-11-10) Doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar. Najib's personal doctor advised the Prime Minister to rest at home and to refrain from attending all official functions following his medical treatment after being found with chickenpox symptoms.
Vocabulary (from the above sentence):   doktor peribadi = personal doctor; menasihatkan (from nasihat) = to advise; Perdana Menteri = Prime Minister; berehat = to rest; kediaman = home, residence; mengelakkan (from elak) = to refrain from, avoid; menghadiri (from hadir) = to attend; majlis = function, reception; rasmi = official; berikutan = following; rawatan = treatment; perubatan = medical; selepas = after; simptom = symptom; cacar = chickenpox
(03-11-10) Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 38 Genting Sempah yang meragut tujuh nyawa Jumaat lepas, memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak, terutama keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu. Menyesali dan mengakui kesilapannya, pemandu bas berusia 36 tahun itu mendakwa kemalangan ngeri itu berpunca daripada brek bas yang rosak. The bus-driver involved in the accident at Km. 38 Genting Sempah which took (lit. snatched) seven lives last Friday, publicly asked for forgiveness from all quarters, especially the families of the victims involved in the accident. Repenting and admitting his error, the 36-year-old bus-driver claimed that the bloodcurdling accident originated from a damaged brake.
Vocabulary (from the above sentence):   pemandu bas = bus-driver; terlibat = involved; kemalangan = accident; meragut = to snatch; nyawa = life; Jumaat = Friday; memohon maaf = to ask for forgiveness; secara terbuka = publicly; semua pihak = all quarters; terutama = especially; keluarga = family; mangsa = victim; nahas = accident; menyesali (from sesal) = to repent, regret; mengakui (from aku) = to admit, acknowledge; kesilapan = error; berusia = aged; mendakwa = to claim; ngeri = bloodcurdling, horrifying; berpunca daripada = to originate from; rosak = damaged
(02-11-10) Sambil menegaskan yang permintaan domestik semakin meningkat, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan sentiasa memantau projek dan program berkenaan bagi memastikan matlamatnya merangsang ekonomi dicapai. While stressing that the domestic demands are on the rise, Najib, who is also the Minister of Finance, said that the government will always monitor related projects and programmes to ensure that the objective of stimulating the economy will be achieved.
Vocabulary (from the above sentence):   sambil = while; menegaskan (from tegas) to stress, emphasize; permintaan domestik = domestic demand; semakin = more and more; meningkat (from tingkat) = to increase, rise; Menteri Kewangan = Minister of Finance; sentiasa (synonym for selalu) = always; memantau (from pantau) = to monitor; berkenaan = related, concerned; memastikan (from pasti) = to ensure; matlamat = objective; merangsang = to stimulate; dicapai = to be achieved
(01-11-10) Perdana Menteri India Dr Manmohan Singh telah diperkenalkan kepada menteri-menteri kabinet serta pegawai-pegawai kanan kerajaan. Dia dan isterinya tiba di sini semalam untuk lawatan rasmi tiga hari sebagai membalas lawatan Najib ke India pada Januari lepas. India's Prime Minister Dr Manmohan Singh was introduced to Cabinet ministers as well as senior government officials. He and his wife arrived here yesterday for a three-day official visit to reciprocate a visit by Najib to India last January.
Vocabulary (from the above sentence):   Perdana Menteri = Prime Minister; diperkenalkan = was introduced; menteri Kabinet = Cabinet minister; serta = as well as; pegawai kanan = senior officer (kanan means right - think of a right hand man); kerajaan = government; isteri = wife; tiba = arrive; semalam = yesterday; lawatan = a visit; rasmi = official; lawatan rasmi = official visit; membalas = to reciprocate
(31-10-10) KENAPA masih ada orang yang lebih gemar mendapatkan rawatan bomoh bagi penyakit yang mereka alami daripada mendapatkan khidmat profesional di hospital? Mengikut seorang pakar perubatan di hospital awam di sini, ada yang lebih suka berjumpa bomoh kerana rawatan yang disediakan bomoh lebih murah daripada kos rawatan di hospital. "Mereka yang tidak mampu akan mencari rawatan di mana kosnya lebih murah," katanya. Why are there still people who prefer to get treatment from the Malay medicine man for the illness that they are suffering from rather than obtain professional services in hospital? According to a medical specialist at the public hospital here, there are people who prefer to see a Malay medicine man as the treatment offered by him is cheaper than the cost of treatment at a hospital. "Those who cannot afford it will seek treatment where the cost is lower," she said.
Vocabulary (from the above sentence):   kenapa = why; masih = still; gemar = to like; mendapatkan = to get, obtain; rawatan = treatment; bomoh = a Malay medicine man; penyakit = sickness, illness; alami = to experience; khidmat = service; pakar = expert; perubatan = medicine; hospital awam = public hospital; disediakan = prepared; lebih murah = cheaper; tidak mampu = cannot afford
(30-10-10) Menurut jurucakapnya, penyanyi Celine Dion melahirkan anak kembar lelakinya di Florida semalam. "Celine, Rene (suami) dan anak mereka Rene Charles begitu gembira," kata jurucakap Dion. Rene Charles yang merupakan anak sulung pasangan itu, kini berumur sembilan tahun. According to her spokesperson, the singer Celine Dion gave birth to twin sons in Florida yesterday. "Celine, her husband Rene and their son Rene Charles are so excited," said Dion's spokesperson. Rene Charles, who is the couple's eldest child, is now 9 years old.
Vocabulary (from the above sentence):   menurut = according to; jurucakap = spokesperson; penyanyi = singer; melahirkan = to give birth; anak kembar = twins; semalam = yesterday; suami = husband; gembira = happy, excited; merupakan = to be; anak sulung = eldest child; pasangan = couple; kini = now
(29-10-10) Saya pernah diajak seorang teman ke sebuah restoran bukan Islam. Apabila saya bertanya adakah makanan di restoran itu halal dia mengatakan bahawa ramai orang Melayu makan di situ. Sebagai pelanggan, adakah kita boleh memastikan dengan yakin makanan yang dihidangkan kepada kita halal untuk dimakan? I was once invited by a friend to a non-Muslim restaurant. When I asked if the food in the restaurant is permissible to Muslims he said that many Malays eat there. As customers can we ascertain with confidence that the food which is served to us is permissible (for Muslims)?
Vocabulary (from the above sentence):   diajak = invited; teman = friend, companion; halal = permissible (according to Muslim laws); ramai = many (of people); pelanggan = customer; memastikan (from pasti) = to ascertain, ensure; yakin = confidence; dihidangkan = served
(24-10-10) Wayne Rooney membuat "pusingan U", apabila menandatangani kontrak baru lima tahun bersama Manchester United, beberapa hari selepas mengatakan dia mahu meninggalkan kelab itu.....Sekumpulan penyokong berhimpun di depan kediaman pemain itu sebagai membantah keputusannya, sehingga polis terpaksa menyuraikan mereka. Wayne Rooney made a "U-turn", when he signed a new contract for five years with Manchester United a few days after saying that he wanted to leave the club.....A group of supporters gathered in front of the player's house to protest against his decision until police were forced to disperse them.
Vocabulary (from the above sentence):   pusing U = U-turn; menandatangani (from tandatangan) = to sign; beberapa hari = a few days; mengatakan (from kata) = to say; sekumpulan = a group; penyokong = a supporter; berhimpun = to gather; kediaman (synonym for rumah) = house; pemain = player; membantah = to protest; keputusan = decision; sehingga = until; terpaksa = forced to; menyuraikan (from surai) = to disperse
(23-10-10) Ibunya berkata, dia hanya mengetahui anaknya tidak pulang ke rumah setelah pergi ke kolej. "Saya beberapa kali menghubungi telefon bimbitnya tetapi tidak berjaya. Berikutan itu, saya membuat laporan kehilangan anak saya di Balai Polis di sini," katanya. Her mother said that she only knew her daughter did not return home when she went to (her) college. "I tried telephoning her cellphone several times but was not successful. Following that I made a report at the police station here about my daughter's disappearance," she said.
Vocabulary (from the above sentence):   hanya = only; mengetahui (from tahu) = to know; pulang (same as balik) = to return; setelah (opposite of sebelum) = after; beberapa kali = several times, on several occasions; menghubungi (from hubung) = to contact; telefon bimbit = cellphone, mobile phone; berjaya = successful; berikutan itu = following that; membuat laporan = to make a report; kehilangan = disappearance; balai polis = police station
(22-10-10) Wayne Rooney mengesahkan dia mahu meninggalkan Manchester United dan berkata dia telah mengambil keputusan itu kerana kelab tersebut tidak lagi dapat menarik perhatian pemain terkemuka. Wayne Rooney confirmed that he wanted to leave Manchester United and said that he made the decision because the above-mentioned club is not able to attract the attention of famous players anymore.
Vocabulary (from the above sentence):   mengesahkan (from sah) = to confirm, certify; meninggalkan (from tinggal) = to leave or quit; mengambil keputusan = to make a decision; tersebut = above-mentioned; tidak lagi = not anymore; dapat = able to; menarik (from tarik) = to pull; perhatian = attention; terkemuka (from muka) = famous, well-known
(21-10-10) Dia berkata cabaran yang dihadapi oleh parti itu ialah bagaimana untuk mengekalkan kejayaan dan memperkukuhkan perpaduan. He said that the challenge faced by the party is how to perpetuate success and strengthen unity.
Vocabulary (from the above sentence):   cabaran = challenge; dihadapi = to be faced; mengekalkan (from kekal) = to perpetuate, make permanent; kejayaan = success; memperkukuhkan (from kukuh) = to strengthen; perpaduan = unity
(20-10-10) 20 kedai musnah terbakar dalam kebakaran di pasar Chow Kit semalam. Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. 20 shops were destroyed in a fire at the Chow Kit market last night. However there was no loss of life reported.
Vocabulary (from the above sentence):   kedai = shop; musnah = destroyed; terbakar = burnt; kebakaran = a fire; pasar = market; semalam = last night; bagaimanapun = however; tiada sebarang = none; kemalangan = accident; kemalangan jiwa = loss of life; dilaporkan = was reported
(19-10-10) Bekas pemain bola sepak Singapura meninggal dunia. Former Singapore footballer passes away.
Vocabulary (from the above sentence):   bekas = former or ex-, pemain = player, bola sepak = football, pemain bola sepak = footballer, meninggal dunia = to pass away, die (literally "to leave the world")
(18-10-10) Kami masih belum ada perancangan untuk berkahwin kerana masing-masing sibuk dengan kerja. We have still no plans to get married as each of us is busy with his work.
Vocabulary (from the above sentence):   kami = we (excluding the listener), masih = still, belum = not yet, perancangan or rancangan = a plan or project, berkahwin = to marry, masing-masing = each one, sibuk = busy, kerja = work
(17-10-10) Seorang pegawai kanan kementerian kesihatan di Kosovo adalah antara mereka yang didakwa terlibat dalam penyeludupan organ manusia. A senior officer of the health ministry in Kosovo was among those accused of being involved in the smuggling of human organs.
Vocabulary (from the above sentence):   pegawai = officer; pegawai kanan = senior officer (literally "officer right"); kementerian = ministry; kesihatan = health; kementerian kesihatan = health ministry; antara (or di antara) = among; didakwa = accused of; terlibat = involved; penyeludupan = smuggling; manusia = human being; organ manusia = human organs
(16-10-10) Seorang pemandu teksi berusia 51 tahun ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol. A taxi-driver aged 51 was detained for driving under the influence of alcohol.
Vocabulary (from the above sentence):   pemandu = driver; pemandu teksi = taxi-driver; berusia (or berumur) having the age of; berusia 51 tahun = having the age of 51 (51 years old); ditahan = was detained; kerana = because; memandu = to drive (a vehicle); pengaruh = influence; alkohol = alcohol
(15-10-10) Kira-kira 200 mahasiswa Islam hadir di Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi bagi membantah konsert penyanyi Adam Lambert. About 200 Muslim university students were present at the Putra Bukit Jalil Stadium last night to protest against the concert by singer Adam Lambert.
Vocabulary (from the above sentence):   kira-kira = about; mahasiswa = university student (undergraduate); hadir = present; malam tadi = last night; membantah = to protest; penyanyi = singer
(14-10-10) Sultan Kelantan tarik balik gelaran Datuk Paduka Ibrahim Ali. The Sultan of Kelantan withdraws title from Datuk Paduka Ibrahim Ali.
Vocabulary (from the above sentence):   tarik balik = withdraw, gelaran = title
Go back to Malay sentences translated into English (1).

***This is a follow-up to my Basic Malay Language Course comprising 64 lessons and is meant to help learners who have finished the course to build up a working vocabulary gradually and to gain a complete understanding of the uses of prefixes and suffixes which can only come from wide reading. In fact, once you start reading Malay newspapers on a daily basis (with the help of a good Malay-English dictionary) you should be able to progress very rapidly.