Warning: include(google_searchbox.inc): failed to open stream: No such file or directory in /hsphere/local/home/pgoh13/pgoh13.com/playboy_confiscated.php on line 60 Warning: include(): Failed opening 'google_searchbox.inc' for inclusion (include_path='.:/hsphere/shared/php55/include/php/PEAR') in /hsphere/local/home/pgoh13/pgoh13.com/playboy_confiscated.php on line 60
No to Indonesian Playboy

From The Star Online of Tuesday April 11, 2006

THE Indonesian version of Playboy may not contain nude pictures but the magazine brought in by Malaysians and travellers will be confiscated by the Malaysian Customs.
Customs director-general Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid said those who smuggled in the magazine, which was considered pornographic material, were liable to a fine of up to RM20,000 or three years' jail, or both, under the Printing Presses and Publication Act.
Berita Harian quoted him as saying that no exemption would be given to anyone to bring in the material.
He gave the warning in anticipation of some people trying to smuggle in copies of the magazine which had aroused much interest in the country since it was launched last week.
The first edition of the Indonesian version of the adult magazine featured Malaysian model and Guess girl Amber Chia in its Celebrity section.


Kastam tak tolak ansur jika seludup Playboy

Oleh Mohd Azis Ngah (dari Berita Harian bertarikh Selasa, 11 April 2006)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang kembali dari Indonesia atau pelancong dari republik itu akan diperiksa lebih ketat di semua pintu masuk negara ini bagi mengelak penyeludupan majalah Playboy versi Indonesia yang mula dipasarkan, Jumaat lalu.
Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid, berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas dan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang didapati menyeludup barang terlarang termasuk bahan lucah.
Mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984) Pindaan 1987, pesalah boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
"Kita tidak bagi peluang kepada mereka (penyeludup), walaupun membawa masuk dalam jumlah kecil dan untuk kegunaan sendiri," katanya ketika dihubungi Berita Harian.
Beliau memberi amaran itu ketika mengulas kemungkinan majalah berkenaan diseludup ke negara ini selepas mendapat sambutan hangat sejak membanjiri pasaran Indonesia, Jumaat lalu.
Model Malaysia, Amber Chia muncul dalam edisi sulung majalah berkenaan menerusi ruangan Celebrity sebanyak lapan muka yang memaparkan gambar beliau memakai skirt mini, baju berenda oren dan baju putih, jeans denim low-cut serta baju dalam hitam bermanik.
Playboy versi Indonesia bagaimanapun, dikatakan lebih "lembut" dan tidak memaparkan wanita bogel berbanding majalah dijual di negara lain.
Abdul Rahman berkata, pemeriksaan ketat itu membabitkan semua pintu masuk utama termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Sultan Ismail (LTSI) di Senai, Johor.
Laluan laut pula membabitkan ketibaan pelancong dari Dumai di jeti Melaka dan Batam di jeti Stulang, Johor serta semua pelabuhan utama, manakala laluan darat di Pontianak, Sarawak.
Abdul Rahman berkata, KDRM sentiasa bekerjasama dengan polis dan jabatan lain untuk mencegah kemasukan bahan terlarang seperti itu.


Home Page